Teaser 3-Behave, Girl -Rinsya Chasiani

“Selama pagi, bos.” Ucapku pendek.

Lelaki itu setakat mengangguk tanpa memandang ke arahku. Dia membuka butang suit dan duduk di kerusi paling hadapan. Sufiah mengekor dari belakang dengan beberapa fail di tangan.

“Fail saya letak sini, bos.” Ucap Sufiah seraya meletakkan fail-fail itu di atas meja. Aku sambung menyusun botol-botol mineral di atas meja.

“Natasha, panggil yang lain masuk mesyuarat sekarang.” Suara garau Ayden membuat aku tersentak.

Aku mengerli ke arah jam dinding. 20 minit lagi sebelum mesyuarat bermula. Adalah benda yang tak kena ni. Baik aku cepat-cepat pergi panggil dia orang. Kotak botol mineral aku angkut dan bergegas menuju keluar bilik mesyuarat. Mujurlah tinggal tiga botol aje jadi taklah berat sangat.

Aku menuju ke arah meja pejabat kami dan berdeham dua kali. “Bos minta kita masuk bilik mesyuarat!” Seruku agak kuat.

Yang lain-lain terus bangun dan membetulkan penampilan diri sendiri. Aku rasa macam lawak pun ada. Kena kemas ke nak masuk bilik mesyuarat? Yang perempuan pula sibuk memandang muka ke cermin.

Setakat ni aku tak pernah lagi melihat Ayden tu berperangai luar alam. Kadang-kadang dia nampak macam tak kisah pun dengan kami.

Ada masa-masa tertentu, kami melepak beramai-ramai. Apabila Ayden muncul, kami semua diam. Ayden hilang, berborak lagi.

Dalam hatiku pernah juga terdetik. Apa guna jadi orang atas kalau hidupnya seperti dipulau orang lain?

Aku mengambil air di dalam mug dan mencicip sedikit untuk menghilangkan rasa haus.

Setelah ramai yang masuk ke bilik itu, barulah aku menapak menjadi yang terakhir.

Tapi sebaik sahaja aku menutup pintu bilik mesyuarat, aura tegang tiba-tiba menghentak perasaanku.

Aku nampak semua yang ada dalam bilik mesyuarat itu tidak duduk seperti selalu. Masing-masing berdiri di hadapan kerusi masing-masing. Dan aku nampak Sufiah sedang tunjuk menangis dengan wajah yang merah padam.

Aku disentak rasa gemuruh.

Kenapa? Ada yang tak kena ke?

Fail di atas meja yang aku susun elok-elok dah berterabur seperti dilempar orang. Tiba-tiba darahku berderau. Jangan-jangan, aku terlepas typing error dalam minit yang aku buat?

Alah, matilah...

Aku tak berani nak pandang ke arah Ayden kerana dia tengah tenung muka kita orang satu persatu seperti dalam keadaan yang sangat marah.

“Natasha.” Namaku disebut.

Darahku berderau lagi. Kali ini jari-jemariku turut menggigil gara-gara takut dimarahi di hadapan orang ramai.

“You keluar.”

Aku? Keluar? Dari bilik mesyuarat ni ke?

Aku tercengang-cengang. Namun kakiku tetap melangkah menuju keluar daripada bilik mesyuarat.

Kenapa aku kena keluar? Apa masalah sebenarnya? Dia orang nak bincang macam mana nak berhentikan aku kerja ke? Tapi apa salah aku?

*****
Behave, Girl!  (Rinsya Chasiani)

🌻🌻🌻🌻

Kalau jumpa bos lagu ni, hensem bagai Shah Rukh Khan punnn guwe sanggup letak jawatan. Elok lagi dapat bos tak kacak tapi baik hati... 

#theboss #komboBossy #rinsyachasiani

Berminat, wasap akak 0129284568

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top