➶| 06

❝ Bau yang manis dari kucing itu sangat menusuk hingga melekat di ingatanku.❞

✍✍

________




"Wow, sememangnya khabar angin itu tidak salah. Grandma Fairy memang mempunyai tahap kepekaan yang tinggi."

Disebalik suara bernada sinis itu, muncul satu susuk tubuh yang segak dan tampan.

The Great Stone Frog.

Xu Minghao, putera bangsa Elf dari kerajaan kelapan. Dia telah disumpah menjadi katak berabad abad dahulu namun kini sumpahannya sudah tidak kuat lagi.

Sekarang dia hidup bebas di bandar manusia dan berpura pura menjadi makhluk lain agar tidak dicari oleh pengawal istana.

Tarafnya sudah setara dengan Guardian Angels.

Dia tersenyum sinis.

Grandma Fairy menganjak ke depan untuk melindungi kanak kanak itu.

"Apa kau nak?!"

Minghao mengembungkan pipinya. Terasa seperti watak jahat pula.

"Bertenang, wanita tua. Aku cuma kesini untuk melihat salah seorang dari budak kecil itu,"

"Jadi, yang mana satu kucing? Ah, terlalu banyak, aku tak dapat meneka.." Minghao bertanya sambil menjeling mereka.

"Jun ialah kucing!" jerit Hoshi di belakang.

Harimau bermulut celupar.

"Apa yang kau nak dari dia?" soal Grandma Fairy pula.

Masih lagi tidak membenarkan putera katak itu mendekati.

Minghao tertawa kecil.

"Oh, tiada apa apa yang penting. Aku cuma mahu mengenalnya."

Matanya berbalas pandangan dengan Jun.

Dalam sekelip mata, dia kini berada betul betul di hadapannya.

Jun tergamam.

"Hai, budak kucing. Kita akan selalu berjumpa selepas ini." bisik Minghao perlahan.

Dia menghidu haruman dari tubuh kecil itu.

"Hmm, bau manisan. Seperti coklat."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top