°°°bab15°°°
'perhatian kepada semua pelajar di BrantFord College pada malam hujung minggu ini iaitu malam Sabtu, akan diadakan Prom Night. Semua pelajar di WAJIB kan untuk hadir'
Semua pelajar di kolej itu khusyuk benar mendengar pengumuman yang di umumkan.
Cat sudah mengusap wajahnya. Rimas. Rimas akan pengumuman yang didengarinya.
"Prom Night?" Kata Nate disebelahnya.
"Yes, Prom Night." Balas Joel disisinya pula.
Erick ditepi Cat hanya diam tanpa kata melihat reaksi Cat. Berang betul gayanya.
"Erick!" Jerit sekumpulan perempuan sambil berlari mendapatkan Erick.
Erick menoleh ke arah suara yang memanggil namanya tadi. Casandra dan kawan-kawannya berlari menuju ke arah Erick.
Erick jelas menunjukkan dia tidak selesa akan kehadiran Casandra.
"Yes?"
"Erick awak temankan saya menari berpasangan nanti ye?" Pinta Casandra.
Tak malu punya perempuan.
"Saya tak janji." Balas Erick serba-salah.
Bukannya Erick rela pun menari bersama Casandra kerana Erick sudah berniat untuk menari berpasangan bersama Cat. Gadis pujaannya.
Ceh. Hahaha.
"Awak..." Kata Casandra gedik.
Cat berada di tepi Erick merengus kasar melihat kelakuan Casandra.
"Hishh, gedik nak mati" terus Cat berlalu menjauh daripada tempat Nate, Joel dan Erick.
"Maaf." Kata Erick ringkas.
Kemudian terus berlari mendapatkan Cat yang kian jauh mara ke hadapan.
Nate dan Joel hanya terpaku melihat keadaan yang dingin itu. Nate bukannya tidak biasa dengan keadaan sebegitu. Cat bukannya jenis yang suka menghadirkan dirinya ke majlis tarian ataupun mana-mana majlis.
Cukup merimaskan.
"Awak berpasangan dengan saya." Kata Joel kepada Nate.
"Tapi, bukan kah malam tu nanti kita tak akan kenal sesiapa sebab semua pakai masker."
"Kita berdua berjanji." Kata Joel.
Nate tersenyum malu. Sudah sebulan Cat dan dia sekolah disitu dan Joel setia menemaninya walaupun Nate adalah pelajar baru dan bermasalah.
Nate juga dapat rasakan suatu perasaan yang muncul secara tiba-tiba. Tetapi dia tidak tahu apakah perasaan itu. Cinta? Mungkin juga.
×××
Nate mengenakan gaun ala-ala puteri pada tubuhnya. Gaun yang berwarna ungu. Gaunnya yang kembang dibahagian bawah yang beralun menjadikan gaun itu lebih cantik. Manakala pada hujung gaun itu pula diekstrakkan dengan hiasan bunga keemasan. Pinggang Nate yang ramping menjadikan Nate kelihatan lebih menawan.
Cat pula mengenakan gaun yang berwarna biru laut. Jernih sahaja warnanya. Bahagian pinggang gaun itu dihiasi pula dengan mutiara-mutiara yang tersusun rapi. Pinggangnya yang ramping itu memadankan Cat dengan gaun yang dipakainya.
Tidak terkata kecantikan yang dimiliki oleh Cat dan Nate. Apabila mereka berpakaian sebegitu.
Walaupun Cat seorang yang kasar, tetapi dia tetap kelihatan cantik apabila dikenakan pakaian sebegitu.
Mereka berdua memasuki kawasan majlis itu. Topeng yang menutup separuh muka dikenakan pada wajah masing-masing. Cuma bahagian mata sahaja yang disembunyikan bagi menutup identiti masing-masing.
Mereka berdua duduk di salah satu tempat kosong yang telah disediakan di majlis tersebut. Mata Cat ralit memandang wajah-wajah yang terdapat di dalam majlis itu.
"Hey beauty." Sapa seseorang.
Nate menoleh kebelakang. Melihat gerangan yang mengeluarkan suara itu.
"Joel?" Teka Nate.
"Yeah?" Balas lelaki itu.
Walaupun wajah lelaki itu dikenakan dengan topeng, Nate tetap dapat mengenalpasti akan gerangan empunya badan itu.
"Nak menari dengan aku?" Soal Joel padanya.
"Sure." Balas Nate ringkas.
Tangan dihulurkan kearah Nate, mempersilakan Nate untuk menari. Huluran disambut dan mereka berdua bergerak ke tengah tempat menari.
Mereka berdua menari mengikut rentak muzik dialunkan.
