🌹 Bahagian 4 🌹

"MEL! Wei, tunggulah aku. Pehal kau ni jalan laju sangat hah?" Terkocoh-kocoh Tina kejar Melati dari belakang. Entahlah, apa dah jadi dengan Melati hari ni. Buang tabiat ke apa? Diam tanpa suara. Tak pernah lagi Melati buat perangai macam ni. Pening kepala Tina dibuatnya. Dia ada buat salah ke pada Melati? Setahunya tak ada pun. Sebabnya, semalam lepas dia orang balik dari sekolah Melati kenakan dia kaw kaw punya. Pergi pancitkan tayar basikal dia. Gila punya kawan.

"Melati! Kau ada problem ke wei?" Melati pandang wajah Tina yang sudah menghalang langkahnya ke tempat letak basikal. Apa yang dia tahu sekarang ni dia nak bersendirian tanpa sesiapa di sisinya.

"Aku okeylah. Kau janganlah risau, aku cuma letih aje. Esok kita jumpa lagi eh. Bye. Sayang kau sejuta kali, muah muah muah!"

Berkerut dahi Tina bila pipi tembamnya sudah dicubit-cubit oleh Melati. Ada senyuman di bibir gadis itu. Senyuman pahit. Terus Melati melangkah ke tempat letak basikal. Mangga ditanggalkan seraya dia menuntun basikalnya keluar. Tanpa dia sedari, ada dua pasang mata yang sedang memerhatikannya di situ.

Masing-masing saling berpandangan. Pelik dengan tingkah Melati saat itu. Biasanya, kalau dah ada Faliq di depan mata mesti Melati dah usik-usik dia sampai dia naik rimas. Hari ni? Kosong. Seolah-olah Faliq tak wujud di situ. Melihat air muka Melati yang sugul itu sudah menimbulkan tanda tanya dalam diri Faliq. Buang tabiat apa perempuan mental ni?

"Kau pehal pandang minah tu lama-lama? Dah tersuka dekat dia?"

Faliq tumbuk kuat bahu Rian. Tertangkap pula dia perhatikan tingkah Melati dari tadi.

"Kau jangan nak tuduh-tuduh aku eh." Terus dia naik atas pelana lalu dikayuhnya basikalnya. Tinggalkan Rian yang sudah terpinga-pinga itu. Rian terus ketawa melihat tingkah ketua pengawas itu. Takkanlah sebab dia bergurau macam tu Faliq terus nak ambil hati? Pelik.

BUNYI ketulan batu yang dibaling dari belakang mematikan lamunan panjang Melati. Saat itu, dia sedang duduk di tepi sungai. Merendamkan kakinya di dalam air sungai. Tenang saja hatinya melihat air sungai yang mengalir. Bunyi air terjun berhampiran. Tapi ketenangan tu hilang sekelip mata bila dia dengar ketulan batu dibaling. Terus dia kalih belakang. Kaget melihat seorang pelajar lelaki beruniform biru laut sedang berdiri di belakangnya. Seketika mereka saling berpandangan.

"Buat apa ikut aku?" Antara dengar tak dengar saja suara Melati itu. Ingatkan, bolehlah dia layan perasaan kejap tapi muncul pula seseorang tanpa diundang.

"Siapa yang ikut kau? Setahu aku ni port tempat aku selalu layan perasaan. Tak tahu pula ni port kau juga." Faliq masih berdiri sambil menyeluk poket seluar slacknya. Sesekali matanya tertancap ke laman wajah Melati. Terus Melati cebik. Geram. Dahlah dia masih bengang bila ayah dia datang tanpa diundang semalam. Bising. Sebab 'hal buruk' itu dinaikkan dia dapat mimpi buruk.

Seketika suasana sepi. Kedengaran bunyi ketulan batu dibaling ke arah sungai sekali lagi. Berkerut-kerut dahi Melati dengar bunyi bising. Dia baru je nak rasa ketenangan tapi datang pula dah pengacau tanpa diundang ni. Rasa macam nak baling batu dekat budak lelaki belakang dia tu pun ada juga.

"Pehal kau diam je? Cakaplah sesuatu."

Diam.

Faliq senyum tanpa dia sedar. Tercuit hati tengok Melati kembali mengelamun panjang. Terus dia melabuhkan duduknya di sebelah Melati. Choki choki dikeluarkan dari poket seluar sebelum dihulurnya kepada Melati. Gadis itu hanya pandang sepi choki choki berperisa coklat putih kegemarannya. Tapi sekarang ni dia tak rasa nak makan coklat tu pun. Rasa nak terus mengelamun adalah.

"Kau pehal? Buang tabiat?"

