Teaser comel😜
Teaser lagi... (versi belum edit)
http://www.wasap.my/60129284568/yattKOMBOJEALOUSY
💕
Syamil tersenyum melihat telatah pasangan dua beranak itu. Tiba-tiba anak matanya bertaut dengan budak perempuan yang comel itu. Syamil sekadar tersenyum ke arah budak comel itu.
“Pa... pa... pa... pa.” Tiba-tiba Ainul ingin berdiri dari kerusi bayi dan cuba mendapatkan Syamil. Irham turut terkejut mendengar perkataan yang muncul di bibir Ainul.
“Kenapa ni sayang?”
“Pa... pa...” Jari montel Ainul menunjuk ke arah Syamil. Syamil turut terkedu dengan keadaan itu. Syamil dan Irham saling berpandangan.
“Err… maaf. Mungkin dia ingat, encik ni ayah dia.”
Terkejut Syamil. Tidak sangka budak itu bukan anak lelaki tersebut. Perasaan Syamil semakin berdebar. Wajah si kecil ini sama seperti wajahnya ketika dia masih kecil.
“Nak dekat uncle ke? Mari sini uncle dukung.” Syamil cuba menghulurkan tangan untuk mengambil Ainul. Laju Ainul mendepakan tangan untuk mendapatkan Syamil.
Sebaik sahaja tubuh montel itu berada di dalam pelukan Syamil, Ainul terus memeluk erat leher Syamil. Pipi gebu Ainul dicium sekilas.
“Siapa nama dia?” Ramah Syamil bertanya. Rambut pendek Ainul dielus lembut.
“Ainul...”
😍😍
Ainul kecil2 dh pandai kan😜
last day hr ni harga promosi. Esok harga dah naik ye👏👏
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top