Teaser 4- 8 Aksara-Tulip Ungu
PROGRAM sebulan ala-ala The Bachelor itu baru berada di minggu pertama. Dan aktiviti pada minggu pengenalan bertajuk “JOM KENAL DENGAN RAFF ANDRIAN”.
Raff berjalan menuju ke bilik mesyuarat dalam senyum. Separuh jalan sebelum dia tiba di pintu masuk dia berpaling memandang ke tempat Hannah. Dilihatnya Hannah masih lagi berdiri tegak memandangnya. Dia kemudiannya melemparkan senyum kepada gadis itu tetapi Hannah hanya membalas dengan isyarat bagus menggunakan ibu jari.
Sekali lagi Raff tersenyum dan mengangkat isyarat yang sama kepada Hannah.
Masuk saja ke bilik yang penuh dengan gadis cantik dan seksi itu, Raff melambai tangan apabila ada yang memanggil-manggil namanya.
Dia kemudiannya mengambil tempatnya sendiri di satu-satunya kerusi mewah yang terdapat di hadapan dewan. Manakala gadis-gadis itu disusun dalam kerusi sebaris melengkung di hadapannya. Dan untuk program hari ini, setiap seorang dibekalkan satu meja untuk menulis.
“Morning ladies!.” Ucap Raff menggunakan pembesar suara yang tersedia. Ian, pembantunya sudah menyiapkan segala keperluan yang dia perlukan.
“Morning Raff.” Serentak gadis-gadis itu membalas. Kesemuanya tersenyum menggoda sambil menyilang kaki. Sebagai lelaki, tentu saja dia suka dengan pemadangan sebegitu. Tetapi untuk dijadikan isteri, dia perlukan lebih dari sekadar godaan.
“Okey…tugasan hari ini ialah mengenali karekter saya. Dalam sampul ini, ada 15 ciri kriteria saya yang perlu dihafal. Masa yang diberikan adalah selama sepuluh minit sebelum kertas tersebut dikutip semula. Kemudian, ladies semua perlu huraikan semula karekter saya dalam kertas lain yang ada disediakan atas setiap meja. Sebentar lagi saya akan edarkan kepada semua. Bermula dengan Lady 1 sehingga Lady 10.” Ujar Raff memberitahu tentang tugasan mereka pada hari itu.
“Encik Raff, kalau dapat betul semua, apa hadiahnya?” Soal seorang gadis berkulit sawo matang. Di dada kirinya tersemat sekuntum bunga mawar dengan tag nombor 6.
Menandakan dia peserta keenam. Dari awal lagi kesemua gadis-gadis itu hanya diberikan gelaran Lady. Pengenalan setiap seorang hanyalah menggunakan nombor iaitu nombor 1 hingga 10.
“Good question Lady 6.” Raff tepuk tangan. Dia terlupa untuk nyatakan ganjaran sekiranya salah seorang dari mereka dapat memberikan jawapan paling tepat mengenai karekternya nanti.
“Hadiahnya ialah keluar makan malam peribadi bersama saya hujung minggu ini.” Jawab Raff lagi.
“Macam mana kalau ada lebih dari seorang yang dapat jawapan tepat?” Soal Lady 3 pula.
Raff terdiam, betul jugak tu. Bagaimana kalau ada lebih dari seorang yang memberi jawapan yang betul kesemuanya?
“Kalau ada lebih dari seorang, saya akan bagi soalan kuiz lain.” Putus Raff kemudiannya.
Namun dia pasti sangat, tak mungkin ramai yang dapat menjawab dengan tepat, satu persatu ayat yang dia suruh Hannah taip semalam. Kesilapan kecil juga akan dikira untuk mencari pemenang nanti.
Semua peserta mengangguk faham.
“Ada soalan lain?” Soal Raff lagi namun kesemuanya menggeleng, nampak sangat tidak sabar untuk memulakan cabaran pada hari itu.
“Kalau tak ada, saya edarkan sampul ni kepada semua.”
****
Tu dia calon isteri untuk romeo kaya 😬
🔥 6 novelis terhangat di pasaran 😝
🔥 Print on demand
🔥 terjual lebih 500 preorder 👏
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top