Persoalan ?



PINTU bilik officenya dibuka dan phone milik mangsa yang dia dapat tadi disambungkan dengan pengecas. "Harap hidup lagi tolonglah"


Phone yang sedang dicas diletak perlahan di atas meja dan dia melabuhkan duduk di kerusi. Laptop di hadapan dipandang lama sebelum dia bertindak untuk menekan butang 'on'.


Laju jarinya menaip sesuatu di keyboard lantas butang 'ENTER' ditekan. "Hyera Jung --- anak usahawan terkenal JF corporation ?" mengecil mata Taehyung membaca segala butiran milik mangsa yang mereka jumpa tadi.


"Ada abang ok nice siapa abang dia?" tetikus digerakkan perlahan untuk melihat butiran seterusnya dan mata dia membuntang besar. "THE HECK ?! ABANG DIA JUNG HOSEOK ?!" terjerit kuat Taehyung di situ. Terkebil-kebil mata dia menatap skrin komputer dengan rasa tak percaya.


"Kau serius ke ni hawau ? Nak tipu tu agak-agak lah ! Takkan muka kuda tu ada adik cantik gojes macam tu sekali ?!" Dahinya dipicit perlahan. Tak sangka sekuda-kuda Hoseok rupanya jejaka itu ada adik perempuan yang teramat cantik. Cantiknya mengalahkan Song Jihyo crush dia dalam cerita Running Man.


"Macam mana nak bagitahu dia ? Yoongi hyung pun kalau tahu mesti shock habis" dagunya diusap perlahan dengan mata yang terpejam.


Belakang badannya disandarkan dengan lemah. Rasa nak pengsan baca segala butiran milik si mangsa hinggakan dia sendiri hampir terkena kejutan 'budaya'.


________________________________


TAJAM anak mata hitam pekat milik Yoongi memerhati susuk tubuh kaku Hyeri Jung yang sudah terbaring tegak di atas katil mayat dengan tubuhnya diselimuti dengan kain putih untuk menutup tubuh si gadis yang sepenuhnya berbogel.


"Apa motif kau kena bunuh?" Yoongi hairan sebenarnya sebab nak kata perempuan depan dia ni dibunuh sebab rompakan mustahil sangat sebab masa dia periksa seluruh kawasan kejadian dan barang peribadi milik mangsa yang tersembunyi di dalam almari bilik air hotel menunjukkan tiada unsur barang yang dicuri langsung.


Jadi sebab apa gadis ini dibunuh? Lagi satu dengan 21 tikaman di badan mangsa terlalu melampau baginya. Musykil Yoongi dibuatnya.


Dia mencapai buku nota di sebelah meja khas untuk dia membuat laporan berdekatan dengan katil mayat serta sebatang pen untuk menulis. "First thing first tinggi badan kau berapa" dengan sekali lirikan mata tajamnya pada satu tubuh kaku Hyeri Jung dengan pantas tangannya mencatit tinggi badan si gadis.


"Next your berat badan" kakinya dibuka untuk ke meja kerjanya yang bersebelahan dengan katil mayat. Buku laporan tentang Hyeri Jung dibuka dan diselak satu persatu. "There you are...43 not bad patut kerja model. Kurus pun kurus" tangannya mencatit lagi di dalam buku notanya.


"Umur --- 23 so young but sadly you're dead" tergeleng perlahan kepalanya sambil tangannya lincah mencatit perisian-perisian penting tentang mayat yang bakal diautopsi sebentar lagi.


"Jantina of course perempuan" sekali lagi dia mencatit butiran penting itu kemudian buku laporan tentang Hyeri Jung ditutup semula. Buku nota bersama pen tadi dibawa bersama menuju ke katil mayat.


Anak matanya tajam memerhati satu badan Hyeri Jung yang berselimut putih untuk mencari sama ada gadis itu mempunyai sebarang tanda lahir,bekas luka ataupun tattoo.


Kakinya dibuka langkah ke depan dan tangannya menarik selimut putih itu ke atas mendedahkan dua pasang kaki putih pucat milik si gadis.