Melati kerut dahi. Pelik dengan perangai Faliq yang tiba-tiba nak bersikap 'prihatin' dekat dia. "Kenapa kau tiba-tiba nak ambil tahu pasal aku? Kau ke aku yang buang tabiat? Bukan kau menyampah ke dengan aku? Sakit mata tengok muka aku ni, kan?"

Mereka sudah berpandangan. Faliq ketawa. Sungguh, tengok Melati marah-marah macam tu buat dia rasa geli hati.

"Kau nak dengar cerita tak? Cerita yang cuma Rian, tok wan dengan Pak Daud aku je yang tahu."

"Aku ni kawan kau ke?" Mereka berpandangan sekali lagi. Ada rasa sentap dalam hati Faliq tapi segera ditepis. Faliq capai beberapa ketulan batu lalu dibalingnya jauh ke dalam sungai. Matanya ralit merenung air sungai yang mengalir. Kelihatan, langit mula gelap. Sebentar saja lagi pasti hujan turun.

"Cerita tentang aku dengan seorang budak. Kawan aku masa kecil dulu. Tania namanya. Dulu aku, Tania dengan Rian selalu kongsi masalah kita orang sama-sama. Aku dengan Rian dah jadi macam abang buat Tania. Dia kena kacau, kena buli kena hadap muka kita oranglah alamatnya. Aku sayangkan Tania. Antara kami bertiga aku dengan Tania memang rapat sangat. Susah nak berenggang. Sampailah dua tahun yang lalu, kami kehilangan Tania. Dia pergi tanpa ucap selamat tinggal. Sejak haritu aku dah tak rapat dengan mana-mana perempuan lagi. Sebab..."

Faliq jeda. Satu nafas panjang ditariknya. Sungguh berat untuk dia ceritakan kisah ini setelah dua tahun berlalu. Tapi entahlah kenapa dia tiba-tiba nak ceritakan kisah tragis tu pada Melati yang sudah berminat mendengar kisah Faliq. Ini agaknya yang diberitahu oleh tok wan dulu.

Kisah yang tok wan nak Faliq sendiri bagi tahu dekat dia kenapa Faliq tak suka berkawan dengan budak perempuan.

"Dia meninggal dunia masa cuba selamatkan aku dari langgar lari dua tahun lepas. Aku rasa... aku tak berguna. Ibu dengan ayah dia kehilangan anak sebab aku. Rian kehilangan seorang adik sebab aku dan aku... aku kehilangan seorang gadis yang berjaya curi hati aku. Sejak haritu... aku dah tak rapat dengan mana-mana budak perempuan lagi. Lebih-lebih lagi kami punya angan-angan. Aku sukakan dia, dia pun sama. Aku siap cop nak kahwin dengan dia. Tapi... takdir dah ubah semuanya. Sakitnya sampai sekarang aku masih rasa Mel." Melati tergamam. Dia nampak Faliq sudah tertunduk menekur jari jemari. Dia nampak, wajah Faliq sudah merah menahan sebak barangkali.

"Aku minta maaf... aku bukan saja nak tengking kau bila kau nak kawan dengan aku. Aku bukan saja tak nak jadikan kau kawan aku tapi aku takut..." Faliq angkat muka, pandang wajah Melati yang sudah mengalirkan air matanya itu. Melati dapat rasa kehilangan itu. Kehilangan orang yang disayangi.

"Aku takut benda yang sama jadi dekat kau pula Mel. Aku fobia... nak kawan dengan budak perempuan. Aku takut aku rapat dengan kau. Maafkan aku..."

Melati tarik satu nafas panjang sebelum dikesatnya air matanya dengan belakang tangan.

"Kenapa kau menangis?"

"Terharu."

Faliq ketawa lagi dengan jawapan Melati itu. Pertama kali dia tengok budak mental macam Melati menangis. Biasanya gadis itu hanya mampu ketawa dan mengusik saja.

"Aku terharu sebab orang yang aku suka sudi ceritakan kisah silam dia dekat aku. Terima kasih Fal. Aku turut tumpang simpati atas kehilangan Tania. Aku dapat rasa kehilangan tu. Bertuah Tania dapat kawan macam kau. Tapi kau pun kena terima takdir Allah Fal. Kau buat macam ni seolah-olah kau rasa diri kau tu pembawa malang. Semua ni takdir Allah kan. Bukannya kau yang minta Tania pergi."

"Terima kasih sebab faham Mel." Melati ukir senyum pada Faliq. Mereka sudah saling berbalas senyuman antara satu sama lain.

"Fal... aku nak jadi kawan kau boleh?

Faliq angguk sebelum dia bangun dari duduk. Melati juga bangun dari duduknya.

"Aku Faliq Ridhwan bin Fajar, kelas 5 Hijau. Selamat berkenalan."

Melati ketawa kecil. Kelakar pula bila Faliq kenalkan diri secara formal macam tu.

