Cover TSMI😍

Alhamdulillah...satu lg karya akak bakal diterbitkan bulan ini dibawah Rc publication. Terus Setia Menjadi Imamku adalah spin off dari kisah Rahsia Hati Mrs Fakril dan Piah di Hati Mr.beku.

Yg dah baca dua2 buku ni tentu dah kenal Syamil. Preorder akan dibuka bermula hr esk sehingga 27 jun 2020. Buku dijangka dapat pada hujung Julai. INSYAALLAH😘

Nk jimat blh beli kombo bersama buku Khair dari AireenAryana
Esok akak akan beritahu harga rasmi ye.
Berminat wasap 0129284568. Sebarang tempahan, akak ambil esok😍

Tq semuanya. Syg u all ketat2😘😘

Ni akak bg sinopsis😍


BAKAL TERBIT JUN 2020
(preoderr 7 Jun hingga 27 Jun)

TERUS SETIA MENJADI IMAMKU-
BLURB

“Sayang...” jerit Aina separuh gedik.  

Kerana insiden dirinya diganggu sekumpulan lelaki, Aina menangkap tangan seseorang yang tidak dikenali dan berlakon yang lelaki itu adalah suaminya.

Pada Syamil, wanita itu penuh drama. Maka dia sering memperlekeh Aina setiap kali pertemuan tanpa sengaja antara mereka berdua. 

Dan siapa sangka, takdir menentukan bahawa mereka bakal diikat dengan ikatan suci.

Namun bagi Syamil, ikatan itu dilakukan demi permintaan seseorang. Dia bersedia memutuskan apabila tiba waktunya.  

Bagi Aina, kasihnya terhadap Syamil telah bermula sebaik sahaja lelaki itu melafazkan ijab dan qabul. Belum sempat Aina ingin meluahkan rasa cinta, dirinya dilukai sehingga dia nekad membawa diri. 

“Dia pindah ke mana?” - Syamil

“Entah... yang tu kami tak tahu. Cuma kami dengar dia terima tawaran belajar di luar negara. Itu aje…”  

Syamil hilang arah apabila dirinya ditinggalkan...

Tergamak Aina membawa sesuatu yang cukup berharga buat Syamil. Dirinya dikhianati semudah itu sedangkan rasa cintanya telah mengunung tinggi! 

Bertahun terpisah, mereka bertemu di hospital tempat Aina bekerja. Layanan dingin Syamil membuatkan Aina menyangka lelaki itu telah membencinya.  

“Saya dah hampir putus asa. Adanya baiknya dia lepaskan saya kalau itu yang buat dia bahagia…” - Aina 

Puan Dahlia, ibu Syamil berkeras mahu mengahwinkan Syamil dengan Laila sementelah hubungan Aina dan Syamil sedang kucar kacir.  

Adakah terlerai masalah yang menjerut dalam hubungan mereka berdua?
Apakah alasan Aina sehingga sanggup meninggalkan Syamil sebegitu lama?
Dan masihkah Syamil  mahu melepaskan Aina sebagai makmum dalam hidupnya?

🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top