•••bab16•••
Cahaya pagi menyinari bilik tidur Cat. Cat yang berada di atas katilnya sedikit terganggu akan cahaya yang terang itu.
Cat bangun dan duduk di hujung katilnya. Wajahnya diusap bagi menghilangkan rasa mamainya. Baju yang digunakannya pada malam Prom Night semalam masih tersemat pada badannya.
Pintu bilik diketuk.
"Cat, turun makan." Arah Nate.
Jam dinding dipandang.
12:30 p.m.
"Ok, kejap lagi aku turun."
Cat bangkit daripada katil dan mencapai tualanya untuk mandi.
×××
Nate turun ke dapur untuk menyiapkan makanan tengahari untuknya dan Cat.
Kabinet dapur dibuka. Kosong. Peti sejuk pula yang dibuka. Hanya dua tiga bahan mentah yang terdapat dalam peti sejuk itu.
"Kalau aku masak ni pun, rasanya Cat tak makan." Kata Nate seorang diri di dapur.
Telefon milik Nate berbunyi secara tiba-tiba di atas meja menandakan panggilan masuk.
' hello?'
'Nate saya dan Erick dalam perjalanan ke rumah awak ni'
'kenapa pula awak ke rumah saya?'
'saja. Nak berjumpa dengan buah hati saya'
'hahahaha, yelah tu. Saya tunggu awak berdua kat depan rumah.'
'bye, nate' kata Joel sebelum menamatkan panggilan.
Nate berlari kegembiraan menuju ke arah pintu rumah. Gembira betul tu.
Sebuah kereta BMW putih memasuki perkarangan rumah. Nate dapat lihat wajah lelaki yang memandu kereta itu, ianya adalah Joel. Nate boleh nampak, kerana ketika berada di rumah Nate akan memakai cermin matanya.
Kereta itu diparkirkan. Nate mengorak langkah menuju kearah kereta.
"Hai awak." Sapa Joel.
Nate tersenyum. Malu. Pipinya mulai merah.
"Malulah pulak Nate aku ni." Kata Joel sambil memaut dagu Nate.
Erick hanya diam, tapi dia kelihatan seperti mencari seseorang. Matanya meliar.
"Awak, saya ada bawa makanan ni."
" Tahu-tahu sahaja awak ni saya sedang lapar."
" Ehhhh, mesti." Balas Joel.
"Hey, Erick. Awak cari apa? Dari tadi meliar je mata tu."
"Oh, tak ada."
"Cari Cat?" Teka Nate.
"Tak adalah."
Joel dan Nate sudah memandang Erick dengan pandangan tidak percaya.
Erick tidak mengendahkan pandangan mereka berdua. Erick mengalihkan pula wajahnya menghadap tingkap yang bersebelahan dengan balkoni tingkat dua rumah itu.
Seseorang sedang berdiri sambil memandang tajam ke arah dirinya. Cepat-cepat Erick mengalihkan pandangannya.
"Masuklah." Nate mempersilakan Erick dan Joel masuk ke dalam rumah.
Langkah mereka bertiga diatur menuju ke pintu rumah. Pintu dibuka dan mereka bertiga masuk ke dalam.
"Duduklah dekat sofa tu dulu." Pelawa Nate.
Mereka berdua pun duduk di sofa yang telah di sediakan di ruang tamu itu. Manakala Nate menuju ke dapur untuk membancuh air.
"Besar juga rumah ni." Kata Joel disebelah Erick.
"Betul tu. Berdua je ke mereka tinggal dalam rumah ni?" Erick mengiyakan kata-kata Joel.
"Maybe." Balas Joel sepatah.
"Dekorasi rumah ni cantik. Tenang." Kata Erick memuji.
"Mestilah." Balas Nate yang mengusung dulang.
"Rumah ni besar tapi tinggal berdua. Sebenarnya rumah siapa ni?" Soal Joel kepada Nate.
"Cat."
"Dia mampu beli rumah besar ni?" Soal Erick pula.
"Nampaknya macam tu lah. Budak tu bukannya orang yang biasa-biasa."
"Bukan orang biasa-biasa? Maksud awak?"
"Bukan urusan kau." Pintas seseorang secara tiba-tiba.
Mereka berdua menoleh kebelakang. Cat berjalan menuju ke arah mereka bertiga. Nate hampir sahaja terlepas kata terhadap Joel.
Nate dijeling tapi Nate hanya tersenyum beruk.
'mampus' desis hati Nate.
Rambut blonde Cat masih lagi basah, menandakan bahawa dia baru sahaja selesai mandi. Cat duduk di salah satu sofa yang kosong di ruang tamu itu. Telefon dicapai dan dibuka. Tidak lama selepas itu, telefon ditangan Cat diletakkan ke atas meja.
"Cantik lebam kat bibir kau." Sindir Cat.
Erick perasan yang Cat sebenarnya menyindir dirinya.
"Kenapa dengan muka kau?"
"Err..."
' jangan kau bagitahu pada Cat perkara ni '
Bisikan Zien berlegar-legar dalam fikirannya. Soalannya kenapa Zien takut sekiranya Cat tahu perkara malam itu?
