➶| 28
❝ Which is not a choice.❞
✍✍
_________
Minghao bergerak dari pokok ke pokok dengan langkah kaki yang besar.
Sesekali dia melihat sekeliling mencari kelibat Jun.
Sejak kebelakangan ini, hidup dia menjadi sangat bosan dan dia hanya boleh menjaga tepi kain si kucing jadian itu seperti yang diamanahkan oleh Guardian Angels.
Ceh, malaikat konon. Bukannya baik sangat. Minghao mencebik.
Dia teruskan bergerak mencari Jun dengan panduan haruman manis itu seperti biasanya.
"Haih, putera katak.. Kau memang dah mati akal ke apa." dia mengeluh kepada diri sendiri.
Sampai di satu pokok, bau itu kuat dan menyakinkan dirinya bahawa Jun ada berdekatan.
Dia pun melihat ke arah tingkap Kelab milik harimau.
"Jun!"
Tubuh Minghao terhenti ketika melihat Jun betul betul jatuh dari tingkap di depan matanya.
Pada masa yang sama, bau tadi hilang sekelip mata.
"Eh?"
Tapi sesaat, tiba tiba tubuh Jun seolah olah ghaib kerana tidak jatuh menghempap tanah.
Minghao mengecilkan mata melihat ke bawah.
Bersama satu kelibat hantu yang muncul di tingkap. Tidak lain tidak bukan, makhluk yang sama dia nampak seminggu lalu.
Dia juga sedang melihat ke bawah seolah olah mencari sesuatu dengan wajah hairan.
Minghao merengus kerana risau. Mahu tak mahu dia perlu lakukan sesuatu.
Akhirnya, putera itu melompat dan menjejakkan kaki ke tanah setelah sekian lama berada di atas pokok.
"Sebab seekor kucing, aku sekarang berdiri di atas bumi."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top