°°°bab9°°°

Cat tiba di depan rumah dan terus memandu masuk ke dalam garaj.

Cat melangkah masuk ke dalam rumah.

"Nate?" Tiada sahutan.

Seseorang duduk di sofa sedang menonton televisyen. Cat berjalan perlahan-lahan untuk menghendap Nate.

"Hoi" terus bahu Nate di pukul oleh Cat.

Terhinjut Nate dek terkejut disebabkan Cat memyergahnya. Bantal ditangan Nate di baling tepat ke arah muka Cat.

"Mak ai, sakit siak" Cat memegang pada luka di pipinya yang telah dibalut itu.

"Er, Cat sorry aku tak sengaja"

Cat menutup mukanya menggunakan kedua-dua belah tangan. Nate cuba untuk melihat luka pada muka Cat.

"Bah, hahahahaha. Lawaknya" sempat Cat bergurau dalam keadaannya yang sakit.

Nate hanya memerhati Cat dengan muka yang tidak puas hati.

"Kalau aku tahu kau nak permainan aku, bukan setakat bantal yang aku baling, dengan kau kau sekali aku baling keluar rumah tau"

Cat tersenyum bersalah. Cat tahu yang Nate akan jadi amat risau kalau dia tercedera. Tapi hanya dipermainkan oleh Cat.

"Yelah, sorry. Aku nak mandi, lepas tu kita makan eh? Aku ada beli coklat juga untuk kau"

"Mana coklat aku?" Soal Nate tapi masih memuncungkan bibirnya seperti itik.

"Dalam plastik atas meja makan kat dapur"

Cat Naik ke bilik untuk membersihkan badan. Manakala Nate menuju ke dapur.

Nate melihat bungkusan plastik di atas meja. Dia mencari sesuatu dalam bungkusan plastik itu. Kalau tak cari coklat apa lagi yang si Nate ni cari. Setelah puas membongkar didalam bungkusan plastik, Nate menjumpai coklatnya.

"Yeah I did it" Nate melompat kegembiraan.

Nate melabuhkan punggungnya pada salah satu kerusi yang berada di dapur itu sambil makan coklat. Tengah syok Nate melahap coklatnya, Nate dapat mendengar jeritan Cat dari tingkat atas.

Bergegas Nate berlari mendapatkan lif bersama mukanya yang comot akibat daripada terkejut melatah mendengar Cat menjerit dari tingkat atas.

Bilik Cat diterjah masuk begitu sahaja.

"Cat kau okay tak?"

"Tak" hanya perkataan itu sahaja keluar daripada mulut Cat.

"Muka aku calar teruk siap dengan lebam sekali. Ambil masa yang lama untuk sembuh ni. By the way, your face like a monster Nate"

"Kau lah penyebab ni muka aku jadi macam monster, terjerit tak tentu pasal. Kenapa belakang kau teruk sangat lebam dan ada berdarah sikit tu?"

Cat mengenakan baju singlet separa badan menyebabkan Nate dapat melihat kesan luka yang banyak di belakang Cat.

"Cuci muka kau tu, lepas tu turun makan. Aku tunggu kau kat bawah" pipinya belum lagi dirawat.

"Na'ah, kau tak boleh turun selagi luka kat muka kau tu tak ditampal guna mangkuk tandas"

Nate keluar daripada bilik Cat dan masuk ke biliknya sendiri. Nate mengambil first aid di biliknya kemudian kembali ke bilik Cat.

"Duduk" arah Nate.

Cat hanya menurut arahan daripada Cat. Nate mengeluarkan sesuatu daripada kotak first aid ianya ubat sapuan.

Cecair itu disapu pada luka Cat menyebabkan Cat sedikit terundur.

"Tahan sikit. Kalau bab bergaduh tak pulak kau nak berundur" sinis sindiran Nate.

Cat hanya membuat muka. Nate sengaja menekan sedikit pada luka Cat yang terbuka membuatkan Cat terkejut akan tindakan Nate.

Tangan Nate terus di tampar.

"Sakit"

"Manja" balas Cat.

Selesai menyapu ubat sapu itu pada bahagian luka Cat iodin dikeluarkan dan diletakkan pada bahagian luka sebelum ditutup menggunakan kapas. Nate perasan akan wajah Cat yang kelihatan seperti menahan pedih.

"Sikit je lagi ni"

Selesai meletakkan kapas luka Cat ditampal menggunakan plaster.

"Ok, done. Sekarang belakang kau"

"Malam nanti aku buat, kalau sambung lagi sampai esok tak makan." Cat cuba untuk mengelak.

"Yelah" Nate menjulingkan bola matanya ke atas.

Mereka turun ke tingkat bawah setelah selesai merawat luka pada muka Cat.

Mereka berdua beriringan menuju ke dapur. Bungkusan plastik yang berada di dalam peti sejuk di keluarkan. Ianya dua kotak pizza besar.

"Banyak kau beli, dengan barang dapur sekali kau beli"

"Tu bukan barang dapur, tu untuk sarapan esok je. Esok baru beli barang dapur kebetulan esok cuti"

"Dengan keadaan kau macam ni?"

"Apa kaitan dengan keadaan aku?" Soal Cat.

"Bukan. Maksud aku dengan keadaan kau macam ni kah kita beli barang esok?" Nate mengulangi soalannya supaya lebih jelas.

"Ye. Tapi sebelum tu aku nak berjumpa dengan budak-budak aku dulu. Ada benda nak settlekan"

"Ok"

Mereka berdua menjamu selera bersama-sama.

