➶| 03

❝ Harimau, salah satu mahkluk yang boleh dipercayai.❞

✍✍
_______








Ding dong!

Bunyi loceng di pintu masuk utama membuat sekeluarga harimau itu terpandang pandang sendiri.

Waktu makan malam yang diganggu, kadang kadang boleh buat harimau mengaum dek kerana marah.

"Biar Hoshi yang buka." kata sang anak harimau tunggal berwujud manusia.

Ya, mereka adalah generasi harimau jadian yang hampir punah dan kini hidup bergaul dengan manusia di tengah kota.

Sebaik sahaja pintu itu dibuka, Hoshi terkejut melihat anak manusia didepan rumah.

Tapi dia menghidu sesuatu yang lain.

"Hiks, hiks.."

Tubuh Jun menggeletar apabila dihampiri harimau itu meksipun ukuran tubuh mereka sama.

Hoshi mengelilingi Jun yang tampak mencurigakan.

Sehinggalah dia berhenti dan terkesima memandang Jun.

"Kucing?" katanya dengan agak terkejut.

Jun mengangguk perlahan.

"Siapa?" Hoshi bertanya meminta kepastian.

"Wen Junhui."

Dia terdiam seketika. Lantas, tangan Jun ditarik masuk ke dalam rumah itu.

"Omma, ada amanat kucing dari Guardian Angels!" jerit Hoshi.

Pasangan harimau itu berhenti menyantap makanan mereka dan bergegas pergi melihat apa yang terjadi.

"Siapa? Dimana?" kata Hosho, sang ayah kepada anak harimau itu.

"Dia. Seekor kucing."

Hoshi menunjuk kepada Jun yang berdiri di situ.

"Kucing jadian?" tanya ibunya pula, Hosha.

Jun mengangguk.

Hosha tersenyum.

"Sungguh, satu amanat yang besar bagi keluarga harimau apabila Guardian Angels menyerahkan kucing ini kepada kami."

Jun dipeluk oleh mereka secara bergilir gilir.

"Selamat datang ke keluarga harimau, sayang."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top