Teaser 2-Sweet Chaos-Najwa Rahman


“Assalamualaikum semua. Ni saya nak perkenalkan anak saya, Zahra. Kalau tak ada apa, esok dia akan mula kerja di sini.”

Zahra senyum separa ikhlas pada pekerja ayahnya. Nafas dihela perlahan. Kalau bukan sebab ugutan ayah yang mahu kahwinkan dia dengan anak saudara ibu tirinya, dia takkan mahu kerja di sini.

“Hazrin, nanti awak bantu Zahra apa yang patut ya?”

Tercengang kejap Bob bila namanya diseru bosnya namun tetap dia mengangguk, “InsyaAllah bos.”

“Zahra balik dulu,” laju Zahra bersuara. Wajah si Hazrin itu dia tak pandang pun. Dia cuma mahu balik sahaja sekarang.

“Hati-...” tak sempat bos menghabiskan ayatnya, Zahra terus saja berlalu. Pekerja-pekerja yang lain dah saling berpandangan.
Brian cuit bahu Bob sebelum dia menggerakkan mulutnya, ‘She’s rude!’
Bob tak menjawab. Dia cuma mengangkat bahu. Pasti ada sebab Zahra berwajah masam seperti itu.

**

Bob garu kepala yang tak gatal. Ini sudah kali keberapa entah dia ajar Zahra menggunakan Adobe Photoshop, “Cik Zahra...”

Zahra hanya terkebil-kebil sebelum dia sengih, “Sorrylah. I memang bodoh sikit bab-bab ni.”

Sejak Cik Zahra ni masuk ke pejabat seminggu lepas, hidup Bob jadi huru-hara. Semua benda dia tak tahu, diajar berkali-kali pun masih tak pandai.

“Cik Zahra, saya...”

Zahra laju angkat tangan kanan, meminta Bob berhenti bersuara, “Janganlah bebel-bebel, Bob. Kat rumah dah kena bebel, takkan kat ofis you pun nak bebel dekat I?"

Bob hela nafas, “Cik Zahra tengok saya buat sekali lagi, okey?”

Zahra sengih lebar, “Okey!”

Brian yang memerhati dari kubikelnya dah ketawa. Nasib kaulah, Bob...

***

Pra-tempahan dibuka sehingga 26 Januari 2020.

Harga sebuah; RM33+ RM8 (postage)

Untuk lebih jimat, beli KOMBO BOSSY; RM63 (free postage)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top