➶| 39

❝ For some reason, sometimes, suddenly I keep thinking these day.❞

✍✍
_______


"Aku penjaga kau.."

Dan dia pun tersenyum kepadaku.


"B-berta.. han.."

Kadang kadang ada satu benda yang kita tidak sedar.

Tanganku tergetar cuba mengapai bunga bunga yang berterabur di sekelilingku.

Bunga mawar merah itu bercampur dengan warna darah yang mengalir di jalan.

Gelapnya malam itu, hanya ditemani lampu lampu yang malap, sepertinya cahaya bulan sedang ditutupi awan.

"Ahh.. Ahh." suaraku serak menahan sebak.

Sakitnya.

Air mata aku mengalir tanpa suara.

Sebenarnya kan, tak ada benda yang akan kekal selamanya.

Entah itu haiwan atau manusia. Pada akhirnya nanti akan kita mati.

Walaupun aku tahu itu, ya, aku sangat bahagia jadi manusia.

Aku ada segalanya.

Aku patut bersyukur dari awal. Ah, mengapa aku baru menyesalinya?

Encik penjaga, adakah kau melihat aku sekarang? Tolonglah, sesiapa sahaja.

Aku tak boleh mati lagi.

Aku mahu berjumpa Hayeon.

Angin yang kuat bertiup. Tubuh aku menjadi sangat sejuk dan dingin.

Berseorangan di sini. Aku tiba tiba mengukir senyuman.

Haha, adakah hujan akan turun?

Baguslah. Sungguh, kehidupan yang bermakna.

Keluarga..

Sahabat..

Penjaga..

Aku tak akan lupakan semua ini.

Terima kasih, sebab bagi aku peluang ni.

Aku sangat bahagia selama ni.

Ya..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top