•••bab12•••
Selesai membersihkan badan, Erick duduk di luar koridor biliknya sambil menghirup udara segar pada malam harinya. Angin tenang menampar lembut wajah Erick yang sedang menikmati angin itu.
Fikiran Erick menerawang memikirkan kata-kata Nate kepada mereka berdua Joel pada petang tadi.
"Nate."
Nate mengangkat wajahnya daripada terus memandang telefonnya. Cermin mata dipakai oleh Nate dikemaskan.
"Ye, ada apa Erick?" Soal Nate.
"Saya nak tanya sesuatu boleh?"
"Tanyalah, bukannya salah pun."
"Cat sememangnya dingin ke orangnya?"
Wajah Nate berkerut mendengar soalan yang keluar daripada mulut Erick. Nate mengukir senyuman kelat.
"Kalau saya bagitahu awak berdua, awak berdua jangan beritahu kepada Cat pula"
Joel dan Erick mengangguk. Sebelum Nate memulakan ceritanya, Nate melihat je arah Cat.
Cat sedang asyik berborak bersama-sama dengan Zien dan kawan-kawan Zien.
Cermin mata yang dipakainya ditanggalkan. Mata coklat milik Nate terus memerhati wajah dua orang jejaka yang berada berhadapan dengannya.
"Cat sebenarnya seorang yang amat ceria ketika dia masih kecil dulu. Tapi..."
"Tapi?" Soal Joel.
Joel kelihatan amat tertanya-tanya. Walaupun Erick yang menanyakan soalan Joel pula yang seperti terlebih tertanya-tanya.
"Tapi ibu bapa Cat tinggalkan Cat. Mereka tinggalkan Cat untuk selama-lamanya. Waktu tu Cat masih lagi berumur 7 tahun." Jelas Nate.
Jelas riak wajah Erick dan Joel menunjukkan mereka berdua turut bersimpati akan nasib yang menimpa Cat.
"Siapa yang menjaga Cat selepas ibu bapa Cat meninggal?" Soal Erick.
"Atuk Cat. Masa Cat dalam jagaan atuknya, Cat masih lagi seorang yang ceria. Tapi perkara yang sama berlaku pada atuk Cat"
"Perkara yang sama? Maksud awak Nate?"
"Orang yang Cat sayang bukannya mati disebabkan mereka menghidap penyakit. Tapi mereka dibunuh"
Kali ini wajah Erick dan Joel berubah terkejut. Mereka tidak sangka perkara yang kejam itu berlaku pada diri Cat menyebabkan Cat berubah menjadi seorang yang amat dingin.
"Jadi selepas semua orang menjadi penjaga kepada Cat meninggal, keluarga saya mengambil Cat sebagai anak angkat" Nate sedikit tersenyum.
Nate ingin menghilangkan rasa sebak yang mula menguasai dirinya. Takut pula menangis didepan dua orang lelaki itu pula.
"Jadi awak berdua adik-beradik angkatlah?" Soal Joel.
Nate mengangguk.
"Maaflah kalau kami berdua mengungkit pula kisah Cat"
Nate hanya tersenyum.
Telefon yang berada di atas meja belajarnya berdering menyentakkan lamunan Erick. Erick bangkit daripada kerusi dan mengorak langkah menuju ke meja belajarnya yang berada di dalam.
"Casandra?"
Telefon yang berada di tangan Erick di pandang malas. Butang merah di tekan.
"Kalau Cat yang call kan bagus" katanya seorang.
Erick tiba-tiba tersenyum. Erick tidak sangka juga sedingin-dingin Cat, Cat adalah seorang yang amat prihatin orangnya.
Prihatin akan orang sekeliling. Dia salah sangka akan keperibadian Cat. Mula-mula dia kenal Cat, dia sangkakan Cat seorang yang sombong orangnya.
Tapi dia salah, Cat adalah sebaliknya. Cat seorang yang dingin tapi seorang yang amat mengambil berat akan keadaan sekelilingnya.
"Alangkah bertuahnya aku, kalau aku dapat menambat hati Cat" kata Erick sebelum berlalu mendapatkan komputer ribanya.
×××
Kawalan jauh ditangannya ditekan berkali-kali. Rancangan yang disiarkan dalam tiada satupun menarik minatnya.
Televisyen ditutup setelah puas mencari rancangan yang satu pun tidak menarik minatnya.
Langkah diatur menuju ke arah dapur mencari makanan barangkalinya.
"Ibu" panggilnya dari arah dapur.
"Apa yang Joel nak?" Tanya ibunya.
"Joel lapar" rengeknya pada ibunya yang tersayang.
Wajah comel ditunjukkan kepada ibunya.
Ibunya tersenyum kemudian mencuit hidung milik anak lelakinya.
"Joel tu dah remaja tahu. Dah boleh kahwin dah. Tak boleh nak manja sangat dengan ibu" bebel ibunya sambil menyediakan makanan diatas meja makan.
Joel hanya tersenyum. Dia melihat hidangan yang berada di atas meja. Semuanya masih panas-panas. Mungkin baru dimasak oleh ibunya.
"Kahwin ibu?" Joel tersenyum.
Ibunya mengalihkan pandangannya ke arah anak lelakinya.
" Kenapa? Joel anak ibu ni dah ada calon ke?"
"Eh, hahaha tak adalah ibu"
" Suka hati kamulah Joel, yang penting orang yang Joel suka tu orang yang baik tau"
Kata ibunya. Firasat ibu manaka. Boleh dinafikan. Ibu sentiasa tahu sesuatu yang bermain dengan perasaan anaknya. Begitu juga dengan ibu Joel.
"Makanlah" arah ibunya.
Joel dan ibunya menyantap hidangan yang berada di atas meja yang telah disediakan oleh ibunya tadi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top