Bab 6
MALAM ini mereka berkumpul di ruang tamu selepas makan malam. Hanya Sakinah sahaja yang sudah masuk ke bilik kerana terlalu penat menyiapkan tempahan menjahit.
Syamil telah menceritakan tawaran yang diberi oleh Razif. Berdebar juga Syamil menunggu reaksi kedua orang tuanya. Pertama kali dia ingin berjauhan dengan keluarganya untuk bekerja di Perak.
"Mil memang nak terima ke kerja tu?" Tanya Syamsul setelah sekian lama berdiam diri.
Terkejut juga Syamsul kerana tidak menyangka Syamil ingin bekerja sambilan di Perak. Belum pernah lagi Syamil membuat keputusan seperti ini.
"Ye, abah. Itu pun kalau abah dan ibu izinkan Mil kerja dekat sana..."
Jauh disudut hati Syamil, dia sangat berharap kedua ibu bapanya membenarkan dia ke sana. Dia sendiri tidak pasti kenapa hatinya begitu kuat untuk ke sana. Seolah-olah ada sesuatu yang berharga sedang menunggunya.
"Kenapa Mil tak cuba cari kerja dekat sini dulu? Ibu risau kalau Mil tak ada depan mata ibu..." kata Dahlia dengan riak yang risau.
"Mil nak cari pengalaman kerja dekat sana, ibu. Nanti bila Mil nak sambung belajar, Mil akan belajar tempat orang juga. Biarlah Mil belajar berdikari dari sekarang. Tentang kerja tu, Mil rasa sayang nak tolak. Walaupun sekadar kerja di kilang, sekurang-kurangnya Mil boleh belajar dari bawah. Lebih-lebih lagi kerja tu berkaitan dengan bidang yang Mil minat..." jelas Syamil panjang lebar.
Memang dari dulu lagi dia ingin merantau ke negeri orang. Namun semua itu terpaksa dipendam kerana tidak sanggup meninggalkan keluarganya. Dengan keadaan Sakinah yang sakit ketika itu, terpaksalah dia menahan keinginannya.
"Kalau Mil dah berminat dengan kerja tu, abah izinkan." Syamsul akhirnya bersetuju. Tidak salah dia memberi peluang untuk Syamil mencapai keinginannya pula.
"Abang... kenapa..."
"Lia... biarlah kita beri ruang pada Mil untuk tentukan apa yang dia nak dalam hidup dia. Abang tak nak kita halang kebebasan dan minat anak-anak kita. Selagi tak mendatangkan keburukan dengan hidup mereka, kita berikan sokongan..." Celah Syamsul.
Syamsul tahu isterinya tidak mahu berjauhan dengan anak-anak mereka. Cepat atau lambat, satu hari nanti anak-anak mereka pasti akan meninggalkan mereka juga. Dia tidak mahu lagi Syamil menjadi seperti Sakinah. Cukuplah dia pernah bertindak kejam dengan menghalang minat Sakinah.
"Betul ke abah?" Wajah Syamil berubah ceria.
"Ye... abah izinkan tapi dengan syarat, beritahu Razif yang abah nak bercakap dengan pak cik dia tu dulu. Abah nak dia jaga anak abah ni baik-baik walaupun Mil dah besar..." arah Syamsul dengan tegas.
"Insya-Allah, abah. Nanti Mil beritahu Razif." Makin lebar senyuman Syamil.
Dahlia mengeluh lemah. Dia masih tidak bersedia untuk berjauhan dengan anak-anaknya. Syamil yang sedar dengan perubahan wajah ibunya lekas duduk di sebelah Dahlia.
"Ibu janganlah sedih. Mil janji akan balik dua minggu sekali ke sini. Mil kan dah 20 tahun. Dah besar pun..." Pujuk Syamil. Susah hati juga dia jika Dahlia terus bersedih dengan keputusannya.
"Tipulah kalau kata ibu tak sedih. Ibu cuma risaukan adik. Selama ni... adik selalu dengan Mil. Am pun dah jarang datang ke sini..."
Terdiam Syamil. Dia hampir terlupa tentang Sakinah. Melihat perubahan Sakinah yang semakin positif sekarang, membuatkan Syamil yakin untuk menerima tawaran kerja di Perak.
"Tentang adik, ibu jangan risau. Esok Mil akan beritahu dia tentang hal ni..." Cadang Syamil.
Dahlia dan Syamsul mengangguk setuju.
PELUH di dahi, diseka dengan hujung lengannya. Aina menarik nafas lega setelah selesai membasuh pinggan kotor di dapur. Dia mengelap tangannya dengan tuala bersih yang disediakan di tepi dinding.
"Kak Liza, semua kerja dekat dapur Aina dah siap. Bahan-bahan mentah pun Aina dah simpan dalam peti sejuk. Kalau tak ada apa-apa lagi, Aina nak balik dulu ye..." Pinta Aina yang sudah menanggalkan apron di tubuhnya.
Terasa lenguh seluruh tubuhnya kerana bekerja dari pagi hingga ke malam. Memandangkan hari ini merupakan hari Ahad, dia mengambil upah untuk bekerja sepanjang hari.
"Hati-hati balik tu Aina. Ni upah Aina untuk seminggu..." Satu sampul putih diberikan kepada Aina.
Aina tersenyum nipis. Bersyukur kerana dia dapat membeli beberapa buah buku rujukan dengan wang ini. Hendak menggunakan wang biasiswa, wang itu sekadar cukup-cukup makan sahaja.
"Eh, ini Kak Liza terbagi lebih..." Aina mengeluarkan sekeping RM50 dan di pulangkan kepada Kak Liza.