Tangan kirinya yang bersarung tangan getah berwarna hijau cair itu bergerak perlahan ke betis kiri si gadis dan ditekan sedikit ke dalam mendedahkan satu tattoo yang agak kecil.

"XJ?" Pantas dia mencatit butiran itu ke dalam buku notanya. Taknak tertinggal walau satu pun bukti penting. Yoongi kembali bergerak ke kepala si gadis dan berhenti di bahagian anggota tangan kanan si gadis yang ditutup dengan helaian kain putih.


Kain itu diselak sedikit ke atas dan terpapar jari jemari si gadis yang memucat. Ibu jari kanan si gadis dipegang lembut dan didekatkan dengan wajahnya. Tajam matanya memerhati corak ibu jari kanan gadis itu.


Setelah diamati hampir daripada seminit lebih helaian buku notanya diselak dan dia kembali mencatit maklumat baru. "plain arch" kepalanya terangguk perlahan dan tangan kanan si gadis diletakkan semula ke bawah dan ditutup dengan kain putih tadi.


Buku nota dimasukkan ke dalam poket di kot putihnya begitu juga dengan pen hitam yang dia pegang sedari tadi. Cermin matanya yang sedikit terlorot ke bawah ditolak dengan hujung jari ke atas semula.


Yoongi kembali bergerak perlahan mengelilingi tubuh Hyeri Jung yang kaku. Anak matanya mengecil kerana cuba untuk mencari sebarang tanda yang tidak biasa pada kulit mangsa seperti tompokan darah,bahan organik yang terletak atau tersangkut dan apa-apa sisa  seperti parut,jahitan dan tanda pada kulit.



Ini dapat membantu proses penyiasatan walaupun sedikit. "Apa ni? Macam...bulu dari tikar" penyepit kecil seperti sepit uban dicapai di meja kecil di sebelah kiri katil mayat dan bahagian bahu kanan gadis itu yang terdedah didekati.


Sehelai benang kecik berwarna putih disepit dan dibawa masuk ke dalam plastik kedap udara. Yoongi melihat tajam helaian benang tersebut. Berkerut dahinya kerana cuba untuk mengingati sesuatu.


"Macam familiar...takpelah nanti aku check" plastik tadi diletakkan di atas meja laporan dan dia kembali fokus pada Hyeri Jung yang terbaring kaku. Kamera di meja peralatan diambik dan disetkan.


Kain putih yang menyelimuti tubuh Hyeri Jung dari dada hingga ke kaki ditarik hingga mendedahkan keseluruhan tubuh pucat Hyeri Jung. Jelas mayat gadis itu berbogel sepenuhnya di hadapan Yoongi namun itu adalah perkara biasa bagi petugas forensik sepertinya.


Butang kamera ditekan dan empat keping gambar pelbagai posisi diambil olehnya.


Snap !

Snap !

Snap !

Snap !


Kamera diletakkan semula ke tempat asal dan katil mayat ditarik untuk masuk ke bilik X-ray. Ini dapat membantu untuk menemukan sekiranya ada bahagian tulang yang patah atau retak ataupun mengandungi sebarang peralatan perubatan yang termasuk di dalam badan.


"Tulang rusuk kiri dia patah --- nampaknya pembunuh memang berniat nak bunuh dia...atau dia melawan sampai patah macam ni sekali?" imbasan x-ray yang menunjukkan tulang rusuk kiri Hyeri Jung yang patah teruk menjadi persoalan dalam minda Yoongi.

Sampai macam tu sekali patahnya? Jelas pembunuh memang seorang yang agak kejam. Kali ini Yoongi menggerakkan bahagian wajah si gadis agar tegak memandang ke atas.

Butang x-ray ditekan dan wajah si gadis terpapar di layar skrin besar di hadapannya menunjukkan struktur gigi si gadis yang terletak elok. "Hmm gigi takde masalah" helaian sinar x-ray tadi diambik dan dimasukkan ke dalam sampul surat berwarna coklat dan katil mayat dibawa keluar dari bilik X-ray bersama dengan laporan X-ray gadis itu dan diletakkan di atas meja laporan.


