Teaser 2-Time To Love- Ateen Khalid
“Apa kau cakap?” Membulat mata Reza bila mendengar kata-kata wanita itu. Takde angin takde ribut tiba-tiba tawar diri nak kerja dengan dia dah kenapa?
“Saya cakap saya nak kerja. Tadi awak cakap nak cari pekerja kan. Saya ada. Saya boleh kerja! Saya rajin, periang, pandai buat lawak.” Selesai berkata, Edith tahu apa yang dia cakap tu macam pelik tapi dia tak boleh buat apa dah. Dah terlajak cakap. Periang, pandai buat lawak? Ah lantaklah.
“Kenapa tiba-tiba nak kerja ni?”
“Sebab saya tak tau nak buat apa dekat kampung ni.”
Dahi Reza berkerut. Tapi bila difikirkan balik, dia memang terdesak pun nak cari pekerja. Sekurang-kurangnya, boleh bergilir dengan dia jaga kedai runcit ni. Tapi… ada beberapa masalah kalau dia ambil wanita depannya ni. Satu, boleh dipercayai atau tidak? Dua… ini masalah yang paling besar sebenarnya.
“Haa dan awak boleh percayakan saya. Saya cucu Nek Sarimah, jiran awak. Kalau awak tak percaya, awak boleh pergi tanya Nek Sarimah.” Edith mula memetik nama opahnya.
Mendengar nama itu, masalah soal kepercayaan mula berkurangan. Dia ada nampak semalam sebuah kereta di depan laman Nek Sarimah.
“Kalau kau cucu Nek Sarimah, aku rasa aku boleh percayakan kau. Tapi aku sebenarnya tak perlukan orang yang periang or pandai buat lawak. Bukannya aku nak suruh buat lawak depan tu. Aku perlukan orang yang kenal jenis-jenis sayur.” Reza memeluk tubuh. Sengaja dia berkata begitu sebab mahu melihat riak wajah wanita di depannya ni.
“Ehh, saya kenal la sayur. Tadi tu tersilap ambik. Betul!” Edith tunjuk muka yakin.
Kening Reza terangkat. “Are you sure?”
“Sure.”
“Okey…” Reza berjalan keluar dari kawasan kaunter dan berdiri di depan Edith. “Ikut aku.”
Edith mengekori langkah lelaki itu.
“Ni apa?” Jari telunjuk menyentuh salah satu sayur di depannya sekarang.
“Oh, ni… saya tau ni. Ni…” Edith terdiam seketika. “Ni… pelatuk.” Sambungnya dengan nada yakin.
Reza mengurut kelopak mata. Cuba untuk menahan tawa. Astaghfirullahalazim Ya Allah berikanlah aku kekuatan. Kasihanilah wanita ni yang tak tahu apa-apa. Jadi memang betullah apa yang dikata, dia boleh buat lawak. Aduhai.
“Aku ketuk kepala kau jugak karang. Sayur pun tak kenal ada hati nak kerja sini.”
“Hah? Salah ke? Bukan pelatuk?”
“Salah! Kau ingat ni cerita P Ramlee? Ni petola! Ada pulak sebut pelatuk.” Nak marah dengan nak gelak jadi sama banyak. Kewujudan wanita ini memang betul-betul buat harinya terhibur.
Berminat wasap 0129284568.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top