Teaser 4-Sweet Chaos+ Najwa Rahman
THE BOSS
Sweet Chaos!
Bob tengok saja Zahra dan Brian yang sedang berbual dia kubikel Zahra. Pelik jugak tengok dia orang berdua ni. Sejak bila dua orang ni kamceng? Ke dia je yang tak perasan?
“Bob tengah tengok usha kau, Zahra.”
“Iya ke?” Dengar saja nama Bob disebut Brian, Zahra laju saja menggedik.
Brian dah ketawa dengan gaya gedik Zahra. Sejak dua tiga hari lepas, dia dan Zahra semakin rapat. Tapi rapat mereka sebab Bob. Zahra mengaku padanya yang dia ada semacam crush pada Bob.
“Gedik, bongok!”
“Diam kau, apek! Dia usha penuh cemburu ke apa? Ke tak ada perasaan macam selalu?”
Brian kerling Bob yang masih memerhati, “Gaya tak ada perasaan dia. Kau ni, aku peliklah... macam mana kau boleh suka Bob?”
Zahra ketuk dagunya sikit sebelum dia jungkit bahu, “Entah! Suka tu perlukan sebab ke?”
Brian ketawa, “Sudah! Melayan kau, tak siap kerja aku...”
Zahra buat muka pada Brian. Sejak Brian jadi sumber maklumatnya, dia dan Brian dah jadi macam kawan baik. Dari panggilan I-you kini dah berubah jadi kau-aku. Brian kata dia nak tengok hidup Bob jadi warna-warni.
Melihat Brian yang dah kembali ke kubikelnya, Bob segera mencuit Brian, “Wei!”
“Ha?” Brian pandang Bob.
“Sejak bila kau dengan Cik Zahra tu berbaik?”
“She’s not that bad, Bob. Gila-gila juga.”
“Tak menjawab soalan.”
Brian ketawa, “Baru je rapat. Dia ramah.”
Bob mengangguk saja. Ramah tu betul, sampai dia naik gila waktu dia kena jadi mentor Cik Zahra tu.
“Hai, Hazrin!”
Hah, baru cakap! Dah datang. Bob kembali fokus pada kerjanya tadi.
“Hari ni lunch ramai-ramai, nak?”
Bob kerutkan dahi, “Saya rasa saya dah pernah beritahu yang saya tak makan tengahari.”
“Ala, jomlah!”
Bob laju menggeleng, “No, thanks!”
Zahra pandang Brian. Brian buat isyarat mata. Zahra mengangguk, “Jomlah, Hazrin.”
Bob menggeleng saja, tanda tak mahu.
Zahra dah memuncungkan mulutnya. Dia masih tak puas hati dengan penolakan Bob.
“Cik Zahra boleh balik ke tempat Cik Zahra kot. Saya sibuk ni.”
Zahra merengus, geram. Ei, kejung!
*****
https://wasap.my/+60175192429/theboss
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top