Kak Liza menolak huluran wang itu. Terpinga-pinga Aina dibuatnya.
"Yang ni memang duit Aina. Kak Liza naikkan upah Aina. Alhamdulillah, kafe ni semakin bertambah pelanggan. Jadi tak salah kalau Kak Liza berkongsi rezeki dengan semua pekerja-pekerja kak Liza."
Terharu Aina dengan niat baik Kak Liza.
"Terima kasih Kak Liza. Aina banyak sangat terhutang budi dengan Kak Liza."
Selama dia tinggal di sini, Kak Liza sanggup memberikan dia pekerjaan. Malah Kak Liza sangat memahami dirinya jika dia terlibat dalam peperiksaan.
"Sama-sama... Kak Liza dah anggap Aina macam adik Kak Liza sendiri. Dah, pergilah balik. Dah lewat ni..."
"Baiklah. Balik dulu. Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam..."
Aina lekas mengambil beg galas dan pulang ke rumah sewanya. Jarak dari rumah sewa ke kafe hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja. Mujurlah kawasan yang mejadi laluannya tidak terlalu sunyi.
Sampai sahaja di rumah, dia segera membersihkan badannya. Selepas mandi dan menunaikan solat Isyak, barulah dia menghadap kerja tugasan yang perlu dia siapkan.
Sempat dia mengerling ke arah Irdina yang sedang lena tidur di atas katil. Sebaik sahaja skrin komputer menyala, matanya lama menatap wajah di skrin itu. Wajah dia ketika berusia enam tahun bersama kedua ibu bapanya.
Dadanya berasa sangat sebak. Sungguh dia sangat rindukan ayah dan arwah emak. Tidak lama lagi mereka akan menghadapi cuti semester. Kali ini Aina nekad ingin pulang ke kampung untuk menjenguk ayah.
SUDAH sebulan Syamil bekerja di Razak Product Food Sdn Bhd sebagai pembantu juruteknik. Kilang milik ayah saudara Razif ini terletak di bandar Teluk Intan dan mengeluarkan pelbagai jenis kerepek.
Sepanjang dia bekerja di kilang, dia banyak belajar mengendali dan membaiki alatan mesin di situ. Tempat tinggal pula sudah disediakan oleh pihak majikan. Kehidupannya di sini sangat selesa.
Minggu lepas dia pulang ke Kuantan untuk membawa motosikalnya ke sini. Mujurlah Syamsul membenarkan dia menunggang motosikal di sini. Susah juga di hendak bergerak ke mana-mana jika tiada pengangkutan.
"Zif, kau makan dululah. Aku ada hal kejap dekat bank..."
"Okey. Aku tunggu kau dekat gerai Pak Mail." Pesan Razif sebelum dia meninggalkan Syamil.
Syamil sekadar mengangguk. Waktu makan tengah hari ini, dia terpaksa singgah ke bank kerana ingin mengeluarkan wang. Semasa dia ingin melintas jalan, ada seorang lelaki tua menarik perhatian Syamil.
Lelaki berumur itu seperti mengalami kesukaran untuk melintas jalan. Luluh hati Syamil melihat keadaan lelaki itu yang hanya mempunyai sebelah kaki sahaja. Terkial-kial orang tua itu menggunakan tongkat di celah ketiak untuk berjalan. Lekas Syamil mendekati lelaki itu.
"Assalamualaikum pak cik..."
"Waalaikumussalam..."
"Nama saya Syamil. Saya nampak pak cik nak melintas jalan. Kebetulan saya pun nak ke seberang sana. Kalau pak cik tak kisah, boleh saya bantu pak cik?" Syamil cuba menawarkan bantuan.
"Alhamdulillah... lega hati pak cik kalau ada yang sudi nak bantu. Pak cik sebenarnya nak ke keluarkan duit di bank..."
"Kebetulan saya pun nak ke sana. Bolehlah saya tolong pak cik. Jom..."
Syamil memegang erat bahu orang tua itu dan berjalan sehingga ke bank. Sampai sahaja di bank, lelaki itu kelihatan serba salah.
"Kenapa pak cik?" Soal Syamil dengan prihatin.
"Pak cik sebenarnya nak masukkan duit untuk anak pak cik. Kalau tak menyusahkan kamu, boleh tak tolong masukkan duit ni pada anak pak cik?"
"Boleh sangat pak cik. Jom saya bawa pak cik ke mesin ATM..."
Ketika mereka berdiri di hadapan mesin deposit wang, Syamil meminta nombor akaun si penerima. Beberapa keping duit kertas diberikan kepada Syamil untuk dikirim kepada anaknya. Sebuah buku nota kecil diberikan kepada Syamil. Syamil memasukkan nombor yang tertera di buku kecil itu. Saat dia melihat nama itu, dada Syamil berdegup laju.
"Nurul Ai..."
"Ha... betullah tu. Nurul Aina Safiyyah binti Mohd Airil Syukri. Itu nama anak pak cik..."
Kaku tubuh Syamil. Entah kenapa mendengar nama itu sahaja sudah membuatkan dadanya berdebar. Lekas dia menyelesaikan urusan memasukkan wang tersebut.
"Anak pak cik ni belajar lagi ke?" Ringan pula mulutnya bertanya tentang anak dara orang tua itu.
"Dia belajar lagi. Dah nak tiga tahun lebih dia belajar di kolej perubatan..." kata Syukri sambil tersenyum lebar.
Perubatan?
Tak mungkin dia orang yang sama.
😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊
Bersedia ye... bakal dibuka utk tempahan👏👏👏
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top