➶| 38
❝ The moon is beautiful tonight.❞
✍✍
__________
Malam itu, Jun berangkat membawa diri untuk berjumpa dengan Hayeon.
Terima kasih untuk Minghao, dia tahu di mana gadis itu tinggal bersama ayahnya.
Jun melihat ke arah bintang di langit.
"Ah, cantiknya.." tanpa sedar, bibirnya berkata sendiri dek kerana takjub dengan keindahan alam ini.
Perlahan lahan memori waktu kecilnya muncul di kotak ingatan.
"Ya.. Cantik.."
Jun menundukkan kepala. Dia meneruskan langkah di dalam kegelapan itu dengan cahaya yang menyinari jalan.
Hayeon, tak kisahlah kalau gadis itu tidak mengingatinya. Kerana dia telah membuatnya bahagia, jadi Jun hanya mahu berterima kasih untuk memori indah itu.
Sambil melintasi jalan kosong itu, Jun mengeluarkan sejambak bunga tadi dari begnya.
Tiba tiba satu cahaya terang menyilaukan pandangannya.
Makin lama makin dekat, dan ia berlaku begitu pantas.
Streeeeetttt
________
"Hayeon, hujan kat luar, tutup tingkap tu." pesan ayahnya yang sedang beristirehat di atas sofa.
"Baik." Hayeon meringankan tubuh untuk bangun dan menuju ke tingkap yang terbuka luas.
"Kuatnya angin hari ni.." bisiknya sendiri tatkala tiupan kencang angin menghembus kepadanya.
Hayeon terdiam seketika memandang ke arah langit.
"Kenapa.. aku rasa sedih..?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top