♠️♥️♦️♣️

Sinaran mentari pagi menyinari bilik Cat.

"Hemm" Cat sudah terbangun daripada tidurnya sebaik sahaja seseorang menelefonnya.

Cat meraba meja lampu yang bersebelahan dengan katilnya. Telefon diambil dan punat hijau ditekan.

"Apa?"

"Pukul berapa kau datang sini?"

"Dah pukul berapa sekarang?"

"Carlos!!, Sekarang dah pukul 11 tau. Lama budak-budak dah tunggu ni"

"Hishh, ye ye. Tak payah lah menjerit" kata Cat dalam keadaan yang masih mamai.

"Bagi masa jap. Nanti aku datang"

Talian diputuskan. Cat bangkit daripada katil dan menuju ke bilik mandi.

Selesai mandi Cat turun ke dapur dan mengenakan baju hoodie yang berlengan pendek paras bahu.

"Morning Nate. Awal kau pagi ni" sapa Cat.

"Kau lambat sangat bangun, nasib aku tak kejam makan tak tunggu kau. Tapi ikutkan hati nak nak je aku makan sorang"

Sarapan sudah tersedia di atas meja. Nate kelihatan sedikit rajin pada hari ni kerana siapkan makanan untuk Cat sekali.

"Sedap ke?" Soal Cat sengaja menyakat.

"Hishh, makan je lah"

"Yelah, yelah"

Pada pagi itu mereka makan masakan daripada Chef Nate.

"Boleh la" komplen Cat pada masakan Nate setelah selesai makan.

"Kalau pun 'boleh la' tapi kenapa makanan kau habis?" Soal Nate kemudian mengumpul semua pinggan yang telah digunakan oleh mereka berdua.

Nate membawa pinggan itu kesingki untuk dicuci. Manakala Cat bermain dengan telefonnya. Memang dah rupa macam kuli dah Nate.

Selesai sahaja Nate mencuci pinggan dan cawan yang digunakan mereka berdua Nate menoleh kebelakang.

"Mana pulak budak ni?"

Nate berlalu mendapatkan meja makan kemudian melihat sekeping kertas bersama nota.

'aku tunggu kau dalam kereta, 15 minit untuk kau bersiap kalau tak aku tinggal'

"Perlukah note? Cakap je kan senang"

Nate naik ke bilik untuk bersiap dan turun semula ke ruang tamu. Nate mengatur langkah untuk ke garaj. Nate dapati Cat sedang leka dengan telefon.

Nate masuk ke dalam kereta.

"Lambat seminit"

"Seminit je pun"

Kereta dipandu keluar daripada garaj dan menuju terus ke tempat rakan-rakan Cat berkumpul.

Mereka berdua tiba di sebuah rumah agam yang besar. Pintu pagar automatik terbuka mempersilakan kedatangan Cat.

Kereta di parkirkan.

"Nate, ambil masker dalam box tu jap"

Nate membuka box yang dikatakan oleh Cat.

"Ni kah?" Nate menunjukkan dua pasang masker ditangannya.

"Haa, kau pakai yang ni. Yang ni aku pakai" Cat menghulurkan Nate masker yang masing dibungkus dengan plastik itu.

"Kenapa mesti pakai ni?" Soal Nate pelik.

Cat memandang Nate setelah selesai meletakkan masker itu ke mukanya.

"Hmm, dalam kumpulan aku dah ada pengkhianat. Jadi untuk keselamatan kau guna masker tu"

Nate faham. Nate terus memakai masker yang diberi oleh Cat.

Mereka berdua keluar daripada kereta dan menuju ke pintu masuk rumah agam itu.

Dua orang lelaki tegap yang mengenakan baju kot hitam menghalang Nate daripada masuk.

"Lepaskan dia, dia bersama aku" kata Cat dingin.

"Buka masker" arah salah seorang daripada mereka kepada Nate.

"Tak payah" kata Cat sekali lagi.

Terus Nate ditarik Cat masuk ke dalam rumah. Nate mengikut langkah Cat daripada belakang. Cat dan Nate masuk lif untuk ke tingkat ke 4. Tempat dimana semua ahli berkumpul.

Satu suara pun Cat tidak keluarkan. Nate memandang Cat pelik.

'muka budak ni nampak serious'

"Cat kau tak sejuk ke?"

"Tak, aku dah biasa" jawab Cat mendatar.

Sekarang mungkin Cat yang dikenali Nate adalah bukan Cat tapi Carlos.

Mereka tiba di tingkat 4. Cat keluar daripada lif diikuti Nate. Mereka berdua menuju ke salah satu pintu yang terdapat di tingkat 4 itu.

Pintu di ketuk dan pintu dibuka.

Aren yang berada di depan pintu sudah berpeluk tubuh. Tapi Cat hanya memandang kosong muka Aren.

"Aren aku nak kau letakkan budak tu kat satu bilik khas" arah Cat kepada Aren.

"Baiklah" Aren menurut arahan yang diberikan.

Kemudian membawa Nate ke bilik yang telah dikatakan oleh Cat.

"Awak duduk dalam ni, kalau ada apa-apa tekan butang merah kat penjuru bilik dan kalau orang tanya nama awak jangan jawab. Kami tak nak identiti awak bocor" kata lelaki yang bernama Aren itu kepada Nate sebelum dia ke tempat semua orang berkumpul.

Nate mengangguk dan duduk di dalam bilik yang besar itu berseorangan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top