•••bab8•••

Waktu kelas terakhir iaitu sukan jasmani sedang berlangsung. Nate dan Cat sedang menukar pakaian di tempat untuk menukar pakaian.

"Nate, kau nak join aku main bola tak?" soal Cat sambil mengikat tali kasutnya.

Nate menoleh dan terus menggelengkan kepalanya. Nampak sangat Nate takut main bola sebab Nate mempunyai pengalaman gelap terhadap bola.

"Nak ke tak nak?"

"Tak nak"

"Hahahaha, ok aku faham" Cat selesai mengikat tali kasutnya dan mereka berdua menuju ke tempat yang dikhaskan untuk bersukan.

Di padang semua murid sudah berkumpul. Dua kelas bergabung iaitu kelas 5sst dan 5ssc.

"Good afternoon" Coach sukan sedang mengambil perhatian semua pelajar.

"Harini lelaki akan main bola sepak dan perempuan pulak main bola keranjang. Semua faham dan ambil tempat masing-masing dan bermain."

"Kita bahagi dua kumpulan" suara itu mengarahkan semua pelajar perempuan untuk membahagikan kepada dua kumpulan.

Dan mereka berpecah kepada dua kumpulan.

"Eh, kita kurang seorang ahli" kata salah seorang daripada mereka.

"Tu, dua orang pelajar tu. Awak,budak   rambut hitam tu masuk group kitaorang"

Nate berlalu mendapatkan mereka. Cat? Dia tak apa tak main, selalu sangat bersukan so berilah si Nate untuk bermain.

"Coach." Zien mengangkat tangan.

"Yes?"

"Group sebelah kurang ahli"

"Jap" Coach melilau melihat sekeliling.

"Budak rambut blonde tu, mari sini"

Cat menoleh dan berlalu mendapatkan Coach sukan yang berdiri di sebelah Zien. Zien sudah mengukir senyuman sinis.

"Ye saya"

"Awak masuk kumpulan Erick"

"Ok"

Cat berlalu mendapatkan kumpulannya.

Wisel ditiup dan permainan bermula. Bola berada di kaki Zien cuba dirampas oleh beberapa orang pelajar tetapi terlepas dan bola menuju ke gawang gol untuk memasukkan mata permainan. Zien menyepak bola dan sempat dihalang oleh Cat.

Bola berada di kaki Cat dan dibawa terus kehadapan gawang kumpulan Zien. Zien cuma untuk menyelamatkan bola daripada masuk gawang tetapi bola terlepas dan masuk ke dalam gol.

Wisel ditiup menandakan 1 mata dicatat untuk kumpulan Cat.

"1:0"

Muka sinis milik Cat jelas terpampang pada wajahnya. Lebih kepada menyindir Zien.

"Oi, jaga budak perempuan tu"

"Cubalah kalau kau dapat"

Permainan bermula semula. Dan seperti biasa gol untuk kumpulan Cat.

×××

Pelajar perempuan lincah bermain bola keranjang.

Nate cuba untuk merampas bola tetapi gagal malah dia terlanggar salah seorang daripada kumpulan lawan.

"Auch" gadis yang di langgar oleh Nate jatuh.

"Sorry" Nate meminta maaf.

"Main tengok depanlah"

Semua murid berkumpul. Kawan kepada pelajar yang jatuh ditolong oleh kawannya.

Nate memandang perempuan dihadapannya.

"Kau budak semalamkan?"

Nate mengangguk malas.

"Kau kan...

×××

"Terer lah kau main" Zien menumbuk bahu Cat.

"Dah kau cabar aku"

"Manalah aku tau kau makin pandai main bola. Dulu kau nub kot"

"Ceh, aku belajar lagi lah"

"Kau nak tahu kumpulan kau tu tak pernah menang sebelum ni" Zien memberitahu perkara sebenar.

"Ajarlah..." Cat melihat pada kumpulan perempuan yang berkumpul.

Dia merasa sesuatu yang tidak kena.

"Ikut aku" ajak Cat.

"Hey kau tak habis lagikan nak menggatal dengan lelaki" salah seorang daripada mereka mara kehadapan.

Nate sempat melihat pada tag nama perempuan itu. Sarrah.

Sarrah menolak Nate sehingga Nate terjatuh.

