•••bab6•••
Cat memarkir kereta miliknya di tempat letak kereta yang berdekatan. Kemudian mereka berdua masuk ke dalam sebua restoran yang berhampiran dengan tempat Cat meletakkan keretanya.
"Delite restourant? " soal Nate.
"Yelah, kenapa? Ada masalah kah? "
Cepat-cepat Nate menggeleng.
"Baik kau bagitau" kata Cat
Sekali lagi Nate menggelengkan kepalanya.
"Cepatttt! " kedengaran Cat mendesak.
"Tak adalah, just aku dengar restoran ni makanan dia banyak sedap dan... "
"Pedas?! " Cat menyambung kata-kata Nate.
Nate mengangguk dan membuat muka.
Mulalah tu.
"Alaaa, apa susahnya kau pesanlah yang bukan pedas bukannya susah pun kan? "
"Ye aku tau lah" balas Nate.
"Jomlah kita masuk"
Cat mendahului, manakala Nate hanya mengikutnya dari belakang. Cat berhenti dengan tiba-tiba dan menyebabkan Nate terlanggar belakang Cat.
Buk.
"Hishh, belakang kau tu tak boleh keras lagikah?! " marah Nate.
"Boleh. Kalau kau nak" balas Cat selamba sambil mengukir senyuman senget.
Sudah, mulalah tu dengan perangai gila dia nak mengusik si Nate.
"Jangan kau nak mengada kat sini, tak pasal-pasal kau pengsan aku kerjakan nanti" ugut Nate sambil menunjukkan buku limanya.
"Ye eh? Kalau aku cakap aku tak takut amacam? " soal Cat kemudian memaut bahu Nate.
Padahal tinggi sama je. Nak paut memaut. Tak apa yang penting nampak macam adik-beradik sikit. Sikit je lah.
Eceh.
Mereka berdua masuk ke dalam kemudian duduk di meja kosong yang telah disediakan.
Tidak lama selepas mereka berdua duduk, pelayan datang mengambil pesanan.
"Saya nak ais chocolate dan chickenB tapi tolong jangan masak ayam tu pedas ye" kata Nate kepada pelayan tersebut.
Pelayan itu mengangguk dan mengukir sebaris senyuman. Kemudian pelayan itu mengalihkan pandangannya ke arah Cat.
"Laici jus dan bacon steak spicy"
Pelayan itu pergi ke arah kaunter untuk menghantar pesanan yang telah dibuat Nate dan Cat.
Sementara menunggu makanan, mereka berdua membuat perkara masing-masing. Nate bermain telefon manakala Cat duduk sambil memerhati pelanggan yang lain.
Sebenarnya dia bosan sebab telefonnya tinggal di rumah kerana bateri telefonnya habis.
Cat mendapat satu idea untuk mengenakan Nate.
"Err, Nate aku nak gi tandas jap buang air kecil" beritahunya kepada Nate.
"Tak senonoh betullah kau ni, dah dah pergi lah kau. Tak pasal-pasal kau buang kat situ nanti" balas Nate.
'Hehehe, 1 dah siap cuma nak pergi dapur je lagi' desis hati Cat.
Cat berlalu pergi daripada meja untuk ke tandas tapi sebenarnya dia melencong ke arah dapur. Adalah otak ligat dia fikir benda yang bukan-bukan tu.
Setelah selesai, dia balik ke meja yang diduduki Nate.
"Lama kau gi tandas"
"Cierr rindu akulah tu" balas Cat.
"Tak ada masa aku bak rindu kau. Yang kau tersengih-sengih tu kenapa? Dah gila eh lepas gi tandas tadi? " soal Nate.
Cat hanya menggeleng dan masih tersengih-sengih.
Makanan yang mereka pesan sudah pun di letakkan di atas meja hanya tinggal untuk menjamu selera.
Nate seperti tercari-cari sesuatu. Cat sudah tahu tapi dia buat-buat seperti tidak tahu.
"Kau cari apa? " soal Cat.
Dia sedaya upaya menahan senyumannya supaya tidak begitu kelihatan.
"Air aku..." rengek Nate.
"Nanti datanglah tu" balas Cat.
Nate hanya mengangguk kemudian mencubit sedikit paha ayam yang di pesannya dengan garfu. Cat hanya memerhati gelagat Nate.
Nate tidak menyedari Cat memerhatinya dengan muka yang mulai merah kerana menahan tawa. Kemudian Nate menyuapkan daging ayam itu kedalam mulutnya.
1...
2...
3...
....
"Aaaa, pedas!!!!!!! " Nate mengipas mulutnya yang terasa kebas.
Cat menghamburkan tawa yang telah lama di tahannya. Benda ini yang di nanti-nanti budak bernama Cat sampaikan mukanya merah menahan tawa.
Terdapat Mata-Mata yang memerhati ke arah meja Nate dan Cat. Apa tidaknya, Cat ketawa bukan main besar lagi. Sampai pelanggan yang lainnya memandang mereka berdua dengan pandangan yang entah bagaimana hendak tafsirkan.
Nate masih lagi dengan kelakuannya dan ingin mengambil air milik Cat tapi Cat lebih cepat mengambil air itu.