"Asal kau gelak?"

"Kau kelakarlah, formal sangat."

"Okey, ni maksudnya kau tolak perkenalan kitalah? Okeylah, aku balik dululah macam tu. Lagipun dah nak hujan ni. Aku tak nak demam lagi, seminggu je lagi aku nak hadap SPM." Faliq sudah berkira-kira mahu pergi dari situ. Terus lengannya yang berlapik ditarik lembut oleh Melati.

"Mana ada aku tolak. Aku cuma rasa kelakar sebab dalam hidup aku ni pertama kali aku jumpa mamat skema macam kau. Formal. Semua nak nampak formal. Asal ada yang buat kes mulalah keluarkan buku 555 dia tu. Eh tapikan, sebab skema kau tulah aku suka dekat kau."

Faliq ketawa sekali lagi. Kali ni, mereka berdua sudah sama-sama ketawa. Akhirnya, setelah tiga bulan Melati berusaha nak kawan dengan Faliq tercapai juga cita-citanya itu. Faliq dah ceritakan kisah tragis itu tapi dia? Tak akan sesekali dia ceritakan kisah silamnya pada Faliq. Tak mahu aibnya dibuka di depan lelaki itu. Diharapkan perkenalan mereka ini akan kekal sampai bila-bila.

"FAL!!" Berkerut-kerut dahi Melati bila Faliq endah tak endah saja dengan kehadirannya saat itu. Faliq sedang membantu Pak Daudnya di bendang. Menanam padi di tapak semaian. Sudah berkali-kali namanya dilaung kuat oleh Melati. Entah apa agaknya budak kurang vitamin tu mahu daripada dia.

"Faliq Ridhwan bin Fajar!" Laung Melati sekali lagi.

Mendengar saja nama penuhnya diseru panjang Faliq terus angkat muka. Dipandangnya figura Melati yang sudah terpinga-pinga menghampirinya. Budak bandar masuk bendang buat pertama kali, itulah jadinya. Terkedek-kedek berjalan macam budak baru berjalan.

"Kau pehal? Dah habis exam tu diam-diam jelah duduk rumah. Jangan ganggu aku. Boleh tak? Karang jatuh dekat bendang baru padan muka kau," omel Faliq.

Melati tarik lengan baju Faliq bila dia dah berjaya melangkah menghampiri lelaki itu. Gadis itu sudah senyum lebar sambil tepuk-tepuk tangan. Suka. Akhirnya boleh juga dia berdiri di tengah bendang. Bukan mudah untuk dia. Payah. Kakinya pun dah kotor dengan lumpur.

"Nah, hadiah special untuk kau. Happy birthday! Sweet 17 dah kau. Dah tua! Aku cuma nak cakap good luck juga untuk esok." Hadiah sudah betukar tangan. Kotor pembalut hadiah bunga-bunga tu dengan lumpur yang melekat di tangan Faliq.

"Macam tak ada nantinya aje kau nak bagi aku hadiah ni. Kenapa? Petang nanti tak boleh jumpa ke?"

"Suka hati akulah. Petang ni aku tak ada kat rumah, sebab tu aku nak bagi kau sekarang ni juga," jawab Melati senada. Dia sudah membantu Faliq menanam padi. Bahang panas buat wajahnya yang kuning langsat itu mula merah.

"Kau nak pergi mana petang ni?"

Seketika Melati kaku. 'Nak pergi mana?' Susah dia nak jawab soalan tu. Tak nak Faliq bersedih hati dengan jawapan dia. Sedangkan semalam pun dia dah puas menangis sebab jawapan yang patut dia bagi dekat Faliq tu.

"Eh Fal. Esok kau jawab exam tu elok-elok tau. Aku doakan semoga kau berjaya. Aku rasa nak aje duduk dekat sebelah kau, tolong kau jawab soalan add math. Yelah kau nikan lembab sikit add math tu. Ingat tau formula yang aku dah ajar. Kau jangan lupa pula. Kalau kau lupa, kau ingat je muka aku ni."

Faliq mencebik. Terus ditariknya kuat rambut Melati yang diikat ekor kuda itu. Terjerit kecil Melati dibuatnya.

"Sedap hati kau je kan cakap aku lembab."

Melati sengih.

"Faliq, aku nak tanya boleh?"

"Apa dia?"

Melati sudah berdiri tegak di sisi Faliq yang masih ligat dengan pekerjaannya itu. "Kalau suatu hari nanti aku tiba-tiba hilang kau sedih tak?"

Faliq dan Melati sudah saling berpandangan antara satu sama lain. Angin bendang menyapa wajah mereka berdua. Terendak di atas kepalanya Faliq tanggalkan lalu diletak di atas kepala Melati. Soalan Melati buat dia tersentak buat seketika. Kenapa dia tak suka soalan tu? Macam ada maksud.

