Teaser 3- My Heartless Lady- Mia Azwari
Tersenyum Thaqif melihat wajah ceria isterinya. Sudah hampir enam minggu Inara menjadi penghuni di hospital ini. Setiap hari, tidak jemu-jemu Thaqif ke sini untuk menemani Inara. Dia sangat bangga kerana Inara tidak pernah merungut sepanjang tinggal di sini.
“Sedap sangat… pandai abang masak…”
Thaqif tersenyum bangga. Dia yang tidak pernah memasak, terpaksa mengikut kemahuan si isteri. Malu juga ketika dia menghubungi Noraini untuk meminta tunjuk ajar.
“Lepas ni, Nara mengidam makan apa lagi?”
“Rasanya dah tak ada cuma Nara nak tengok wajah abang setiap pagi.”
Pelik pula Thaqif dengan permintaan Inara kali ini.
“Hari-harikan abang datang sini. Mestilah sayang boleh nampak wajah abang…”
“Ye, tapi kadang-kadang, bila Nara bangun abang dah balik rumah nak bersiap pergi office. Tengah hari baru abang datang. Lepas ni, abang kena kejutkan Nara dulu sebelum abang balik.”
Tergeleng kepala Thaqif. Memang dia tidak mengejutkan Inara kerana tidak sampai hati. Lagipun Inara memerlukan rehat yang cukup.
“Okey, bos. Saya yang menurut perintah…” Sakat Thaqif.
Inara mencebir bibirnya. Setelah menghabiskan makanan, bekas itu diletak di atas meja. Wajah Thaqif dipandang lama.
“Kenapa pandang abang macam tu?”
“Saja… abang pun kenalah tengok Nara puas-puas. Manalah tahu kalau lepas ni, kita tak boleh nak berbual lagi.”
😂haaa... apa yg jadi dekat Inara?? Cakap awal, citer akak, kena sedia tisu😜
#theboss
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top