Teaser 2- 8 Aksara- Tulip Ungu
“Hi. “Tegur lelaki itu.
Hannah angkat wajah, buat-buat terkejut.
“Ya.” Jawabnya dan fokus pada wajah lelaki itu. Melihat lelaki itu dari dekat, memang tidak dapat dinafikan yang lelaki itu sangat kacak. Berkening tebal dan berambut lebat. Matanya coklat dan jambang nipis serta goatee di bawah bibir menambah elemen kacak pada wajah bujur lelaki itu.
“Boleh tolong saya?” Tanya lelaki itu.
“Tolong? Tolong apa?”
“Tolong taipkan benda ni.” Lelaki itu hulurkan sehelai kertas putih A4 yang penuh satu muka dengan tulisan tangan.
Hannah angkat tinggi keningnya.
“Ini bukan skop kerja saya.” Jawabnya. Memang dia tahu lelaki itu anak bos tapi itu bukan tiket untuk mempergunakan tenaga dia melakukan kerja yang bukan dalam bidangnya.
Raff angkat tinggi keningnya. Kali pertama dia berhadapan dengan perempuan yang langsung tidak terkesan dengan penampilannya, malah boleh pula menolak permintaannya mentah-mentah begitu.
“Awak kenal saya siapa?” Soal Raff. Bukan ego tetapi kebanyakan staf yang mengenalinya tidak mungkin akan menolak permintaannya sepertimana yang dilakukan oleh perempuan di hadapannya ini.
“Kenal.” Jawab Hannah. Dia cuba mencari riak berlagak dari wajah anak pemilik hotel ini namun dia tidak temukan kesombongan pada wajah itu, malah nada suaranya juga tidak menunjukkan lelaki itu meninggi diri.
“Jadi?” Soal Raff yang tidak percaya dengan reaksi yang dia terima tadi. Kenal dia tapi berani melawan permintaannya malah sama sekali tidak tertawan pada penampilan kacaknya. Waraskah perempuan yang berdiri di hadapannya kini?
“Macam saya bagitahu tadi, permintaan encik tak ada dalam skop kerja saya. Itu tugas bahagian personel, mungkin boleh suruh diaorang taipkan.” Saran Hannah. Memang tidak logik kalau minta dia yang taipkan.
Memanglah hotel itu hotel baru dan belum beroperasi sepenuhnya menerima pelanggan namun bahagian personel masih bekerja seperti biasa. Seperti mana dia, tetap bertugas walaupun hotel itu belum dibuka untuk orang umum. Namun dia turut menjawab panggilan telefon dan mengambil tempahan bilik untuk cawangan lain.
Raff rasa makin pelik, dia berpaling ke arah dewan yang menempatkan ramai gadis tadi. Sejurus dia pandang, kesemuanya tersenyum memandangnya sambil melambai tangan. Dia seorang saja sudah mampu menarik perhatian gadis-gadis itu tetapi kenapa gadis nan seorang di meja penyambut tetamu ini langsung tidak beri perhatian kepadanya?
“Kalau saya upah RM500 untuk menaip macam mana?” Umpan Raff. Masakan ada orang yang menolak tawaran baik begitu. Otaknya mendesak supaya dia meninggalkan meja itu dan memberi tugas itu kepada kerani sumber manusia sahaja, tetapi hatinya meningkah sehingga dia sanggup menawarkan harga itu hanya untuk menaip sehelai muka sahaja.
Kali ini dia dapat perhatian Hannah. Perempuan itu memandangnya dengan wajah tidak percaya.
“Betul?”
Raff angguk.
“Saya bukan nak hari ni, balik taip di rumah dan esok datang kerja, saya self collect di sini.” Kata Raff.
“Okey.” Hannah tarik kertas dari tangan Raff sebegai tanda setuju.
Tanpa sedar Raff tersenyum.
“Nama apa?” Soal Raff kemudiannya. Sepanjang dia hidup, tidak pernah dia dapat layanan dingin sebegitu. Ini kali pertama perempuan tidak mengendahkan dirinya. Sebelum ini, semuanya berebut datang meyerah.
“Saya?” Hannah tuding jari ke wajah sendiri.
Raff angguk.
“Hannah.” Jawabnya pendek.
🌻🌻🌻🌻🌻
Kompilasi The Boss :
😍 Ateen Khalid - Time To Love
😘 Aein Dhiyauddin - Encik Driver Cik Bos
😳 Najwa Rahman - Sweet Chaos
😛 Rinsya Chasiani - Behave, Girl!
😋 Mia Azwari - My Heartless Lady
😉 8 Aksara - Tulip Ungu
#theBoss
Berminat blh wasap 0129284568
🔥 500 naskah anggaran cetakan
🔥 6 penulis awesome
🔥 Lebih jimat pos dengan pembelian Kombo Bossy (Piah Di Hati Mr Beku + The Boss) - free pos sehingga 26 Jan
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top