Yoongi berdehem sedikit kuat dan menutup matanya sekejap. Bukan apa tapi prosedur seterusnya dia kena check kemaluan si gadis sama ada terdapat tanda diperkosa,dirogol atau penderaan seksual yang membuatkan selaput dara si mangsa koyak atau sebaliknya.


Walaupun bidang kerja dia memang macam ni tapi tetap dia malu. Perlahan matanya dibuka diselangi dengan tarikan nafas yang agak panjang sebelum dihembus perlahan.

Kaki si gadis dikangkangkan sedikit dan alat sulit gadis itu dipegang lembut lalu dibuka perlahan. Walaupun dah mati tapi dia masih tahu untuk menghormati mayat. "Koyakan lama"


Yoongi kembali berdiri tegak dari membongkok dan kaki gadis itu dirapatkan semula seperti asal. Buku nota dipoket kot makmalnya dikeluarkan bersama dengan pen.

"Selaput berwarna pucat dan jelas tidak berdarah. Check" Buku nota ditutup dan dimasukkan ke dalam poket semula bersama dengan pen.

Yoongi bergerak ke meja yang tersusun pelbagai alatan khas untuknya  dan satu alatan injection khas untuk mengambil darah dicapai. Lengan kanan si gadis diangkat sedikit dan urat nadinya dicari. Ditepuk perlahan dengan dua jarinya untuk mencari saraf tertentu dan dengan perlahan dia memasukkan jarum injection ke dalam urat hijau gadis itu dan penarik injection ditarik hinggalah tiub injection itu memenuhi hampir separuh cecair merah milik si gadis.


Perlahan jarumnya ditarik keluar dan kapas diletakkan sedikit lama agar darah tidak mengalir keluar. Cukup beberapa saat Yoongi membuka langkah ke arah almari yang meletakkan pelbagai jenis tabung vakum bersama dengan penutup pelbagai warna iaitu kod untuk setiap tabung.


Tabung vakum dengan penutup berwarna ungu muda (lavender) diambil dan darah yang diambil tadi dimasukkan ke dalam tabung vakum dan diletakkan ke dalam almari khas yang sudah siap dilabel 'For Test'.


Dia kembali bergerak ke katil mayat dan tangannya mencapai pisau bedah di meja alatan kemudian dengan gerakan perlahan dan smooth dia membuat irisan garisan 'Y' yang besar bermula dari kedua sisi bahu si gadis melintang sepanjang dada dan kemudian turun hingga sampai ke bahagian kemaluan.


Pisau bedah tadi diletak di tepi kepala kanan si gadis dan perlahan tangannya memegang kedua belah kulit si gadis yang terbelah kemudian ditarik perlahan selebar yang mungkin.


Matanya bergerak-gerak melihat segala usus dalaman si gadis untuk diperiksa ada atau tidak sebarang kecederaan dalaman yang terjadi.

Kemudian Yoongi mencapai gunting rusuk dan dan kedua tulang rusuk si gadis dibelah serta dibuka. Kedua belah tangannya yang dipenuhi darah diabaikan dan hanya anak matanya yang bergerak dan berbicara.

Sunyi sepi keadaan makmalnya tika itu. Mulutnya yang sedari tadi memakai penutup mulut hanya bergerak sesekali sahaja. Bahagian jantung yang dah tidak berdegup dilihat dan jarum injection diambil kemudian dimasukkan perlahan ke dalam jantung Hyeri Jung yang sudah lama berhenti berdegup.


Darah direct dari jantung si gadis diambil dan Yoongi berpaling untuk mengambil tabung vakum berpenutup ungu (lavender) dan darah tadi dimasukkan ke dalam tabung vacum seterusnya diletakkan bersama dengan tabung vacum yang telah diisi tadi untuk mengesan DNA dan sebarang racun atau ubat-ubatan yang terkandung dalam badan mayat.