"Tu balasan kau langgar Casandra"

"Dan yang ni" bola diambil daripada tangan salah seorang daripada pelajar di situ.

"Dan ni untuk kau yang suka sangat menggatal" bola terus dibaling tepat kearah muka Nate tapi sempat diselamatkan oleh seseorang.

"Apa ni Sarrah?" soal Joel kepadanya.

"Emm, tak ada apa-apa"

Cat menolong Nate bangun.

"Kau ok tak?"

"Ok"

Cat melihat Sarrah dan Casandra. Angin Cat mulai naik. Penumbuk digenggam.

"Cat aku ok"

Cat meluru kehadapan dan terus mencengkam leher Sarrah. Amarah dia tak dapat dikawal. Satu belum siap muncul lagi satu masalah. Apa taknya Cat naik marah dengan cepat.

"Cat lepaslah tangan si Sarrah tu" Nate memujuk Cat tapi hanya mendapat jelingan daripada Cat.

Nate berundur semula kebelakang.

"Kau ni apa masalah hah?!" terus meninggi suara Cat.

Muka Sarrah serta merta berubah. Zien hanya melihat keadaan yang tegang itu.

"Kau suka usik benda yang aku sayangkan. Kalau aku usik benda yang kau sayang kau suka tak?! Takkan!!"

Air mata Sarrah mengalir. Casandra dan kawannya yang lain tidak berani untuk masuk campur.

Manakala Joel menarik Nate jauh daripada tempat itu untuk merawat luka di lutut Nate.

Cengkaman pada leher Sarrah semakin kuat sehinggakan Sarrah mula terbatuk.

"Sakit?"

Sarrah mengangguk dan mengalirkan air mata. Zien dapat melihat Cat semakin kuat mencengkam leher Sarrah.

"Dah lah tu" Zien cuba untuk melepaskan tangan Cat daripada leher Sarrah.

Tapi mendapat jelingan dan dihalang oleh penumbuk Cat. Penumbuk hinggap di pipi Zien menyebabkan Zien tersungkur jatuh.

"Aku bagi kau last warning kalau tak. Aku buat perkara yang kau tak dapat jangka" Cat membisik ke arah telinga Sarrah dan dilepasnya cengkaman tangannya dileher Sarrah.

Cat berlalu tanpa menoleh. Dan menuju ke tempat mengganti baju untuk menggantikan bajunya.

×××

Cat sudah berada di dalam kereta dan sedang menunggu Nate.

Telefon berdering.

"Hmm, nak apa?"

"Kau datang tak malam ni"

"Tengok rupalah, tak pasal pasal aku belasah korang pulak nanti"

"Haa, yelah"

Talian dimatikan

'asal tiba je kepala aku ni sakit'

Cat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Nate, sorry"

Terus enjin kereta dihidupkan dan dipandu keluar daripada perkarangan sekolah tanpa menunggu Nate.

Kereta dipandu menuju ke tempat rakan-rakannya. Cat memandu kereta miliknya dengan laju sehingga tidak mempedulikan kereta yang lain. Perkara yang berlegar diotaknya adalah 'Alex'

Setiba sahaja Cat di hadapan perkarangan tempat rakannya dia mendapati lima orang sedang memegang kayu yang sudah berlumuran darah.

Cat keluar daripada kereta dengan keadaan terpaku melihat 4 orang rakannya telah terbaring bersama dengan lumuran darah.

Penumbuk digenggam erat dan Cat maju bersama amarahnya.

"Kau buat apa kat sini SIAL!!!!"

Penumbuk Cat tepat mengena pada pipi salah seorang daripada mereka. Dalam keadaan tersebut Cat tidak perasan akan sebatang kayu di hayun terus terkena pada mukanya. Cat mengaduh tapi semua itu tidak penting. Perkara yang penting adalah

BUNUH MEREKA.

Satu persatu mereka tumbang akibat daripada tumbukan Cat. Pisau dikeluarkan daripada belakang pinggang jeansnya. Satu persatu ditikam Cat menggunakan pisau yang terdapat di tangannya. Mereka mati dalam beberapa minit sahaja.

Cat mendapatkan salah seorang daripada rakannya.

"Alex,  bangun" Cat menggoncang badan Alex yang kaku itu.

