•••bab4•••
"Kau dah siap?" soal Cat.
"Dah"
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kereta lamborghini milik Cat, kereta yang selalu digunakan oleh dua orang gadis untuk ke mana mana sahaja.
Kereta yang dipandu Cat memasuki perkarangan kolej. Ramai mata mata pelajar di situ memandang mereka berdua.
Selepas memarkir kereta di tempat letak kereta mereka menuju ke bilik pengetua BrantFord College, Principal Mike.
Cat langsung tidak mengendahkan keadaan sekeliling yang memerhati mereka berdua seperti memerhati malaikat maut limpas padahal malaikat limpas tak ada pun nak tengok macam tu sangat.
Nate memerhati muka Cat lama, dan menunjukkan reaksi muka yang amat jelas menunjukkan dia pelik.
"Kenapa kau tengok muka aku macam tu sangat" soal Cat.
"Tak adalah, aku pelik je kenapa pipi kau luka" balas Nate
Cat melekapkan tangannya ke arah pipinya.
'Auchh' Cat mengaduh.
Nate hanya memerhati sahaja pergerakan tangan Cat.
"Ok tak pipi kau tu kalau tak aku rawat" pelawa Nate lembut.
"Ok, sikit je ni" tolak Cat lembut.
Pipi Cat berdarah ketika disentuhnya tadi.
"Pipi kau berdarah tu, meh sini aku letak plaster"
Nak menolak pun susah kalau dah berdarah bagai, tak apa kalau orang dah baik hati sangat nak rawatkan rawatlah.
"Dah" kata Nate sepatah.
"Thanks."
Lama mereka berdua berjalan mencari bilik Principal Mike tapi belum jumpa jumpa juga.
"Hai, awak berdua student baru kat sini kan" sapa dua orang lelaki itu serentak.
'Eh bukankah dua orang lelaki ni yang duduk kat sit belakang aku dan Cat masa dalam flight hari tu?' desis hati Nate.
Cat disebelahnya tidak menjawab sapaan dua orang lelaki tadi. Macam mana nak jawab kalau Cat langsung tak dengar sebab Cat menyumbat telinganya menggunakan earphone.
"Ya. Dekat mana bilik Principal Mike?" soal Nate kekok.
Nate bukannya jenis yang peramah, kalau nak dicakapkan sanggup lagi dia join Cat dengar lagu melalui corong earphone.
Cat merasa bosan sebab dari tadi berjalan mengikut langkah dua orang lelaki dihadapannya. Masa tu jugak dia rasa nak makan lolipop. Apa lagi, dia pergi raba dalam beg Nate mencari gula gula yang dia letak dalam beg Nate.
Nate hanya pasrah, diperlakukan sebegitu. Padahal si Cat ni ada beg tak juga guna beg dia sendiri, letak gula gula dalam beg dia. Ni pergi menyemakkan beg si Nate.
Setelah menjumpai lolipopnya di dalam beg Nate dia membuka bungkusan plastik yang membalut gula gula itu kemudian memasukkan lolipop itu kedalam mulutnya.
Mereka berempat berada didepan bilik Principal Mike. Cat mencabut earphonenya dari telinga dan meletakkan dalam poket baju hoodienya.
"Thanks." kata mereka berdua srentak.
"Most welcome" balas mereka berdua.
Cat dan Nate melangkah masuk ke dalam bilik itu.
•~•~•~•~•~•
"Joel, rupa rupanya mereka berdua student baru kat sini"
"Nampaknya macam tu lah, tapi aku tengok kawan dia macam tak berapa nak peramah" balas Joel.
Erick memberi pandangan pelik ke arah Joel, mungkin pelik mendengar jawapan Joel.
Joel tahu yang Erick sebenarnya pelik dengan jawapn yang diberinya.
"Betullah apa yang aku cakap, kan? Kau pun boleh perasan kawan dia tak berapa nak peramah sangat." kata Joel bersungguh.
"Bukan kawan dia sorang je tak peramah rasanya kedua-duanya tak peramah kot." balas Erick.
Rasanya betul kata Erick, Nate dan Cat bukannya jenis yang peramah sangat.
Joel mengangguk menandakan dia setuju dengan apa yang dikatakan Erick.
Mereka berdua berjalan menuju ke kelas. Sebenarnya loceng sudah lama berbunyi, tapi disebabkan menghantar dua orang gadis yang sesat, mereka berdua menolong dua orang gadis itu untuk mencari jalan ke bilik Principle Mike.
Mereka berdua tiba didepan pintu kelas. Mereka berdua menarik nafas panjang kemudian menjenguk ke dalam.
Gulp.
Pensyarah Amy bercekak pinggang bersama mukanya yang begis sedang memerhati mereka berdua.
