Teaser lg💓
Kombo ni pun ada💕💕
Yg nk blh piemm akak👏👏
Teaser Terus Setia Menjadi Imamku💓
“Assalamualaikum...” Aina masuk ke dalam rumah dengan tubuh yang lesu.
“Waalaikumussalam...”
Terpegun Aina melihat ada seorang wanita cantik menjawab salamnya. Wanita itu sedang tersenyum manis sambil mendukung bayi.
“Aina ke? Isteri Syamil?” “
“Err... ye. Saya Aina.”
“Riha! Cepat Riha. Dah sampai pun orang yang kita tunggu ni.”
Terkejut Aina sebaik sahaja wanita ini menjerit di hadapannya. Tidak lama kemudian muncul seorang lagi wanita di ruang tamu.
“Apa dia Piah?”
“Ni isteri Syamil. Comelkan?”
Fariha memandang ke arah Aina. Senyumannya semakin lebar.
“A’ah, memang comel. Bertuah budak Mil tu…”
Terpinga-pinga Aina dengan pujian itu. Wajahnya terasa berbahang saat dijadikan topik perbualan.
“Apa yang kamu berdua bising-bising ni Piah, Riha...”
Faridah menggeleng perlahan melihat suara anak dan menantunya yang riuh sejak dari tadi. Pantang berjumpa, pasti bertekak.
“Mama, ni isteri Syamil. Aina...” Fariha memeluk tangan Aina dengan mesra.
Faridah tersenyum mesra ke arah Aina. Fahamlah dia punca Fariha dan Piah menjerit-jerit sejak dari tadi. Aina lekas menghulurkan tangan kepada Faridah.
“Panggil mak long ye. Mak long ni, mama Fakrul.”
“Fakrul... Doktor Fakrul ke?” Aina agak terkejut kerana keluarga Doktor Fakrul turut berada di rumah mentuanya.
Piah tergelak lucu.
“Bertuah betul budah Mil tu. Mesti dia tak beritahu hal sebenar. Kalau Aina nak tahu, Fakrul dan Mil tu sepupu…”
Hampir ternganga Aina mendengarnya. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Sudahlah dia masih belum bertanyakan lagi tentang hubungan Sakinah dengan keluarga mentuanya.
“Agaknya memang dah jodoh anak-anak mak long dengan anak saudara sendiri. Piah ni anak saudara mak long juga…”
Tercengang Aina mendengarnya. Patutlah Piah dan Fariha sangat rapat.
“Awal Aina balik…” Dahlia muncul di ruang tamu bersama Ainul. Ainul yang ternampak kelibat Aina segera mendepakan tangan. Dia mahu didukung oleh Aina.
“Aina ambil cuti separuh hari.” Aina ingin mengambil Ainul tetapi dihalang oleh ibu mentuanya.
“Mil dah pesan Aina tak boleh dukung Ainul. Cucu ibu ni dah makin berisi. Takut jadi apa-apa pula dengan kandungan Aina tu…”
“Mengandung!” Hampir serentak Piah dan Fariha menjerit.
💕💕
Piah dan Riha ni mmg kecoh nau. Aina cool aje😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top