•••bab10•••
"satu soalan sahaja aku nak ajukan"
"Orang yang aku maksudkan itu nanti, perlu mengaku"
"Siapa..."
"Diantara"
"Kamu"
"Semua"
"Yang"
"Pengkhianat?!"
Satu demi satu perkataan Carlos sebutkan. Disebalik topengnya menyimpan senyuman yang menyimpan beribu kemusykilan.
MEMBUNUH atau MENYIKSA.
Dua pilihan yang sentiasa menjadi permainan baginya. Permainan yang sentiasa dilakukannya terhadap mangsanya.
Mata Carlos ralit memerhati setiap wajah yang berada di bilik itu. Wajah pengkhianat yang dicarinya atau lebih tepat adalah mangsa keseterusnya.
MANGSA YANG BAKAL DIJEMPUT AJALNYA.
Topeng muka dibuka. Luka yang terukir cantik pada pipi Carlos jelas kelihatan.
Ya, luka akibat daripada pergaduhan yang berlaku kelmarin. Pergaduhan yang hampir meragut nyawa orang yang Carlos sayangi. Untuk kesekian kalinya.
Mata Carlos tertacap pada salah seorang budak suruhannya. Senyuman senget terukir pada bibir kecil miliknya.
"Drex? Do you have something to tell us?"
Mata milik Carlos berlaga dengan mata milik Drex. Drex menunduk.
"Yeah, you know who was the traitor right?"
"So, what you think I will do for you? Antara kau nak aku bunuh kau atau kau nak aku siksa kau terlebih dahulu? Which one do you want first?"
Mata Carlos tidak lepas daripada memandang Drex. Drex membalas pandangan Carlos.
"Kau kejam"
Dua perkataan itu keluar daripada mulut Drex dan diajukan pada Carlos. Carlos hanya menghadiahkan Carlos sebaris senyuman yang amat bermakna.
"Aku memang kejam"
"Aku percayakan semua orang dalam bilik ni. Tapi, kenapa kau belot? Kau termakan kata-kata Cobra si penipu tu? Orang yang sanggup bunuh ibu bapa aku semasa aku masih kecil!. Kau tahu betapa aku sayangkan korang semua tapi..."
Carlos berhenti.
"Tapi, kau. Kau belot!!!"
Terus sebilah pisau terpacak pada dahi Drex menyebabkan Drex tidak sempat untuk mengelak dan Drex tersungkur. Pisau yang dilempar oleh Carlos terbenam. Dalam.
Hanya dalam beberapa saat nyawa Drex sudah berada ditangan Carlos. Carlos sememangnya seorang yang amat kejam ketika melakukan apa yang terucap pada bibirnya.
Dia seorang yang tidak menunggu masa. Malahan masa yang menunggu Carlos untuk mencabut nyawa seseorang.
Carlos melakukan kerja malaikat maut dengan senang. Hanya dengan sekali celik, tanpa kita sedari nyawa seseorang itu sudah melayang.
"Bungkus mayat tu. Lepas tu kau hantar dekat Cobra"
Carlos keluar daripada bilik itu dan menuju ke tingkat atas. Nate yang berada di bilik khas yang ditempatkan oleh Cat tadi di panggil untuk menuju ke tingkat atas.
Nate menuju ke lif yang berdekatan. Topeng muka masih setia melekap pada wajahnya. Pintu lif terbuka sebaik sahaja Nate tiba di tingkat atas Villa itu.
'Carlos arahkan kau ke tingkat paling atas' suara Aren masih terngiang-ngiang menyuruhnya ke tingkat paling atas.
Nate terpaku melihat sekeliling tingkat itu. Terdapat pelbagai peralatan yang ada di situ.
"Ni bilik ataupun gym?"
"Dua-dua" seseorang menjawab soalannya daripada arah belakang.
Nate menoleh dan didapati Cat hanya memakai tuala. Rambutnya masih basah kemungkinan Cat baru selesai mandi.
Cat membuka langkahnya menuju ke sebuah almari besar yang terletak pada sudut kiri bilik itu. Cat mengambil sepasang hoodie hitam berlengan paras bahu dan seluar pendek paras paha.
"Gila" Nate bersuara secara tiba-tiba.
"Apa?" Soal Cat tanpa menoleh.
Cat sudah selesai menyarungkan pakaian pada badannya. Cat menoleh mencari kelibat Nate yang langsung tidak bersuara.
"Sabar..."
"Sabar, sabar. Hampir reput aku tunggu kau dari tadi kau tahu tak?"
Cat tergelak mendengar celoteh Nate. Mereput? Tak mereput pun.
Cat sudah siap mengeringkan rambutnya dan menyikat rambut. Mereka berdua turun menggunakan lif yang sedia ada terdapat di Villa itu.
Nate melihat wajah Cat. Luka Cat sudah ditampal kemas olehnya. Hanya Cat tidak menggunakan topeng muka.
"Aku buka topeng ni boleh?"
"Dalam kereta nanti kau buka. Masih bahaya kalau kau buka kat rumah ni"
Pintu lif terbuka dan mereka berdua melangkah keluar daripada lif. Dihadapan pintu terdapat dua orang penjaga.
Cat dan Nate melangkah keluar daripada rumah dan mengatur langkah menuju ke kereta.
Nate memasuki kereta terlebih dahulu kemudian terus membuka topeng muka miliknya.
Cat masuk ke dalam kereta dan duduk di bahagian pemandu. Enjin dihidupkan, kereta dipandu keluar daripada perkarangan Villa.
Mereka berdua tiba di Shopping Mall Cineplex. Nate keluar daripada perut kereta sebaik sahaja Cat memarkirkan kereta.