"Next step to check all of your organ" Dengan teliti Yoongi memeriksa segala organ si gadis yang sudah terdedah. Pisau bedah dicapai dan saluran tiub yang bersambung dengan jantung Hyeri Jung dipotong lembut. Alat penimbang untuk organ manusia di meja alatan dituju dan jantung tadi ditimbang.

Buku nota dipoket dikeluarkan bersama pen lalu jumlah timbangan dicatat pantas begitu juga dengan organ-organ yang lain seperti paru-paru,limpa dan sebagainya. Selesai dengan bahagian timbangan kini Yoongi beralih untuk memeriksa dengan lebih mendalam organ utama gadis itu untuk diperiksa jika terdapat penyakit yang dihidapi mangsa.

Jantung dibelah sedikit begitu juga dengan paru-paru. Jari telunjuknya bergerak menyentuh belahan pada jantung dan paru-paru si gadis dan dibelek lama. "Takde penyakit. Normal. Check" kini Yoongi beralih pula pada bahagian limpa dan usus si gadis dan dibelah secara smooth.

Dibelek-belek dalaman limpa dan usus si gadis kemudian pupil matanya membesar sedikit setelah hujung jarinya merasakan ada ketulan pada usus besar gadis itu.

Perlahan dia menekan ketulan tersebut dan digerakkan hingga terkeluar dari celah hirisan garis yang dia dah belah tadi. "Gula ? " Biji gula mentos yang kelihatan mencair sedikit diambil dan dibelek sekejap sebelum dimasukkan ke dalam plastik kedap udara dan diletakkan di meja laporan bersama bahan bukti yang lain.

Dia bergerak ke kepala Hyeri Jung lalu kelopak mata gadis itu yang tertutup dibukakan perlahan. Dapat dia lihat beberapa petechrial rash iaitu bintik kecil akibat pembuluh darah yang pecah kerana mangsa telah tersedak ataupun dicekik.


Buku nota di dalam poket kot makmalnya dikeluarkan bersama pen dan dia mencatit sesuatu. "Mangsa tersedak atau dicekik kalau dicekik macam tak masuk akal" jari jemarinya lembut bergerak di sekitar leher Hyeri Jung. Jelas tiada kesan lebam atau kemerahan akibat dicekik. Yoongi kembali mencatit sesuatu di buku notanya.

"Mangsa tersedak. Check" Buku notanya disimpan semula ke dalam poket bersama dengan pen. Kedua tangannya memegang sisi kepala Hyeri Jung dan digerakkan ke kiri dan ke kanan dengan lembut untuk melihat sekiranya adanya kesan trauma pada kepala si gadis sama ada retak ataupun berlekuk dan kemudian alatan untuk membelah bahagian atas kepala mayat diambil di meja alatan di sebelah kiri katil mayat.


Dengan pantas Yoongi menyelesaikan tugasnya yang bakal berakhir tak lama lagi. Tiga minit dihabiskan hanya untuk membuka tempurung kepala si gadis dan alatan tadi disimpan semula.

Dengan berhati-hati kedua tangannya menarik perlahan otak Hyeri Jung dan otak tersebut ditimbang di atas penimbang. Buku nota dikeluarkan dan jumlah timbangan dicatatkan.

Pisau bedah tadi dicapai dan permukaan otak Hyeri Jung dihiris sedikit. Sampelnya dimasukkan ke dalam tabung vakum khas untuk sampel bukti. Yoongi menarik nafas panjang dan dihembus perlahan.

Otak tadi dimasukkan ke dalam bekas khas berlabel 'Victim case' kemudian dia terus melangkah ke arah katil mayat. Tubuh badan Hyeri Jung yang terdedah akibat dibelah tadi dijahit semula dengan rapi dan lembut.

Bahagian tempurung kepala si gadis yang terbuka tadi ditutup semula. Akhir sekali dia menarik helaian kain putih di hujung kaki si gadis dan ditutup semula tubuh gadis itu yang terdedah.