"Na ah, hahahahaha air ni hahaha aku punya" Cat tidak dapat bercakap dengan lancar, kerana dia tidak dapat berhenti daripada mentertawakan Nate.
"Ssss bagi aku air tu haaaa ssss"
"Hahahaha, tak boleh"
"Bagi!!" Nate sudah berdiri untuk merampas air laici daripada tangan Cat.
Tapi Cat lebih cepat bertindak. Cat lari daripada Nate tetapi Nate tidak mahu mengalah. Dia mengejar Cat daripada belakang.
Pelanggan di situ cuma tersenyum melihat gelagat Cat dan Nate yang kejar-mengejar sesama sendiri. Mungkin geli hati melihat mereka berdua kerana mereka kelihatan bermain kejar-mengejar seperti kanak-kanak.
Apakan tidak tinggi macam budak umur 12 tahun. Tinggi Nate dan Cat hanya 155cm sahaja.
"Cepatttt!! Bagi aku air kau tu"
"Tak nak... blekkk" Cat menjelirkan lidahnya.
Dan...
Bukk.
Terus air laici itu tumpah terkena baju seseorang manakala Cat terjatuh sebab terlanggar badan seseorang. Nate sudahpun berhenti daripada berlari.
"Aduhhh, tiang mana pulak aku langgar ni" soal Cat kepada dirinya sendiri sambil mengusap dahinya yang terasa sedikit sakit.
"Kau ok tak Rick? " soal rakannya.
"Habis basah ni kau soal ok?! " bengang Erick disoal Joel.
Tapi macam mana nak buat kalau dah budak kecil yang langgar.
Eh jap.
Cat berdiri dari duduknya. Baju basah disebabkan air laici yang tumpah. Tapi muka Cat seperti tiada apa yang berlaku.
"Sorry" kata Cat sepatah.
Erick memandang gadis yang separa dadanya sahaja jadi dia terpaksa menunduk sedikit untuk melihat wajah budak yang melanggarnya tadi.
"Cat? "
Cat melihat wajah yang berhadapan dengannya.
Erick?
"Saya ingat budak kecik mana yang langgar saya, rupa-rupanya awak"
Cat hanya tersenyum kemudian memandang lantai. Kenapa? Lenguh tho dok pandang atas je. Erick bukannya rendah tapi tinggi macam hantu galah.
"Err, Erick sebagai tanda maaf saya ganti baju awak yang basah tu" kata Cat kekok.
Sebenarnya Cat nak beli baju dia sendiri sahaja tapi disebabkan baju Erick dah basah lecun jadi Cat gantilah baju Erick sekali.
"Err, tak payahlah" tolak Erick lembut.
"Jom" kata Cat.
Erick hanya mengikut sahaja. Nak menolak pun susah kalau dah Cat membuat keputusan muktamad.
Mereka berdua keluar daripada restaurant itu dan menuju ke kedai baju yang bersebelahan dengan restaurant itu. Kebetulan juga sebenarnya. Manakala Nate bersama Joel hanya tercegat sahaja ditempat mereka.
Nate dah tak bising lagi dah, sebab dah minum air yang diberi oleh pelayan di restoran itu.
"Lama juga dua orang ni beli baju" rungut Nate yang duduk berhadapan dengan Joel.
Apa tak lamanya dah 15 minit menunggu. Tidak lama selepas itu Cat masuk dengan tangan yang menahan perut kerana senak mentertawakan Erick.
Muka Erick cemberut gila ketika masuk ke dalam restoran, Nate perasan ada kelainan pada pakaian Erick.
"Kenapa kawan awak ketawa tu?" soal Joel kepada Nate.
Nate menghamburkan tawanya kerana pakaian Erick yang besar mungkin Cat mengena Erick juga. Joel turut sama mentertawakan Erick selepas dia perasan cara pemakaian Erick.
"Dude, asal kau pakai baju besar gedabak ni? " soal Joel kepada Erick.
"Kau rasa sebab siapa? "
Semakin besar Cat ketawa mendengar jawapan Erick.
"Cat kau ke yang hahahaha beli baju Erick tu? " kali ini Nate pula yang menyoal Cat.
Cat hanya mengangguk, apa tak nya kalau dah ketawa memang Cat dan Nate tidak dapat berhenti sampaikan boleh keluar air mata.
"Ha. Ha. Ketawalah lagi ketawa, sampai korang puas" Erick kedengaran seperti merajuk.
Cat sudahpun berhenti ketawa. Dia menahan perutnya yang senak kerana ketawa. Begitu juga dengan Nate dan Joel.
"Laaa, merajuk. Tak gentle langsumg lah kau ni" kata Cat sambil menyeluk sesuatu di dalam beg plastik yang dibawanya.
"Nah" sepasang baju dibaling tepat ke arah muka Erick.
"Tukar balik baju kau tu" sambung Cat sebelum berlalu mendapatkan makanan mereka yang tersadai di atas meja sahaja.
Nate dan Cat kembali ke meja asal mereka. Nate memesan makanan yang baru dan Cat menyambung makanannya yang tertangguh akibat mengenakan Nate.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top