➶| 16

❝ Don't be rude.❞

✍✍

_________














5 tahun kemudian..

Pledis Art and Visual [ P.A.V ] Highschool

Krriingggg!

Bunyi loceng yang menandakan waktu persekolahan telah tamat.

Semua pelajar mula heboh untuk balik.

"Hei, hei semua! Siapa nak masuk kelab Menari bersama Horangi? Aku yang tubuhkan semalam.."

Jun menguap.

Kelopak matanya kuyu walaupun suasana kelas itu sangat bising dek kerana suara Hoshi yang kuat.

"Okey, okey, rileks. Semua akan dapat borang, jangan berebut, jangan bergaduh."

Waktu inilah adiknya itu sibuk mempromosikan kelab baru ciptaan dia sendiri.

Pandangan Jun dilemparkan ke luar tingkap. Kemudian dia mengerling ke arah jam.

"Hoshi, kau balik dengan aku tak?" soalnya.

"Ha tak tak. Nampak ni aku sibuk." Hoshi menjawab tanpa melihat kepadanya.

Jun cuma ikutkan sahaja.

Hari ini balik seorang diri lagi..

__________

"Meow.."

Jun mengeluh kecil melihat seekor anak kucing di tepi longkang.

Dia mendekati kucing itu lalu mengusapnya dengan senyuman tipis di wajahnya.

"Meow meow."

"Hei.."

Jun mengangkat muka. Seekor makhluk tidak dikenali sedang melihatnya dari atas pokok.

Bukankah ia sang putera katak?

Suka sangat duduk atas pokok. Dasar katak.

Minghao tersenyum.

"Balik sorang lagi ke? Mana manusia harimau tu?" soalnya.

"Hoshi sibuk." Jun menjawab selamba.

"Hei, budak. Eh, silap. Kau dah besar eh dari aku.."

Jun tidak menjawab. Masih tersenyum polos seorang diri melayan kucing di depan mata.

"Ah, ya. Hidup kau tinggal sebulan lagi kan?"

Soalan Minghao itu menghentikan perilakunya. Dia terdiam.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top