"Jom"
"Cat, kita pergi beli coklat terlebih dahulu"
Cat hanya mengangguk mendengar kata-kata Nate. Cat tahu Nate banyak konflik ketika memilih coklat.
Mereka berdua berjalan beriringan dan menuju ke salah sebuah kedai yang menjual coklat. Di dalam kedai itu terdapat pelbagai jenis coklat.
Nate membuntang sebaik sahaja melihat coklat yang banyak itu. Hantu coklat, sudah memainkan peranannya iaitu mengumpul seberapa banyak mungkin coklat yang dia mampu.
Cat hanya berdiri di hadapan pintu masuk kedai. Sementara menanti Nate membeli coklat.
Seseorang mengejutkan Cat daripada arah belakang. Bahu Cat sedikit terhinjut. Terus Cat menoleh kebelakang melihat gerangan yang berani menyentaknya.
Erick? Joel?
"Kau buat apa kat sini?" Soal Erick.
"Mana Nate?" Soal Joel disebelah Erick.
"Tak adalah, aku cuma tunggu Nate beli coklat selepas tu kami berdua beli barang keperluan dapur"
Mereka berdua mengangguk.
"Cat tolong bayar" jerit seseorang daripada dalam kedai.
Serentak mereka bertiga menoleh. Cat mengatur langkah mendekati Nate untuk membayar coklat yang baru dibeli oleh Nate.
"Mak aii. Kau beli coklat ke angkut satu kedai ni sekali?"
Cat membuka dompet miliknya dan mengeluarkan 2 keping note 100 kemudian menghulurkannya kepada pelayan kedai itu.
Selesai membayar coklat Nate mereka berdua menuju ke kedai membeli barang.
"Cat, tunggu sekejap" Joel dan Erick mendapatkan Cat.
"Apa kau nak?"
"Kau lapang tak petang ni?" Soal Erick.
"Entah" jawab Cat ringkas.
"Free" jawab Nate secara tiba-tiba.
"Betul?" Joel ingin mendapatkan kepastian.
Nate mengangguk laju.
"Kami berdua sebenarnya nak mengajak Cat main bola bersama kami petang ni"
Cat mengangkat kepalanya memandang wajah Joel dan Erick. Sebelah kening Cat diangkat.
"Kitaorang sebenarnya nak minta tolong Cat ajarkan kitaorang cara rampas bola semua tu. Semua benda alah tulah." Sambung Joel pula.
"Daripada cakap kat sini bagus kita masuk salah satu kedai makan kat sana. Aku lapar ni" Cat mengubah tajuk perbualan.
Nate hanya menjadi pendengar. Apa taknya, benda mengenai bola bola ni mana lah dia nak tahu menahu.
Mereka berempat menuju ke salah sebuah kedai makan yang berada di dalam mall itu.
Mereka mengambil tempat di salah satu meja kosong di situ. Pelayan mengambil pesanan kami di meja makan itu, selesai memesan makanan pelayan itu berlalu mendapatkan kaunter pesanan.
"Cat, awak lapang tak petang?" Soal Erick sekali lagi.
Cat mengangguk akhirnya. Kalau nak dicakapkan tidak nanti menipu pula. Sudah si Nate tu pepandai dia je cakap 'Free'.
"Jadi kau boleh lah datang petang ni?" Soal Joel disebelah Erick.
"Boleh!" Sahut Nate secara tiba-tiba.
Mereka berdua serentak memandang Nate kemudian tersenyum. Cat masih leka dengan telefon ditangannya.
Gelagat Nate yang suka menyampuk itu membuatkan Joel tersenyum. Mungkin dia geli hati melihat Nate.
Tangan Cat digoncang.
"Hmm, apa kau nak?" Soal Cat tetapi matanya masih memandang pada telefon.
"Mereka berdua tanya tu"
Cat mengangguk. Memang tabiat Cat kalau dah melekat pada telefonnya memang dia tak pandai nak menjawab banyak. Fokus pada game katanya.
"Cat!!!!" Nate menjerit pada telinga Cat secara tiba-tiba.
Cat terus mengalihkan pandangannya kepada Nate sambil menutup sebelah telinganya sedikit berdesing akibat daripada jerutan Nate.
"Kau gila ke apa? Macam mana kalau aku pekak tadi ?" Soal Cat.
Nate hanya tersenyum. Dua orang lelaki yang berhadapan dengan mereka berdua hanya menanti jawapan dan sedikit terhibur melihat gelagat Nate dan Cat.
"Dah orang tanya kau tak jawab"
"Kau tanya apa?"
Nate menepuk dahinya.
"Kenapalah kawan aku ni bebal sangat? Mereka berdua tanya boleh datang tak petang ni?"
"Oo" hanya perkataan itu yang terkeluar daripada mulut Cat.
Cat hanya mengangguk menandakan dia akan datang petang ni. Joel dan Erick tersenyum.
"Tapi kat mana?"
"Dekat football centre park dekat dengan taman permainan chillhood"
Cat mengangguk.
"Lama juga makanan ni nak sampai" kata Nate.
"Kejap lagi tu" balas Joel.
Lama mereka menunggu akhirnya sampai juga makanan yang mereka pesan.
Cat menghulurkan beberapa keping note seratus kepada pelanggan itu.
Makanan dekat kedai tu bukannya murah. Walaupun Cat tidak memerhati lama semua menu dalam kad itu, Cat sudah dapat agak makanan dalam kedai itu mahal. Dengan dekorasi warna kedai itu, hiasannya juga sudah cukup menandakan kedai itu bertaraf tinggi.
Mereka menjamu makanan bersama.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top