Teaser 4- My Heartless Lady- Mia Azwari


“Sebab saya tak perlukan lelaki lain dalam hidup saya. Sekali awak lepaskan saya, jangan harap saya akan terima awak semula. Mungkin betul kata awak, yang selama ni saya hanya gunakan awak untuk kepentingan syarikat…”

Tergamam Thaqif. Kecewa kerana Inara tidak pernah menghargai dirinya selama ini. Sudah jelas Inara hanya menggunakan dirinya untuk kepentingan syarikat.

“Awak kejam! Saya tak sangka saya boleh berkahwin dengan perempuan yang  langsung tak ada perasaan. Saya menyesal berkahwin dengan awak!”

Inara sekadar tersenyum sinis.

“Saya harap, lepas ni hubungan kita sekadar majikan dan pekerja. Tak perlu lagi masuk campur dalam urusan peribadi saya. Tahniahlah untuk kehidupan baru awak bersama Sofea…”

Usai berkata begitu, Inara lekas masuk ke dalam kereta. Keretanya dipecut laju meninggalkan perkarangan mahkamah. Thaqif mendongak memandang langit. Ada titisan air mata yang mengalir di kelopak mata.

Dia sendiri tidak faham, kenapa dia pernah mencintai Inara dulu? Wanita yang tidak pernah ada perasaan. Bukan mudah untuk dia melafazkan talak sebentar tadi. Melihat Inara tidak terkesan dengan perpisahan ini, mungkin benar ini yang perlu dia lalukan demi masa depan mereka. Cukuplah selama tiga tahun dia menjadi lelaki dayus di sisi Inara.

😊Apa lagi, mehlah order... 😜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top