°°°bab1°°°
"Erick, kau tengok dekat sana" kata Joel
Erick memandang ke arah yang dikatakan oleh Joel.
"Kenapa pulak? Kau suruh aku tengok gadis yang main papan luncur tu kah?"
Joel mengangguk dan terus memerhati gelagat lincah gadis yang dikatanya. Sebenarnya dia lebih memerhati gadis yang mengambil rakaman video yang berada tidak jauh dari tempat gadis yang bermain papan luncur itu.
Entah kenapa pulak hati ni tertarik memerhati gadis yang mengambil rakaman video itu.
Cinta pandang pertama~~
Cehhh
"Nate, jom ah balik, aku penatttttt..." keluh rakannya
Setelah rakaman video yang dirakamnya tadi disimpan dia pun berganjak dari tempat duduk nya.
"Jom lah" kata Nate
"Eh ,Cat kau tak beli aiskrim kah?" sambung Nate.
Nate hairan biasanya rakan dia seorang ni akan beli aiskrim sebelum balik ke rumah.
"Mestilah beli, gila kau tak beli tak pasal pasal aku jadi orang gila nanti" balas Cat sambil meluncur.
Manakala Nate pula berjalan kaki.
"Nate cepatlahhhhh..." makin panjang pulak keluhan budak gila tu
Sudahlah jalan kaki, lain lah dia guna papan luncur memang lah cepat
"Sabarlah gila!" jawab Nate geram.
"Laju lah, lajulah, lajulah, lajulah....." Cat membuat gaya yang menjengkelkan tambahan pulak Cat memang jenis yang menjengkelkan.
Nasib kau lah Nate dapat kawan gila plus 'annoying'
Hahahahah
"Tak pandai nak sabarkah budak ni?! Hishh geram pulak aku dibuat nya!!" desis hati Nate
"Hoi!!, kau nak aiskrim apa oi?!" jerit Cat dari jauh.
Tanpa Nate sedar Cat telah berada di depan gerai aiskrim yang berdekatan. Siapa suruh leka memaki hamun orang dalam hati kan dah kena jerit dari jauh.
Hahahaha
"Chocolate!!!, aku tunggu kau kat sini oi!" balas Nate dari jauh
Nampak sangat lah dia tu malas nak berjalan ke gerai dimana tempat Cat membeli aiskrim.
Cat hanya mengangguk, tak tahu lah Nate tu nampak atau tak. Al maklum lah budak tu rabun jauh tapi malas nak guna cermin mata.
Suka cari nahas.
"Nah" aiskrim dihulurkan kepada Nate
Aiskrim bertukar tangan dan mereka pun menyambung perjalanan mereka ke arah kereta.
"Aku drive" pelawa Cat
"Cepat gila kau makan aiskrim? By the way, OK kau pandu, sebab aku tak pandai nak drive sambil makan aiskrim" balas Nate
"Lain lah kau" sindir Nate
Cat memang jenis tak hiraukan keselamatan dia sangat lain lah si Nate 100% kau akan selamat dengan dia.
Mereka berdua pun masuk ke dalam perut kereta. Cat dibahagian pemandu manakala Nate duduk di tempat sebelah pemandu.
Kereta yang dipandu Cat pun meluncur membelah jalan yang legang.
~•~•~•~•~•~
"Oi, Nate esok ada kelas kah?" soal Cat sambil menonton kartun Fangbone
Makanan yang setia ditangannya disuap ke mulut. Cat mengalihkan pandangnya ke arah Nate kerana soalannya tidak dijawab.
Cat membaling Nate menggunakan alat kawalan jauh.
Kejam sangat tu
"Kau pahal gila!!"
"Hahahahahaha, aku tanya esok ada kelas tak?"
Adakah patut dia gelakkan orang tengah marah dasar gila, cehh memang gila pun.
Hahahah kutuk diri sendiri.
"Adalah!" balas Nate dengan nada yang agak rendah tapi masih dalam keadaan yang geram.
Siapa tak geram kalau kena baling menggunakan kawalan jauh.
"Tak adalah gila..." balas Cat mendatar
Raut muka Nate jelas menampakkan dia keliru.
"Asal pulak?"
"Kita pindah ke kolej baru" masih dengan riak muka yang tak ada perasaan.
"Eh?kenap..."
Belum sempat Nate menyambung ayatnya Cat cepat cepat memintas
"Dah jangan banyak tanya, esok kemas barang kau kesemuanya tau. Dah aku nak pergi tidur" Cat melangkah ke arah lif.
Malas sangat lah tu nak gunakan tangga dah berjangkit dengan Nate agaknya.
"Eh, sebelum aku lupa flight kita petang esok so tak ada alasan barang belum pack lah barang belum habis kemas lah dan bla bla bla.." kata Cat sebelum melangkah masuk ke dalam lif.
"Oh ya aku lupa sesuatu nak bagitau kau"
"Apa?" Nate menjongketkan kening nya
Nate menanti dengan muka separuh menanti.
Cehh
"Aku nak cakap goodnight je hahaha, muka tu tak payah nak serious sangat menanti jawapan orang dah macam beruk dah aku tengok hahahha"
Suka betul si Cat ni mengusik Nate. Tak habis dengan perangai gila.
Hobi katakan.
Macamlah si Nate tu tak gila. Sama je kot sama sama gila.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top