°°°bab13°°°

Enjin kereta dipanaskan. Cat sudah bersedia untuk memandu ke kolej. Nate masuk ke dalam kereta dan terus Cat menekan pedal minyak. Kereta meluncur laju menuju ke kolej.

Kereta lyken memasuki perkarangan kolej. Perjalanan mereka berdua hanya mengambil masa 15 minit. Padahal masayang diambil untuk ke kolej tersebut dari rumah mengambil masa sebanyak 45 minit untuk kelajuan normal.

"Kau nak mati ke, pandu laju-laju?" Soal Nate. Marah.

"Turun." kata Cat sepatah.

Dingin ayatnya. Tangannya tidak lepas daripada memegang stereng kereta.

Nate memandang wajah Cat. Satu senyuman pun tidak terukir pada wajah Cat pada masa itu.

Nate faham akan maksud itu. Nate lekas turun daripada kereta. Keluar sahaja Nate dari dalam kereta. Kereta yang dipandu Cat terus meluncur laju keluar daripada perkarangan kolej.

"Nasib" keluh Nate seorang.

Dia mengatur langkahnya menuju ke kelas. Dalam masa yang sama dia disergah oleh seseorang daripada arah belakang.

Nate menoleh dan matanya bertembung dengan mata hitam milik Joel.

"Seorang ke?" Soal Joel padanya.

"Ha'ah seorang je. Erick mana?"

"Dah masuk kelas awal-awal lagi. Katanya mahu siapkan assignment yang diberi Prof Amy"

"Awak dah siapkan assignment tu?"

"Belum lagi sebenarnya. Banyak sangat." Keluh Joel.

"Hahaha, samalah kita. Daripada kita berdua berborak dekat sini, baik kita berdua makan dekat kafeteria."

Joel setuju akan cadangan Nate. Mereka berdua berjalan beriringan. Mata-mata pelajaran perempuan tidak lepas daripada memandang mereka berdua. Siap ada bagi jelingan pula tu.

Mereka berdua mengambil tempat kosong apabila mereka sudah sampai di kafeteria.

Nate memesan makanan, begitu juga dengan Joel.

"Joel, kenapa perempuan-perempuan tadi perhatikan kita berdua macam nak terkam kita hidup-hidup?" Soal Nate.

Sebenarnya dia berasa rimas diperhati sebegitu. Cucuk kang baru tahu.

"Biasalah. Mana-mana perempuan yang berjalan dengan saya ataupun Erick, mereka akan pandang macam tu"

"Kenapa pula?"

"Rasanya mungkin disebabkan kami berdua ni memang terkenal di kalangan perempuan? Entahlah"

Tapi kalau nak dicakapkan, memang ada gaya juga Joel ni menjadi seorang yang digemari oleh para gadis-gadis di kolejnya. Joel ada tarikan yang tersendiri. Begitu juga Erick. Patutlah diminati ramai gadis.

"Nate" Joel memanggil Nate yang sudah mengelamun jauh.

"A'ah apa?" Soal Nate dengan wajahnya yang sedikit terkejut.

"Saya nak bagitahu awak sesuatu. Err, tapi saya malu"

Joel mengatur rambutnya ke belakang.

Mak ai boleh cair dibuatnya.

"Apa nak malunya. Cakap je lah"

"Saya, err saya" Joel kekok.

Dalam masa yang sama beg di lempar ke arah kerusi yang kosong bersebelahan Nate. Mereka berdua tersentak akan balingan tersebut dan mencari gerangan manusia yang mengganggu mereka berdua.

"Cat?"

Wajahnya kelihatan sedikit lebam pada bahagian pipinya. Bersebelahan dengan pipinya yang sudah mulai pulih kecederaannya. Bibir Cat pecah dan darah mengalir di bahagian hujung bibirnya.

"Joel kau duduk sini dulu ye" arah Nate pada Joel.

Nate berdiri dan memaut tangan Cat. Dibawanya jauh Cat daripada pandangan Joel.

"Apa masalah kau pagi-pagi ni?!" Soal Nate keras.

Wajah Cat hanya kosong. Tanpa perasaan.

"Jawab pertanyaan aku Cat!" Nate memaksa Cat untuk memberitahunya perihal yang sebenar.

"Steve." kata Cat sepatah.