Buku notanya dikeluarkan dan dia kembali mencatat sesuatu. "Kematian jenis homisid. Sebab kematian kerana dipukul dengan bahan tumpul kerana terdapat lekukan yang amat dalam pada tengkorak kepala mangsa. Terdapat peninggalan bahan organik seperti sehelai benang yang puncanya dari baju atau bahan bukti dari tubuh pembunuh terlekat pada tubuh mangsa. Turut serta dengan tattoo XJ di betis kiri mangsa. Hasil ujian darah akan saya nyatakan kemudiannya. Kesimpulan yang dapat dinyatakan dengan 21 tikaman di badan mangsa kemungkinan pembunuh sudah lama menyimpan dendam untuk membunuh mangsa ataupun hasrat untuk menghapuskan mangsa. Selain itu selaput lama yang telah koyak turut menandakan bahawa mangsa pernah melakukan hubungan seksual dengan seseorang" kepalanya digerakkan perlahan ke kiri dan ke kanan sehingga berderap perlahan.

Jelas lehernya lenguh kerana terlalu lama menatap mayat. Buku notanya dimasukkan ke dalam poket bersama pen sebelum kerusi di meja laporannya ditarik dan dengan perlahan Yoongi melabuhkan duduk.

Kepalanya direhatkan pada penyandar kerusi. Berdenyut-denyut rasa kepalanya kerana penat memikir teori kematian. Seketika telinganya bergerak sedikit tatkala kedengaran bunyi pintu terbuka.

"Yoong kau jumpa apa-apa?" Melihat dari arah jari telunjuk Yoongi yang terangkat menunjuk ke satu arah membuatkan Taehyung berdehem perlahan.

Kakinya dibuka ke meja laporan Yoongi yang agak bersepah. Tiga paket plastik kedap udara yang mengandungi bahan bukti diambil dan dibelek.  "Yang benang tu bahan organik sama ada dari tubuh pembunuh atau carpet ataupun dari baju pembunuh yang terlekat dekat tubuh mangsa"


Kepala Taehyung terangguk beberapa kali. Tajam matanya menilik bahan bukti baru yang dijumpai. "The second one is hirisan otak dia so yeah kejap lagi aku bawak pergi test lab and the third one is mentos candy which is makanan terakhir yang dia makan sebelum dia dibunuh"

Taehyung berdiam diri dan meletakkan semula paket plastik kedap udara itu di atas meja semula dan bergerak ke arah Yoongi yang sedang memejamkan mata dan statik duduk bersandar.

"Kau tahu dia sape?" melihat dari anggukan kepala Yoongi membuatkan Taehyung berdecit perlahan. "Macam mana kau tahu?"

"Aku pernah jumpa Hoseok and he bring his young sister to meet me. Aku pun tak expect dia ada adik" Bahunya dinaikkan sedikit ke atas tetapi matanya masih terpejam. 

Taehyung memasukkan tangan kirinya ke dalam poket seluar dan anak matanya melirik ke arah  mayat Hyeri Jung yang terbaring kaku. "Aku gerak dulu. Kau nak tempah apa-apa tak?"

Melihat dari Yoongi yang berdiam diri tahulah dia jejaka itu telah terlena. Dengan perlahan Taehyung bergerak keluar dari makmal Yoongi dan menghembus perlahan nafasnya.

Macam mana dia nak bagitahu Hoseok tentang hal ni?

Phone dipoket seluar dikeluarkan dan nombor seseorang didail. "Hello hyung aku on the way" kad  detektifnya dikeluarkan dan ditunjukkan kepada pengawal di depan pintu unit forensic itu.

"Silakan Tuan" kepala Taehyung terangguk perlahan dan kunci keretanya ditekan. "Haaa Yoongi hyung tertidur and aku malas nak kacau kang mengamuk oklah hyung bye" Phone dimatikan dan diletakkan di seat sebelah.

"Damn it banyak sangat tekanan boleh beruban aku"


Dengan sekali pijakkan pada pedal minyak keretanya bergerak laju membelah jalan raya.




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top