Teaser-Time to Love -AteenKhalid
Tepung gandum dipeluk di dadanya. Edith hanya merenung beberapa jenis sayur yang ada di dalam peti sejuk. Dia kenal sayur kucai, tapi rasa macam tak ada pula kucai dekat atas meja ni. Jadi macam mana? Kalau takde kucai boleh jugak kut buat cucur udang.
"Ye cik cari apa?"
Satu suara muncul tapi Edith tidak terus menoleh sebaliknya dia menghalakan jari telunjukknya ke hadapan.
"Kucai takde. Saya nak beli..."
Kata-kata Edith termati sendiri bila dia berpaling. Dia melangut sedikit untuk memandang lelaki bersongkok depannya.
Wah... matanya membulat.
"Oh, kucai dekat sebelah sini." Jawab lelaki itu seraya mengalakan jarinya ke arah yang dimaksudkan. Dia kemudiannya menghadiahkan senyuman nipis sebelum melangkah ke meja kaunter.
Saat tersedar dari lamunan, Edith menggigit bibir. Ya Allah apa yang dia buat ni? Boleh pulak renung lelaki tu sampai tak berkelip. Hish. Bebelnya seraya melangkah ke arah bahagian yang ditunjukkan lelaki tadi.
Dia terus mencapai daun yang mahu dibeli dan menuju ke kaunter. Ketika berada di situ, sekali lagi mata dia dan lelaki itu bersatu namun pandangan lelaki itu berbeza. Lelaki itu sedang memandangnya pelik.
"Kenapa tengok orang macam tu? Saya taulah saya lawa tak payahlah renung macam tu." Edith menggigit bibir bila tersedar yang dia sudah terlepas cakap. Heh, mulut ni memang nak kena kan?
"Excuse me?" Riak wajah lelaki itu sudah tidak semanis tadi. "Tak tengok pun. Jangan nak perasan sangat boleh tak? Ni nak beli kucai kan?"
"Ha'ah, kenapa. Ni kucai..." Edith menyentuh daun yang ada di depannya.
"Ni daun bawang cik kak, bukan kucai. Takkan daun bawang dengan kucai pun kau tak kenal?"
Berubah riak wajah Edith.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top