Tapi sedikit pun pergerakan tiada. Cat memeriksa nadi Alex, masih terdapat nadi. Terus sahaja Cat memapah Alex ke dalam kereta. Kemudian Cat memeriksa nadi 3 orang yang lainnya juga masih terdapat denyutan. Dengan susah payah Cat memapah mereka masuk ke dalam kereta.

Cat tidak mempedulikan keadaannya sendiri yang masih tercerdera, yang penting adalah nyawa Alex dan yang lainnya.

Kereta terus dipandu menuju ke hospital.

Tiba sahaja Cat di hospital dia meminta beberapa orang jururawat untuk membawa empat orang rakannya ke dalam. Dengan segera bantuan didapatkan. Mereka berempat dimasukkan ke wad emergency.

Cat mengeluarkan telefon dan menelefon Steve.

"Steve, tolong uruskan mayat di kawasan Fred"

"Ada sesuatu terjadikah?"

"Nanti aku bagitau kau dan jangan lupa bawa budak jugak. Takut kau kena serang hendap ngan diaorang"

"Ok, kau kat mana"

"Hospital"

"Roger, nanti aku datang"

Talian dimatikan. Kemudian Cat menelefon Nate.

"Nate?"

"Kau tinggal aku seorang!" Sempat Nate menjerit dihujung talian.

"Sorry lah hahaha, kau kat mana sekarang?"

"Rumah"

"Siapa hantar?"

"Joel dan Erick, aku ada cerita oi balik cepat tau"

"Ok, tapi aku lambat sikit ee. Ada hal. Bye"

Terus talian dimatikan.

Cat mengusap mukanya dan dia dapat rasa pedih pada pipinya. Dan melihat tangannya dipenuhi darah kering.

'cobra, kau tak cukup lagikah kacau aku?'

Cat menangis teringatkan perkara yang telah lama berlaku iaitu kematian ibu bapanya.

'cobra dah pasang pengkhianat dalam budak-budak aku'

Cat memandang lantai. Dia melihat tangannya yang penuh dengan darah mangsa yang telah mati dibunuhnya.

Cat melihat pada pintu yang telah terbuka itu. Doktor menghampiri Cat.

"Macam mana keadaan diaorang doktor?"

"Awak tak payah risau, mereka baik sahaja cuma banyak kesan lembam daripada pukulan"

"Hmm, ok"

"Awak tak nak saya tampalkan luka pada pipi awak tu?" Doktor yang bernama Chris itu mempelawa untuk merawat luka pada pipi Cat.

"Tak apa"

"Nanti masuk kuman"

Cat memikirkan semula dan mengikut sahaja kata-kata doktor tersebut.

Cat mengikut Doktor Chris masuk ke dalam bilik rawatan. Dalam masa yang sama dia seperti kenal tubuh seseorang yang berada di bilik itu.

'bukan tu Abang Aren ke?'

"Hoi Aren"

Lelaki yang membelakanginya itu menoleh apabila dia merasakan namanya seperti dipanggil.

"Eh, kau buat apa kat sini budak dan asal pulak muka kau lembam dengan lukanya sekali?"

"Eh, Doktor Chris biar aku yang rawat budak ni"

"Baiklah, saya nak pergi check pesakit yang baru masuk wad tadi"

Semua keperluan untuk merawat luka bertukar tangan.

Aren melihat tangan Cat yang dipenuhi dengan darah kering.

"Cuci tangan kau tu dulu" arah Aren kepada Cat.

Cat berlalu mendapatkan singki yang berhampiran dan kembali semula selepas dia selesai mencuci tangan.

"Bak sini pipi kau tu. Badan kau tak ada luka?"

Cat cuma menjongketkan bahu.

"Balik rumah nanti aku minta tolong kawan aku rawatkan belakang aku."

Aren melakukan tugas rawatannya pada muka Cat.

"Ssss, sakit"

"Aku nak letak iodin ngek"

Sudah siap ditampal pada luka Cat. Aren menyoal perkara yang telah berlaku.

" Nanti aku bagitau, esok suruh semua budak berkumpul. Aku nak kau sediakan beberapa orang untuk jaga mereka yang berada di wad juga" arah Cat.

"Ok, hati-hati balik tu"

"Hmm"

Cat keluar daripada bilik rawatan dan menuju ke tempat kereta. Kereta dipandu terus pulang ke rumah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top