"KENAPA AWAK BERDUA LAMBAT?!!" soalnya.
Ya ampun jeritannya, boleh pecah cermin bangunan kolej ni kot.
"Err, k..kami be..berdua..." Joel tergagap-gagap menjawab soalan Pensyarah Amy.
Belum sempat Joel menyambung ayatnya, Principal Mike masuk ke dalam kelas bersama dengan dua orang gadis dibelakangnya.
"Goodmorning Amy, mereka berdua akan masuk ke kelas ni mulai hari ni" kata Principal Mike kepada Pensyarah Amy.
"Baiklah Principal Mike" balasnya.
Principal Mike melangkah keluar dari kelas.
"Saya Pensyarah Amy dan mengajar Fizik di kelas awak. Sila perkenalkan diri awak berdua" kata Pensyarah Amy dengan lemah lembut.
Tadi bukan main bengis lagi muka dia. Dah kenapa tiba-tiba lembut pulak?
"Saya Natalie Nancy Denied dan berasal dari France" Nate memperkenalkan diri dan memberikan segaris senyuman.
Semua pelajar didalam kelas bertepuk tangan.
Why?! Nate buat show ke?
"SEMUA DIAM!!" jeritan itu datang daripada Pensyarah Amy.
Kelas kembali diam dan Cat pula memperkenalkan dirinya.
"Catrynn Chloe Louise, from New York" kata Cat datar.
Lolipop masih setia didalam mulut dan tiada senyuman di wajahnya.
Tetapi kelas tersebut membuat perkara yang sama, mereka bertepuk tangan seperti anjing laut kat zoo.
Pensyarah Amy mengangkat pembarisnya ke udara dan terus pembaris itu mencium meja. Keadaan kelas kembali senyap seperti biasa.
"Awak berdua boleh duduk dibelakang sana dan Catrynn sila buang lolipop dalam mulut awak" kata penyarah itu.
Cat hanya mengangguk.
Mereka berdua duduk di meja yang kosong yang telah disediakan dalam kelas tersebut.
•~•~•~•~•~•~•~•~•
Suasana di kafeteria kolej sangat bising kerana masa menunjuk waktu rehat.
Cat dan Nate mengambil tempat duduk setelah membeli makanan dan minuman masing-masing.
"Dalam makanan aku ada sayurrr" rengek Cat seperti kanak-kanak.
"Makan je lah" balas Nate yang duduk berhadapan dengannya.
Cat menggeleng kemudian menutup mulutnya. Menandakan dia memang tidak mahu makan makanannya.
Cat bukannya jenis yang suka makan sayur lainlah Nate, tapi sebenarnya sama je. Dua kali lima, tak suka makan sayur tapi, Nate tahu makan sayur sikit je tak kesemuanya ok.
"Hai" sapa seseorang dari arah belakang Nate.
Dua gadis tersebut menoleh ke arah suara yang menyapa mereka tadi.
Ianya dua orang lelaki yang menolong mereka mencari bilik Principal Mike.
"Natalie dan Catrynn kan?" soal Erick.
Catrynn memberi pandangan kosong dan Nate faham sangat muka kosong Cat berikan.
Cat tidak akan membuka mulut dan menjawab soalan orang asing itulah maksud muka kosong si cat.
"Err, hai" jawab Nate kekok.
"Boleh kami berdua makan bersama awak berdua?, sebab meja yang lain dah penuh tinggal tepi awak berdua je kosong" kata mereka berdua.
Nate hanya mengangguk. Kemudian berpindah ke tempat duduk di sebelah Cat.
Cat kekal dengan muka dia yang kosong.
Lelaki yang berhadapan dengan mereka berdua memerhati Cat dan Nate.
"Kenapa tak makan makanan tu?" soal Erick prihatin.
Cat memberi jelingan tajam.
"Sibuk" balas Cat sepatah.
Lelaki dihadapan mereka berdua terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut Cat.
Nate terus memandang wajah Cat. Ya ampun perempuan ni tak pandai langsung nak cover mulut dia, suka hati mak nenek dia je main lepas cakap.
Cat perasan yang Nate memerhati dia tetapi reaksi yang diberikan oleh Cat kosong. Cat hanya mengangkat sebelah keningnya.
"Err, sorrylah dia memang macam tu" terpaksa Nate meminta maaf bagi pihak Cat.
Dua orang lelaki itu seperti memahami keadaan mereka ketika itu.
Cat berdiri membuatkan mereka bertiga menumpukan perhatian kepada Cat.
"What? Aku nak beli aiskrim"
"Aku nak jugak tapi bukan aiskrim, aku nak chocolate" pinta Nate.
Cat hanya mengangguk kemudian berlalu pergi.
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top