➶| 26
❝ Because no one cares, so you just have to be strong for yourself.❞
✍✍
__________
Jun bersandar malas di salah satu kerusi di dalam bilik itu dengan tangan yang memeluk tubuh.
Yang jelas, dia dah tunggu Hoshi lebih dari 10 minit dan harimau tak guna tu masih lagi tidak kunjung jua.
Keluhan akhirnya keluar dari mulutnya.
"Haihh.."
"Hai."
"Arrrhhh!" Jun menjerit kecil apabila merasakan ada sesuatu yang bisikkan hai kepadanya.
Dia pantas menoleh dan melihat susuk tubuh asing di sekolah ini.
Boo Seungkwan. Si hantu sekolah ini.
Seungkwan tersenyum.
"Awaklah Jun kan? Hai, nama saya Seungkwan. Saya 'orang' yang Hoshi hyung nak perkenalankan pada awak."
Seungkwan menghulurkan tangan dan diikuti dengan lirikan Jun.
"Hai, tapi mana Hoshi?" Jun menyambut huluran itu walaupun tangan hantu itu agak 'kotor'.
"Jadi awak kucing? Wow, macam mana?" soal Seungkwan. Pertanyaan Jun tadi sengaja dibuat tidak dengar.
"Ah, ya.. Guardian Angels yang baik hati, merekalah yang buat saya macam ni.."
Walaupun sedikit teragak agak, Jun menerangkan juga. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Wah, bertuahnya awak!" ucap Seungkwan sambil terlompat lompat kerana teruja.
Jun tergelak kecil melihat Seungkwan.
"Terima kasih."
Seungkwan terdiam.
"Ya.. Tapi kan.." tiba tiba suaranya berubah menjadi datar.
Kepalanya ditundukkan ke bawah dan kaki melangkah menghampiri Jun di depannya.
Entah kenapa aura kelam memenuhi ruangan bilik itu.
"Kenapa aku tak bertuah macam kau?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top