12 THE BAD KIM - Friend's behavior
TANPA mengetuk pintu terlebih dahulu dia dengan selambanya melabuhkan punggung dihadapan kim taehyung.
Tingkah taehyung yang tergopoh-gapah menyimpan phone dipoket seluar mengundang tawa besarnya, mengekek.
Jung hoseok merupakan personal assistant yang makan gaji buta kim taehyung dan selain itu, hoseok adalah kawan baik taehyung semasa dibangku sekolah.
Hoseok tersenyum simpul
Apa ingat dia tak dengar? bunyi apa yang keluar dari phone milik taehyung tadi
" Kau nak mati awal ke? Masuk tu ketuk lah dulu! "
Marah taehyung dengan dengusan kasar
Hoseok ketawa mengekek
" Asal? Kau taknak aku ganggu kau tengok por* ke? "
Hoseok tersengih kuda sambil mengangkat-ngangkat sebelah keningnya mengusik kim taehyung.
" Bukan urusan kau "
Jawab taehyung dingin
Taehyung kembali sibuk membelek fail kerja dengan tekun cuba untuk mengabaikan kehadiran hoseok yang masih bersemangat tentang hal yang tidak sepatutnya
" Lain kali ..
Tengok ajak aku sekali! "
PAK !
Satu libasan fail mengena dipipi gebu hoseok hinggakan terteleng kepala lelaki itu dibuatnya.
" Bodoh! "
Hoseok mencebik kecil sambil tangannya mengusap pipinya yang sudah bertukar warna
" Eleh kedekut! "
" Lantak kau lah phone kau ada bukak lah sendiri.
Sibuk nak guna phone aku "
Bebel taehyung membuatkan hoseok terus mengeluarkan phonenya
" Ok kalau macam tu jum kita tengok sama-sama. Mak aku kata segala amal kebaikan haruslah dilakukan bersama "
" FUCK kau LAHANAT! PERGI BUAT KERJA KAU SANA! "
jerkah kim taehyung yang mula naik angin.
Drastik hoseok berlari tak cukup tanah keluar dari bilik taehyung
Tahu pun takut...
Baru sahaja ingin menghela nafas lega dia diganggu lagi dengan hoseok yang kembali masuk dalam biliknya tanpa segan silu.
" Kau nak apa lagi? Takde kerja eh? " Dengus kim taehyung.
" Rilek lah, marah-marah sangat kenapa? Period? "
Gurau hoseok
" Sebelum aku tumbok kau sampai berlebam baik kau jangan tanya soalan bodoh macam tu lagi "
Hoseok mencebik menyampah.
Tanya pun marah! Tak boleh buat gurau langsung anak kim ni!
Hoseok membetulkan kotak suaranya sebelum memulakan topik
" Aku nak tanya ni, kau stay lagi ke dengan jihyo? " Soal hoseok ingin tahu.
Taehyung mengangguk
" Laaa aku ingatkan dah break! Baru nak ngorat si jihyo tu " selamba lelaki itu
Penumbuk ditayangkan oleh taehyung
" Kau nampak ni? Sebelum hinggap kat muka kau baik kau batalkan je niat nak ngorat jihyo aku...lagipun, dia pun taknak lah dengan kau "
Kata-kata yang membaur hinaan membuatkan hoseok patah hati.
" Eleh kau mentang-mentang taken! Berlagak eh berlagak! Takpe—kau break dengan jihyo nanti aku gelak pakai speaker! " Hambur hoseok tanpa tapis
" Aku dengan dia takkan pernah break, kau tu carilah girlfriend cepat.
Kesian aku tengok dah lama single "
Pedas kim taehyung membalas.
" Aku bukannya tak laku, ramai je nak aku tapi tu lah aku tolak "
Jawab hoseok dengan bangganya.
Taehyung menghambur ketawa besar, kata-kata hoseok bagaikan menggeletek hati kecilnya
" Kau buat lawak ke ni ? HAHAHAHA "
Hoseok menarik muka lalu bingkas bangun dari duduknya tadi
" Dahla malas aku layan kau! Menyakitkan hati je! Dasar anak kim tak guna! "
Pintu pejabat taehyung dihempasnya geram.
Nasiblah kawan kalau tidak mati kena lenyek nanti dia kerjakan.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top