Padanan baju Joel dan Nate amat sepadan. Sambil menari Joel melihat ke dalam mata Nate. Mata mereka bertembung.
Pipi Nate mulai merah menahan malu. Panahan mata Joel menyebabkan hatinya berdebar kencang. Joel mendekatkan jarak wajahnya ke telinga Nate.
"Hey, beauty. I love you." Bisik Joel pada telinga Nate.
Dia nekad. Dia harus meluahkan perasaannya. Sudah agak lama dia memendam perasaan terhadap Nate dan pada malam itu dia bersemuka.
Terus terhenti tarian Nate mendengar bisikan Joel. Nate melihat ke arah anak mata Joel. Lelaki itu masih memandangnya.
Tanpa sebarang isyarat mahupun sebarang tanda-tanda, Nate terus memeluk Joel. Kemudian berpaut pada bahu Joel.
"Joel, I love you too." Kata Nate.
Pelukan Nate dibalas dan mereka saling berpandangan.
∆∆∆
Cat hanya duduk diam di tempatnya. Malas mahu berganjak atau lebih tepat, malas untuk menyertai majlis tersebut. Lebih sanggup rasanya dia pergi berburu mangsanya yang kian menjadi. Daripada terus berada di majlis tersebut.
"Hey, Sweetheart. Do want to join me dance?" Pelawa seseorang.
" No, thanks. I'm not in mood." Tolak Cat lembut.
"Ok." Ringkas sahaja jawapannya.
Sudah berapa ramai lelaki yang mengajaknya untuk menari, tetapi semuanya ditolak.
Cat kian bosan. Gula-gula yang berada di atas meja diambil dan dibuka pembukusnya kemudian dimasukkan ke dalam mulut. Nasib lah kekasih gula-gulanya ada menemani. Kalau tidak mereputlah jawabnya.
"Cat."
"Apa?" Balas Cat spontan.
"Tak nak menari ke?"
"Aku malaslah Zien."
"Tahu-tahu je kau, aku bercakap dengan kau. Menoleh pun tidak."
"Suara kau familiar."
"Ok lah, aku nak menari dulu. Banyak perempuan murah tunggu aku kat sana."
"Dah, blah kau dari sini." Usir Cat.
Seraya itu Zien berlalu pergi.
Jam sudah menunjukkan pukul 10. Mata Cat sudah mulai layu. Mulut juga sudah lenguh menguap. Akhirnya, Cat tewas. Dia tertidur di meja itu.
Lama sangat menunggu Nate bersama Joel. Jadinya Cat terlena.
Seorang lelaki mendekati meja di tempat Cat terlelap. Rambut yang menutupi wajah gadis itu diselak ke belakang. Kemudian topeng yang menutupi wajah Cat dibuka.
Lelaki itu meratap wajah Cat lama. Pipi gadis itu diusap lembut. Tidur Cat langsung tidak terusik.
"Kau comel je, kalau wajah kau setenang ni." Kata lelaki itu.
"Wajah tenang kau buatkan aku semakin sukakan kau." Wajah lelaki itu semakin didekatkan pada wajah Cat.
Hampir sahaja pipi Cat dikucupnya, dia dihalang dengan tumbukan padu seorang lelaki yang mengenakan baju tuxedo.
"Jangan kau berani untuk mencium Cat."
Lelaki itu mengusap pipinya yang terasa kebas. Dia kembali berdiri dan membalas tumbukan Erick. Erick rebah.
Zien yang menyedari, pergaduhan itu turut serta.
"Erick, kau ok?" Soal Zien.
"Dia cuba untuk mencium Cat."
Wajah Zien serta-merta berubah. Dia berang. Tiada siapa yang boleh mendekati sepupunya ataupun menyentuh sepupu selain dirinya.
Prinsip kehidupan.
Baju yang kemas membaluti badan Zien dibuka, menampakkan terus otot badannya yang kekar dibalut baju putih itu. Penumbuk digenggam.
Kolar lelaki itu dicekaknya dan ditumbuknya berkali-kali sehingga meninggalkan kesan lebam pada wajah lelaki itu.
Lelaki itu dilepaskan dan terkulai layu jatuh ke lantai.
"Aku beri amaran keras dekat kau. Berani kau sentuh dia, berani kau hadap kematian kau!"
Kata Zien sambil menunjuk tepat ke wajah lelaki itu yang lebam.
Baju dikutip dan Erick dibantu untuk berdiri. Tumbukan balas lelaki itu cukup kuat sehingga menyebabkan bibir Erick pecah dan meninggalkan lebam.
Sebelum Zien keluar dia sempat membisikkan sesuatu pada telinga Erick.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top