Air matanya bertakung. Wajahnya di sembamkan pada bahu Nate. Cat menangis.

"Hey, kenapa dengan Steve." soalannya berubah lembut nadanya.

Nate tiba-tiba rasa tidak sedap hati mendengar jawapan Cat. Tambahan lagi Cat menangis.

"Mati." balas Cat sepatah lagi.

Terbuntang luas mata Nate mendengar jawapan Cat.

Mati?

Kenapa perlu masa itu?

Siapa yang bunuh?

Siapa yang punya kerja sedurjana itu?

Bertubi-tubi soalan menjengah fikirannya.

Nate tidak tahu hendak membuat apa-apa melainkan belakang Cat diusap lembut untuk menenangkan gadis itu.

"Aku turut simpati."

Cat berhenti menangis. Nate dapat rasakan bajunya basah.

Cat mengangkat wajahnya. Baju Nate di bahagian bahu basah dengan air mata Cat.

Air mata yang mengalir pada pipi dilap menggunakan tisu. Senyuman yang kelat di ukir pada wajah Cat.

"Kau mesti kuat." Nate memberi kata-kata semangat pada Cat.

Cat hanya mengangguk.

"Aku lapar." kata Cat secara tiba-tiba.

Nate menghamburkan tawanya. Boleh pula Cat membuat lawak walaupun Nate tahu Cat cuba untuk menghilangkan rasa sebaknya.

"Jom kita makan, Joel dah lama tunggu tu. Nanti aku rawat luka kau."

Mereka berdua duduk di meja yang diduduki oleh Joel.

Joel memandang wajah Cat pelik.

"Apa?" Soal Cat.

"Tak, cuma pelik kenapa dengan muka awak tu"

"Aku jatuh tadi. Terkena penjuru longkang" balas Cat bersahaja.

Cat melihat ke arah Joel. Lelaki itu seperti percaya akan penipuannya.

×××

Keadaan kelas riuh-rendah kerana ketiadaan pensyarah di dalam kelas. Joel mengatur langkah masuk diikuti dengan Nate dan Cat.

Mata pelajar perempuan tertumpu pada Joel. Manakala mata-mata pelajar lelaki tertumpu pada Cat dan Nate.

Boleh dikira baru seminggu Cat dan Nate bersekolah disitu, mereka berdua sudah digemari para pelajar lelaki.

Joel duduk di kerusi bersebelahan dengan Erick yang sedang tekun menyiapkan assignmentnya. Manakala Cat dan Nate duduk ditempat duduk mereka berdua.

Duduk sahaja Cat di kerusi, Cat terus membuat pandang keluar tingkap.

"Candy?" Hulur Nate disebelahnya.

Gula-gula ditangan Nate diambil tanpa mengalihkan pandangannya daripada memandang luar tingkap itu.

Zien lalu di hadapan meja Nate dan berhenti di meja Cat. Wajah Cat ditarik menghadap wajahnya.

"Kenapa dengan muka kau?" Soalnya keras.

"'Cobra buat masalah" balas Cat.

Tapi kecil nadanya. Tangan Zien ditepis kasar dan Cat kembali membuang pandang ke luar tingkap.

Zien memandang Nate. Senyuman dihadiahkan kepada Nate. Adalah juga mata keranjang daripada pelajar perempuan melihatnya.

Kalau jeles tu pendam je ye.

"Cat" Erick pula yang memanggilnya.

"Apa?"

"Pandang saya"

"Buang masa aku"

Tanpa menunggu lama, Erick terus memaut dagu Cat dan dipalingkan Erick wajah Cat supaya memandangnya. Mulalah pelajar-pelajar perempuan bergosip.

Bergosip apa entahlah.

"Kenapa dengan bibir awak?"

"Luka." Balas Cat sepatah.

Nate disebelahnya sedang seronok berbual bersama Joel.

"Luka kenapa?"

"Biarkan je, bukan urusan kau pun."

Erick melepaskan pegangannya pada dagu Cat dan kembali duduk di mejanya. Keluhan dilepaskan. Dia tahu Cat amat susah untuk didekati dan dia perlu berusaha untuk mendapatkan Cat.

Ya, usaha itu perlu ada untuk mencairkan hati yang amat keras akibat kedinginan yang menguasai diri Cat.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top