Teaser 5 -My Heartless Lady (Mia Azwari)
Ada 10 kuota lagi yang tinggal. 😘
“Maaf jika ada yang terasa hati dengan perkara ni. Atas sebab peribadi, kami merahsiakan perkahwinan kami. Tetapi memandangkan Inara pun sedang berbadan dua, kami membuat keputusan untuk berterus-terang agar tidak timbul sebarang fitnah dan salah sangka.” Tegas Thaqif memberikan kenyataan apabila ada yang mula bertanya.
“Insha-Allah, saya akan serahkan segala urusan syarikat kepada suami saya sementara saya bercuti panjang.” Inara menyentuh belakang tubuh Thaqif.
Thaqif tersentak. Perkara ini tidak ada pula dibincangkan oleh mereka sebelum ini. Inara pernah mengatakan dalam mesyuarat yang lepas bahawa dia akan menyerahkan segala tugasnya kepada orang lain selama bercuti dua bulan, bukan dengan dirinya. Wajah Inara dipandang penuh tanda tanya.
“Keadaan saya tak berapa baik untuk menguruskan syarikat ni. Harap semuanya akan memberi kerjasama yang baik terhadap Thaqif.”
Setelah hampir setengah jam berada di bilik mesyuarat, mereka semua bersurai. Ada juga yang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.
Ketika Inara pergi ke tandas, Sofea mengambil peluang ini untuk berjumpa dengan Thaqif.
“You memang nak permainkan I ke?”
“Sofea… I minta maaf kalau layanan I terhadap you buat you salah faham. Selama ni, I hanya anggap kita berkawan baik…”
“Sampai hati you. I pernah beritahu you yang I sukakan you. Patutlah tiba-tiba you ignore I. I tak percaya yang you dan bos kita tu dah berkahwin dah tiga tahun. Entah-entah dia upah you jadi pak sanggup, kan?” Sengaja Sofea menguatkan suaranya kerana terlalu marah.
Beberapa pekerja yang terdengar kenyataan Sofea sudah mula berbisik-bisik. Kebetulan pula Inara turut terdengar tuduhan Sofea.
“Jaga mulut you, Sofea. Anak yang Inara kandungkan tu anak I. You tak ada hak untuk tuduh isteri I yang bukan-bukan.”
Sofea tergelak sinis.
“Kalau betul dia isteri you, kenapa dia tak kisah bila kita keluar bersama? You ingat I ni bodoh ke?”
“Ye, saya yang salah. Saya yang bodoh sebab biarkan suami saya bersama dengan perempuan lain…” Celah Inara yang tidak tahan mendengar tuduhan Sofea.
Wajah Sofea terus berubah pucat.
“Saya minta maaf kalau suami saya dulu pernah bagi harapan kepada Cik Sofea…”
“Sayang…” Tegur Thaqif kurang senang.
“Kali ni, saya tak akan biarkan suami saya didekati oleh perempuan lain. Cik Sofea masih muda. Masih ramai lagi lelaki yang lebih baik dari suami saya ni…” Sindir Inara sambil memegang tangan Thaqif. Sindiran itu ditujukan kepada Thaqif.
Kelat wajah Thaqif mendengar sindiran itu. Salahnya juga kerana terlalu rapat dengan Sofea.
“Saya minta maaf Puan Inara. Saya cuma tak percaya yang puan dan Thaqif dah lama berkahwin …” Ada rasa kesal di hati Sofea kerana terlalu terburu-buru membuat tuduhan.
“Kita sama-sama perempuan. Saya tak salahkan awak dalam hal ni. Kalau awak tahu status Thaqif, dah tentu awak tak dekati dia.”
😍
Berminat wasap 0129284568.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top