BAB 2

Awal pagi Dhuha sudah bersiap-siap kerana temu janji antara dirinya dengan Abang Zafri yang diaturkan oleh Mamanya. Dhuha meraup wajahnya menghadap cermin meja solek. Dia menampar pipinya berkali-kali.

"Aduh, yang aku pergi tampar pipi sendiri buat apa? betul ke keputusan aku ni? kalau Akak pun tak suka apatah lagi aku ni," Dhuha menggosok pipinya masih sakit.

"Biarlah penampilan boleh diubah, tapi kalau dah perangai macam hantu tu memang susah nak ubah! kau kena yakin Dhuha, yeah Dhuha boleh!" monolog Dhuha.

Dhuha mencapai beg tangannya dan mengorak langkah keluar dari dalam kamarnya.

"Cantik hari ni dik? kenapa nak jumpa dengan Mamat Badut tu ke?" Dhiya tersenyum memandang Dhuha. Langkah Dhuha terhenti seketika, menoleh memandang Kak Dhiya seolah tak berpuas hati.

"Biarlah, Akak sibuk sangat kenapa?" Dhuha merenung wajah Kak Dhiya.

"Akak, cuma nak tengok aje berapa lama kau boleh tahan dengan Mamat Badut tu. Apa-apa pun, kau janganlah menghampakan perasaan Mama okey," Dhiya berlalu pergi diiringi dengan ketawa seperti menyindir dirinya.

"Berlagaknya Akak ni, tak apa aku akan buktikan yang aku boleh ubah Abang Zafri menjadi lelaki paling kacak, tapi boleh ke?" Dhuha mengerutkan dahinya. Tak pedulilah kata Dhiya tadi, yang penting hati Abang Zafri tu baik dan ikhlas menerima Dhuha dengan setulus hati.

"Dhuha, comelnya anak Mama ni," puji Mama yang kebetulan lalu disitu.

"Dhuha memang comel Mama, tengoklah siapa Mama Dhuha?" sebelah kening Dhuha dijongketkan.

"Macam ni lah anak Mama kan? nanti dah jumpa dengan Abang Zafri, jangan lupa layan dia sebaik yang mungkin, okey?" pesan Mama. Tangan Dhuha digenggam erat. Sudah tiba masanya untuk melepaskan anaknya yang tersayang.

"Baik Mama," Dhuha mengangguk faham.

"Eh, tunggu apa lagi ni? cepatlah pergi, karang ternanti-nanti Abang Zafri tu kang," kata Mama menyuruh Dhuha pergi secepat yang mungkin. Jadilah seperti orang yang menepati janji bukan sekadar janji kosong saja.

××××××


Lelaki yang berada dihadapan mata Dhuha sekarang adalah Abang Zafri. Lelaki yang tua tujuh tahun darinya. Bagi Dhuha lelaki ini sudah cukup matang untuk berfikir mengikut arus dunia fesyen terkini.

Benar seperti yang dikatakan oleh Kak Dhiya. Seorang yang membosankan, tak banyak berkata lebih banyak mendiamkan diri. Patutlah Kak Dhiya menolak Abang Zafri mentah-mentah.

Semasa awal pertunangan, Kak Dhiya langsung tak pernah berjumpa dengan Abang Khalish, tibalah satu masa temu janji yang telah diaturkan antara lelaki ini dengan Kak Dhiya. Pulang saja dari temu janji itu Kak Dhiya terus mengamuk sakan kerana lelaki itu bukanlah citarasanya.

"Abang Zafri, ni memang tak suka berfesyen ehh?" Dhuha memberanikan dirinya bertanya soalan sebegitu pada Zafri.

"Kenapa? kau dengan Kakak kau memang tak suka dengan fesyen aku ni ke?" balas Zafri seperti tak berpuas hati apabila ada yang menyentuh tentang fesyennya.

"Bukan tak suka, Abang Zafri ni kacak, cuma Abang ni memang tak suka berfesyen macam lelaki lain ke?" tanya Dhuha gugup.

"Setahu aku, tak pernah lagi ada orang puji aku ni kacak. Kau ni sebenarnya perli aku ke?" Zafri meneguk sedikit air kopi.

"Mana ada, Dhuha puji ikhlaslah! tak baik tuduh macam tu," lelaki ini sentiasa serius dengannya. Dari segi percakapan, lelaki ini langsung tak boleh dibawa bergurau. Sentiasa membosankan dan menakutkan.

"Tak payahlah buat muka takut macam tu, aku ni bukan kanibal, buat salah je terus aku nak sembelih kau buat sate. Aku tahu ramai yang persoalkan fesyen aku yang serupa badut ni. Aku juga tahu kebanyakkan perempuan tolak aku mentah-mentah kerana aku ni ketinggalan, tapi tak sangka pula kau ni yang sanggup nak jadi isteri aku," Zafri cuba merenung anak mata milik Dhuha. Dhuha segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Jantung Dhuha berdegup kencang.

"Dag... dig... dug didalam dada," monolog hati Dhuha. Adakah ini cinta? dari mata turun ke hati.

**********

[601 words]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top