Teaser 2- My Heartless Lady - Mia Azwari

Sebaik pintu lif hampir tertutup, lekas Thaqif menghalang pintu itu. Tergamam Thaqif melihat wajah pucat Inara yang tanpa solekan ada di dalam lif itu. Inara langsung tidak melihat wajah Thaqif.

“Kenapa berdiri lagi? Jomlah masuk…” gesa Sofea sambil menarik lengan Thaqif.

Thaqif dan Sofea masuk ke dalam lif itu. Terasa janggal pula Thaqif walaupun baru dua minggu tidak berjumpa dengan Inara.

“Lama tak nampak Cik Inara. Cik Inara sihat?” Ramah Sofea menegur.

“Baik. Saya datang pun ada urusan penting.” Mendatar nada Inara tanpa memandang ke arah pasangan itu.

Thaqif yang melihat penampilan isterinya hari ini berasa curiga. Jarang isterinya ke sini dengan pakaian yang tidak formal. Pasti Inara ke sini sekadar untuk menandatangani kertas kerja.

“Thaqif, malam ni kita keluar tengok wayang nak? I bosanlah duduk rumah…” Bisik Sofea.

Inara yang terdengar perbualan itu mengepal tangannya. Dulu, dia tidak percaya jika ada yang menyatakan Thaqif bersama Sofea. Setelah apa yang berlaku dua minggu lepas dan ditambah lagi dengan adegan sekarang, Inara yakin dengan keputusannya untuk berpisah.

Thaqif lekas berdeham. Terasa seperti dia sudah bersikap curang pula ketika ini. Selama dia berkawan dengan Sofea, memang dia akui pernah beberapa kali keluar berdua. Namun itu sekadar untuk menghilangkan rasa bosannya.

Saat pintu lif terbuka, laju kaki Inara melangkah pergi. Thaqif memandang kelibat isterinya berlalu pergi. Satu keluhan terlepas dari bibirnya. Ada rasa terkilan kerana Inara langsung tidak bersedih dengan perpisahan mereka.

“You ni, asyik termenung aje. You ada masalah ke?” Tangan Thaqif diraih untuk menyedarkan lelaki itu.

Terkejut Thaqif dengan perbuatan Sofea. Terus Thaqif memandang Inara di hadapan. Ternyata Inara sedang memandang ke arah mereka. Laju Thaqif menarik tangannya dari genggaman Sofea.

“I okey… err… jomlah kita ke kafe.”

Wajah Sofea jelas berubah apabila Thaqif enggan memegang tangannya. Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap lelaki berbakat besar ini. Mungkin dia terlalu terburu-buru hari ini.

“Okey, jom…”

Mereka berjalan beriringan ke kafe. Sekali lagi Thaqif cuba mencari kelibat isterinya tetapi wanita itu sudah lama menghilang.

Thaqif semakin keliru dengan perasaannya saat ini. Dia yang ingin berpisah tetapi hatinya terasa berat untuk melepaskan Inara pergi.

💓 Malam nnt akak up teaser dr penulis lain pula. Utk teaser the boss, akak hanya bagi beberapa sahaja teaser utk setiap story. Nak tahu lebih lagi, boleh dapatkan kompilasi The Boss😘

Utk teaser the boss, terpaksa kedekut teaser.😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top