•••bab14•••
Kafeteria kedengaran agak riuh-rendah dengan suara pelajar di kolej itu kerana waktu rehat serang berlangsung.
Cat dan Nate sedang duduk sambil menikmati makanan mereka bersama Erick dan Joel. Kelihatan mereka sudah mula akrab. Kadangkala gelak tawa daripada empat orang remaja itu kedengaran.
Pandangan mata pelajar perempuan di kolej itu amat jelas kelihatan menandakan mereka begitu jeles dengan Cat dan Nate.
Dua orang gadis, pelajar baru di kolej itu menjadi tarikan para lelaki dan dapat menambat hati lelaki yang digemari pelajar perempuan di kolej. Iaitu Erick dan Joel.
"Sakit hati betul aku tengok dua orang perempuan tu" kata Casandra kepada kawan-kawannya.
Sambil menyelakkan rambutnya kebelakang. Stylo katakan.
Gedik!
"Betul tu Casandra. Meluat aku tengok." Balas Sarrah bersama gaya belutnya.
Ke sotong? Ah sama je.
"Kenapa Erick tu boleh jatuh hati pada Cat?" Soal Casandra pada Sarrah.
Sarrah melihat Casandra dengan mata yang terbuntang. Menandakan dia tidak percaya akan kata-kata Casandra sebentar tadi.
"Dari mana kau tahu?"
"Becxy bagitahu aku."
"Casandra we need to stop it." Jerit Sarrah gedik.
"Ikut aku." Kata Casandra kepada kawan-kawannya.
Mereka berlima mengorak langkah menuju ke meja ditempat Cat dan Nate makan bersama Erick dan Joel.
Ketika itu Cat baru sahaja hendak menyuapkan makanannya ke dalam mulut tetapi terus terbantut dek tamparan Casandra. Sudahlah tamparannya tepat mengena pada bahagian luka Cat.
Nate, Joel dan Erick terkejut melihat tindakan berani Casandra.
Tiada sebarang balasan daripada Cat. Cuma Cat mulai menggenggam penumbuknya. Lambat sahaja responnya.
"Hei, perempuan. Berani kau rampas Erick aku!" Tengking Casandra.
Tetapi Cat tetap tidak menoleh. Sebarang petanda pun tidak menunjukkan Cat hendak menyerang balas. Dia hanya mendengarnya.
"Kau tahu tak, kau tu hanya budak yang murah?!" Sambung Sarrah.
Casandra dan Sarrah saling berbalas tepukan kerana dapat menengking Cat di hadapan Erick.
"Murah?" Perkataan murah itu diulangi Cat semula.
Casandra dan Sarrah tersenyum dan mengangguk. Walaupun Cat belum lagi menoleh melihat ke arah mereka.
Cat mula bergerak. Dia memusingkan badannya ke belakang, duduk menghadap wajah dua orang sotong yang berada di belakangnya tadi kini sudah dihadapannya.
Satu senyuman pun tidak terukir pada bibir Cat. Wajah Cat yang cedera itu dipandang mereka berdua lama.
Cat melihat ke arah Nate. Nate hanya duduk diam dan melarikan pandangannya tatkala mata Cat bertembung dengan matanya.
Seram.
Nate dapat melihat api kemarahan dalam mata bundar Cat. Api kemarahan yang kemungkinan tidak lama lagi akan meledak.
"Nate, ada cermin?"
"Cermin? Jap aku periksa beg kejap"
Nate meraba-raba isi dalam begnya. Nate mengeluarkan objek yang berbentuk seperti cermin apabila dia merasakan objek yang dipegangnya adalah cermin.
Cermin dihulurkan.
"Kau tengok dalam cermin ni, cantik tak muka kau?" Soal Cat.
"Of course lah cantik." Balas Casandra.
"Kalau macam tu, kau pun nampak murah." Kata Cat sambil mengalihkan cermin itu daripada pandangan dua ekor sotong itu.
Mereka berdua pelik mendengar kata-kata Cat.
"Kau dua ekor sotong ni, lebih murah tahu tak? Like a fucking bitch!" Terus sahaja kaki Casandra ditendang Cat kuat.
Kedengaran bunyi retakan tulang yang berkemungkinan besar patah menjengah merdu pada pendengaran Cat. Sarrah pula di tendang pada perutnya. Tertolak ke belakang Sarrah ketika menerima tendangan daripada Cat.
Mata-mata pelajar yang lain liar memerhati kejadian yang berlaku.
Casandra kian tersungkur kesakitan menahan kakinya yang kemungkinan patah akibat hentakan kuat pada kakinya. Air mata jernih mengalir pada pipinya yang mulus.
Cat memeriksa keadaan Casandra. Dia tersenyum.
"Belum patah tu, cuma retak." Kata Cat kemudian ketawa. Jahat bunyinya.
"Seronok bukan?" Soal Cat lagi.
Cat bangkit daripada bangku dari tempatnya duduk. Makanan yang sedia ada tertangguh di atas meja di ambil kemudian di tuang di atas kepala Casandra.
Cat terus berlalu dari kafeteria selepas membuat perkara yang tak diduga itu.
×××
"Ibu, ayah"
Air tasik yang tenang itu di pandang lama.
"Kenapa?"
Kata gadis itu lagi. Kali ini air matanya gugur. Sebak yang bertimbun dihatinya sudah tidak dapat ditampung lagi. Sungguh berat dugaan yang dihadapinya.
"Kenapa Steve?" Air matanya kian deras mengalir, membasahi pipi.
Mata ditutup dan mengimbas kembali kejadian yang berlaku kepada Steve.
Sebaik sahaja kereta di berhentikan. Cat dapat melihat Steve sudah terkulai layu ditangan musuhnya. Terdapat kesan tikaman pada dada disebelah kiri Steve.
Sebaik sahaja Cat hendak menyerang balas, mereka memukul belakang Cat dari arah belakang menyebabkan Cat kurang imbangan dan jatuh ke tanah.
Badan Cat ditindih oleh musuh dan tepat satu tumbukan melayang pada wajah Cat.
Selepas melepaskan tumbukan padu pada wajah Cat, musuh itu lari meninggalkan Cat yang sedang terkial-kial akibat pening akan tumbukan yang diterimanya dan Steve yang sedang bertarung nyawa itu.
Penglihatan Cat yang tadinya kabur kian menjelas. Cat segera bangun dan mendapatkan Steve yang sudah tidak bernyawa itu lagi.
Air mata mengalir deras setiap kali mengimbau perkara yang berlaku dalam masa yang cepat tanpa memberikan Cat sedikit masa pun untuk bertindak.
"Steve, aku janji pada kau. Aku akan balas dendam akan kematian kau."
Dendam dalam dirinya semakin membuak. Dendam yang akhirnya akan dibalas jua. Hanya perlu menanti masa.
Masa yang akan menjadi saksi akan dendam yang telah lama terkubur dalam dirinya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top