Teaser 3- Encik Driver Cik Bos-Aein Dhiyauddin

“Kita makan kat luarlah. Saya belanja. Kita tukar baju dulu. Takkan nak keluar macam ni.” Hakim berdiri di sebelah isterinya. Maya sangat manis dengan baju kurung berwarna putih.

Maya menutup pintu peti ais. Dia pandang dirinya dan tubuh Hakim silih berganti. Mereka masih memakai pakaian pernikahan. Papanya begitu marah sehingga pernikahan hanya dilangsungkan di pejabat agama sahaja.

Sebaik sahaja selesai akad nikah, papa dan mama terus balik. Mujur dia sempat bersalaman dengan  kedua-dua orang tuanya.

“Bilik ada satu aje. Cik Maya tukar baju dulu. Lepas tu saya pulak tukar baju.”

Maya angguk lalu ayun langkah keluar dari dapur. Dia mengheret beg pakaiannya untuk dibawa masuk ke dalam bilik.

“Cik Maya... biar saya bawak masuk.” Hakim merampas beg tadi lalu diheret masuk ke dalam bilik dengan Maya mengekorinya.

Buntang mata Hakim melihat seluar dalamnya di atas tilam. Terjatuh semasa dia hendak ambil baju kotor tadi agaknya. Cepat-cepat dia ambil seluar itu dan simpan ke dalam poket.

Terukir senyum malu tatkala pandangannya bertembung dengan mata Maya.

“Saya keluar dulu tau. Nanti kunci pintu.”
Maya memandang Hakim pelik. “Kenapa kunci pintu?”

Hakim garu tengkuknya. Tidak tahu apa alasan kenapa dia menyuruh Maya mengunci pintu. “Kunci ajelah. Mana tau emmm...”

Maya ketawa sambil menilik muka Hakim. Merah padam muka lelaki itu. “Sepatutnya pengantin perempuan yang malu-malu. Pengantin lelaki yang nakal.”

“Kunci ajelah pintu tu.” Hakim terus keluar.

.

The Boss

🔥 Kompilasi 6 penulis bestseller RC
🔥 500 naskah anggaran cetakan
🔥 Free pos dengan pembelian kombo Bossy (Piah di Hati Mr Beku + The Boss) sepanjang tempoh preorder

Aein Dhiyauddin - Encik Driver Cik Bos
Ateen Khalid - Time to Love
Mia Azwari - My Heartless Lady
Najwa Rahman - Sweet Chaos
Rinsya Chasiani - Behave, Girl!
Tulip Ungu - 8 Aksara

Wasap :
https://wa.me/60129284568/theboss

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top