"Fal, jawablah..."

"Tak. Buat apa aku nak sedih? Aku suka adalah. Aman hidup aku, tak ada budak yang menyemakkan kepala otak aku ni."

Melati mengeluh. Sedih. Dah agak itu jawapan Faliq.

Seketika suasana mulai sepi. Melati melangkah tanpa arah tuju. Terkedek-kedek dia berjalan berhampiran bendang. Takut jatuh. Sesekali dipegangnya terendak di atas kepala. Faliq senyum nipis. Dia terus membuntuti gadis itu dari belakang sebelum Melati terjerit-jerit. Terpinga-pinga Faliq dibuatnya bila gadis itu sudah menghentak-hentak kaki di atas bendang.

"Kau pehal? Macam cacing..."

"Fal!! Tu, kat kaki aku pe... pebenda tu wei. Gelilah!" Faliq pandang kaki Melati. Tergeleng kepala dia dibuatnya bila nampak lintah sudah selamat mengesot di kaki gadis itu.

"Aku nak minta izin dengan kau. Aku minta maaf kalau tersentuh kau eh." Terus Faliq tunduk, mencapai dua ekor pacat yang sedang mengesot di kaki Melati. Gadis itu sudah kaku. Terharu. Faliq yang kasar pandai hormat dia. Siap minta izin. Direnungnya tajam wajah Faliq tanpa berkedip. Ada rasa sebak bertandang di dalam hati. Mata dipejamnya rapat sebelum dia celik semula. Tangan digenggam erat. Sungguh, Melati sebak.

"Dah. Jomlah balik..." Faliq mati kata bila air muka Melati tiba-tiba berubah. Berubah wajahnya melihat air mata yang mengalir di pipi gadis itu.

"Mel... kenapa kau menangis? Aku ada buat salah ke?"

Melati geleng.

"Habistu?"

Melati kesat air matanya dengan belakang tangan. Dia senyum pada Faliq. Senyuman terakhir sebelum mereka terpisah jauh. "Aku takut lintah tu. Mengerikan."

Faliq ketawa halus, sungguhlah Melati ni ada aje modulnya nak buat dia ketawa.

"Mengadalah kau ni. Jom balik, kau jalan depan aku. Karang ada lintah aku juga yang susah," arah Faliq.

Melati menurut. Dia sudah melangkah mendahului Faliq. Baru tiga langkah, dia mati langkah. Kaget Faliq dibuatnya bila Melati tiba-tiba brek mengejut.

"Kau nikan..."

"Faliq... aku suka kau. Kalau kau suka aku balik boleh tak?"

Faliq terkedu. Sekali lagi soalan itu diajukan pada dia. Tiada sebarang jawapan daripada Faliq. Melati terus kalih ke belakang. Dia dongak, pandang wajah Faliq yang masih dalam keadaan terkejut itu.

"Jawablah Fal." Ada getar pada nada suara Melati. Gadis itu sudah genggam erat tangannya. Sering saja Faliq tak jawab soalannya yang satu ini. Susah sangat ke nak jawab soalan dia ni? Ya atau tidak aje pun.

"Mel... aku..."

Melati tiba-tiba ketawa.

"Soalan bodoh. Kau tahulah kan aku nikan mental sikit. Mestilah kau tak boleh suka aku sebab dalam hati kau tu masih ada arwah Tania. Kau orang berdua kan saling suka sama suka. Siap ada impian nak kahwin bila dah berjaya nanti pula tu. Tak apalah, Fal. Aku minta maaf ya kalau aku ni selalu aje buat kau menyampah. Selama ni buat kau rasa meluat. Tapi, aku senang bila kau terima aku jadi kawan kau. Aku hargai perkenalan kita ni Faliq." Melati sudah kembali melangkah. Semuanya sudah jelas, hati Faliq hanya ada arwah Tania saja. Sudah, semuanya sudah berakhir. Ini pertemuan terakhir mereka. Tak tahu, lepas ni dia boleh jumpa Faliq lagi ke tak. Biarlah dia pergi tanpa ucap selamat tinggal pada Faliq.

Lagipun, mesti Faliq suka kalau dia hilang. Yalah, kehadiran dia inikan sering saja menganggu hidup Faliq. 'Selamat tinggal, Faliq Ridhwan'

Bersambung...

Sebenarnya Syaf dah unpublish ceritani 😂 tapi dek kerana masih ada oembaca sudi nak baca jadinya Syaf upload je.

Kalau tatabahasa atau plot berterabur sebab Syaf tak edit tau. Ni karya lama dah 🤭

Apapun thanks yang sudi baca dan nak syaf upload juga ☺

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top