•••dua•••
Ting...
Ting...
Ting...
Bunyi notification yang datang dari telefon bimbit mengganggu ketenteraman Cat untuk tidur. Dengan keadaan yang masih mamai dia mengambil telefon bimbitnya yang berada di meja yang bersebelahan dengan katilnya sahaja.
Dia membuka 'lock' telefon nya kemudian membuka aplikasi whatsapp. Terus membuntang mata Cat apabila membaca pesanan dari rakan rakannya.
Cat terus mencapai jaketnya dan bergegas ke tempat rakannya.
•~•~•~•~•~•
"Berat gila barang kau weh" keluh Cat
"Perempuan, memang lah banyak dan confirm akan berat. Macam lah barang kau tak banyak kan" balas Nate
"Tak banyak pun" balas Cat
Cat memasukkan lolipop ke dalam mulut nya sambil mencari tempat duduk.
"Eh kenapa pulak?" soal Nate pelik
"Aku buang, banyak yang dah koyak" jawab Cat dengan muka tiada perasaannya.
"Sapa suruh kau selalu sangat bergaduh kat luar sana memang lah baju kau banyak koyak" bebel Nate.
Memang betul, Cat memang jenis yang kalau keluar rumah tak sah kalau badan dia tak luka sebab bergaduh tapi tak adalah dia pergi bawa sekali Nate tu. Tak pasal pasal hilang nyawa kawan dia nanti.
Cat buat buat tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Nate. Dia bukannya kisah sangat mengenai perkara kecil macam tu.
Barang boleh dibeli so?
Mereka berdua menemukan tempat duduk mereka. Ketika hendak mengambil tempat duduk, mereka berdua bertembung dengan dua orang lelaki yang hendak duduk di tempat yang sama.
"Err, maafkan saya, saya rasa awak berdua salah tempat duduk" beritahu Nate kepada dua orang lelaki yang berada dihadapannya.
"Oh ye, emm sorry" balas salah seorang lelaki itu.
Nate hanya mengangguk manakala Cat setia dengan reaksi dia yang buat buat tak tahu itu.
Setelah dua orang lelaki tadi beredar mereka berdua duduk ditempat yang telah mereka tempah.
"Cat, kau tau kat mana aku letak earphone aku tadi?" soal Nate sambil meraba raba dalam beg tangannya.
Cat memandang kearah Nate kemudian mengalihkan pandangannya kearah beg tangan Nate.
"Kau jatuhkan earphone kau" balas Cat mendatar.
Nate melihat ke arah lantai sambil memeriksa earphonenya betulkah terjatuh ke lantai. Macam tak tau je yang Cat ni suka mengusik.
Rupa rupanya earphone milik Nate berada di lantai tempat duduk belakang.
Otak Nate ligat memikirkan bagaimana cara dia hendak mengambil earphonenya kerana tempat duduk di belakang mereka ialah tempat duduk dua orang lelaki yang ditegurnya tadi.
"Cat.." Nate sudah mula dengan suara manjanya.
Cat menoleh sambil mengangkat keningnya kearah Nate. Mula lah tu.
"Tolong aku"
"Hemm" balas Cat malas sebab dia baru hendak melelapkan mata.
Tanpa Nate sempat memberitahu Cat yang dia hendak meminta tolong ambilkan earphonenya yang berada di tempat duduk belakang, gadis itu berdiri.
"Oi, ambilkan earphone yang ada bawah kerusi awak berdua tu" pinta Cat kepada dua orang pemuda yang tidak dikenalinya.
Dengan muka yang tiada perasaanya, Cat menyambut huluran earphone tanpa mengucapkan terima kasih.
"Cakaplah terima kasih"
"Kaulah cakap, asal aku pulak?" soal Cat.
Nate menoleh kebelakang, lelaki yang berada di belakang mereka memerhati Nate.
"Thanks" kata Nate sepatah.
"Welcome" balas lelaki tersebut sambil menghadiahkan sebaris senyuman kearah Nate.
~•~•~•~•~•~
"Joel, gadis yang suruh aku ambilkan earphone tu bukan gadis yang kau tunjuk kat aku masa kat taman permainan tu kah?" soal Erick.
"Huh?, oh ya dia lah tu. Tapi aku bukan tengok dia pun aku tengok kawan dia" balas Joel.
'Mata dia cantik' desis hati Joel.
~•~•~•~•~•~
Nate dan Cat pun tiba di lapangan terbang. Dalam keadaan mamai Nate menurut sahaja Cat dari belakang sambil mengheret luggage purple miliknya.
"Cat, aku nak cuci muka kat tandas dulu." Kata Nate kepada Cat sebelum kakinya melangkah meninggalkan gadis tersebut.
Cat hanya mengangguk mamai. Mungkin disebabkan dia baru bangun dari tidur juga. Dari jauh dia dapat melihat kelibat seseorang yang amat dia kenali sedang menghampirinya.
"Hola, amacam kau sihat tak?" soal lelaki tersebut sambil menepuk nepuk belakang Cat.
"Sakitlah, aku Okey, dan sihat. Kau dah beli tak rumah untuk aku dan kawan aku tinggal?" balas Cat.
Lelaki itu mengangguk menandakan bahawa dia telah membeli rumah untuk Cat.
"How about the car?"
"Dah aku dah sediakan semua keperluan dalam rumah tu, tak adanya aku suruh kau dan kawan kau tinggal dalam rumah terbiar"
"Hmm, yelah yelah tak payahlah nak membebel kat sini , aku penat nak dengar" kata Cat.
Orang bukannya membebel tapi si Cat pergi cakap lelaki tu membebel apa cerita. Memang macam tu ek orang baru bangun tidur?
"Eh, orang tak membebel dikatanya membebel memang budak ni."
"Sebelum aku lupa nah kunci kereta kau" lelaki tersebut memberi segugus kunci kereta beserta kunci rumah sebelum berlalu pergi.
Cat menyambut huluran kunci tersebut dan memasukkan gugusan kunci tetsebut ke dalam poket bajunya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top