"Hello, I still talking to you." Cat memetik jarinya berulang kali dihadapannya bagi menyedarkan Erick daripada lamunan.
"Dia bergaduh malam tadi." Balas Nate secara tiba-tiba disebelah Erick.
"Why?" Soal Cat sambil tangannya sibuk membuka bungkusan di atas meja.
Perutnya kini lapar tahap tong kosong disebabkan tidak bersarapan pagi. Erick disebelahnya hanya tersenyum, terusik melihat gelagat Cat.
"Taccos!" Jerit Cat secara tiba-tiba.
Senyuman terukir pada bibir gadis berambut blonde itu. Apabila dia mendapati tacco yang sebenarnya terbungkus didalam plastik itu.
Joel dan Erick pelik melihat perangai Cat. Seorang yang dingin, tapi berubah menjadi seorang yang periang.
"Pelik." Bisik Joel pada telinga Nate.
Tiba-tiba sahaja Nate tergelak mendengar bisikan Joel.
"Jangan soalkan kenapa." Kata Nate disebelah Joel.
Tacco dibawa masuk ke dalam mulut. Erick yang hanya memerhati gelagat Cat tersenyum. Sos cili pada hujung bibir Cat dibersihkan oleh Erick secara spontan.
Tetapi wajah Cat hanya bersahaja. Tiada respon kerana gadis itu masih lagi leka memasukkan makanan ke dalam mulutnya.
"Makanlah." Pelawa Cat dengan mulutnya yang penuh dengan tacco.
Air diatas meja diambil dan diteguk. Mereka bertiga hanya memerhati. Tacco yang dibawa oleh Joel habis dengan hanya sekali lahap oleh Mahakuasa Cat.
"Kenyang." Kata Cat.
"Alamak, maaf. Aku habiskan ke tacco tu tadi?" Soal Cat sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Mereka bertiga mengangguk.
"Hahaha, maaflah. Aku lapar sangat tadi. Sampai tak perasan pulak korang belum lagi sentuh tacco tu."
"Jadi, apa tanda maaf kau kat kita bertiga?" Soal Nate.
Senyuman tidak terukir pada bibir gadis itu.
Cat mengambil telefon di atas meja dan membuka sesuatu aplikasi didalam telefonnya.
"Hmm, kita pergi kedai burrito. Nak? Or kita pergi kedai makanan lain?"
"Nice idea. Aku pun dah lama tak makan burrito." Kata Nate.
"Bersiap. Aku tunggu dalam kereta. Kau berdua pun sama masuk dalam kereta sekarang." Arahan tegas dikeluarkan.
Nate cepat-cepat berlari menuju ke dalam lif manakala Erick dan Joel mengikuti langkah Cat menuju ke garaj.
Garaj rumah Cat amat luas sehingga dapat menempatkan lima buah kereta agaknya dan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi. Didapati dalam garaj itu ada tiga buah kereta iaitu Lamborghini, lykenhypersport dan Mercedes.
Cat memasuki kereta Mercedes merah miliknya. Manakala Joel dan Erick tercegat diluar kereta.
"Masuk."
Mereka berdua segera masuk setelah diarahkan oleh Cat. Enjin kereta dihidupkan. Mereka hanya perlu menunggu Nate bersiap.
Telefon Cat tiba-tiba berbunyi di dalam poket seluar. Telefon dikeluarkan dan Cat melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya.
Wajah Cat berkerut, dia melihat cermin untuk melihat Joel dan Erick yang duduk di tempat duduk belakang. Panggilan diangkat dan Cat keluar daripada kereta.
"Kenapa tu?" Soal Erick.
"Macam lah aku tahu. Bongok."
"Nate dah sampai tu." Jari telunjuk Erick diarahkan ke arah Nate yang sedang menuju ke arah kereta.
Nate masuk dan terus duduk di tempat bersebelahan dengan pemandu.
"Mana Cat?"
"Tak silap sayalah, Cat angkat panggilan seseorang."
Riak wajah Nate terus berubah. Susah untuk ditafsirkan. Seperti ada sesuatu yang mengubah anginnya.
Joel dan Erick menyedarinya.
"Kenapa Nate?"
"Nothing."
Mereka bertiga dapat melihat Cat sedang berjalan menuju kereta. Cat masuk ke dalam kereta.
"Dah?"
Nate hanya mengangguk. Nampak seperti angin perempuan itu hilang.
"Kenapa? Aku hanya angkat call dari Alen. Tak payah risaulah Nate hari ni aku tak ada kerja."
Cat cuba untuk meneka kenapa dengan angin Nate ketika itu.
"Kau yakin?"
"Yelah. Kalau tak tadi dah aku cancel perjalanan kita."
Senyuman Nate mula terukir. Angin dia sudah kembali pulih. Manakala Erick dan Joel masih terpinga-pinga. Kerja?
Mungkin fikiran mereka berdua memainkan 1001 soalan ketika itu. Kerja apa?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top