BAB 10
"Abang nak tau satu perkara tak?" Dhuha memulakan bicaranya.
"Perkara apa tu?" Zafri masih fokus dengan pemanduannya.
"Andai kata kalau Dhuha tinggalkan Abang, Abang akan ingat Dhuha tak?" soal Dhuha ingin tahu.
"Kenapa cakap macam tu? kita ni baru bernikah semalam tau, tiba-tiba hari ni cakap macam tu? Dhuha please jangan buat Abang risau," kata Zafri dengan nada serius.
"Dhuha cakap macam ni pun ada sebab, dah lama Dhuha nak luahkan perkara ni, tapi tak ada sesiapa yang tahu dan Abanglah orang yang pertama tahu rahsia Dhuha ni."
"Rahsia apa sayang?"
"Dhuha sebenarnya ada barah otak dah tahap dua, Dhuha tak tahu nak beritahu siapa, Dhuha takut...." luah Dhuha.
"Dhuha! Dhuha tak buat lawak kan?" tanya Zafri, pandangannya dikalih pada Dhuha.
"Dhuha serius, Dhuha tahu keputusan Dhuha ni salah! Dhuha tak patut kahwin dengan Abang, tapi hati Dhuha tak boleh nafikan cinta ni," ujar Dhuha dengan nada teresak-esak.
"Dhuha tau tak benda ni terlalu sensitif, Dhuha kenapa tak terus terang dengan Abang perkara ni?"
"Bukan Dhuha tak nak beritahu cuma Dhuha tak nak orang yang Dhuha sayang, semua akan risaukan keadaan Dhuha!"
"Dhuha...." lidah Zafri kelu. Patutlah selama ini isterinya tak henti berkata tentang perkara yang sama.
"Kalau Abang nak lepaskan Dhuha sekalipun, Dhuha tak kesah, Dhuha tahu Dhuha salah sebab tak beritahu Abang perkara sebenar."
"Cukup Dhuha, beri Abang masa untuk tenangkan fikiran dulu!" Zafri memegang kepalanya. Saat ini Zafri perlu fokus pada pemanduan dahulu.
Air mata Dhuha tak dapat lagi dibendung. Sesal tak terhingga Dhuha rasakan saat ini. Andai kata Zafri mula membenci Dhuha kerana hal ini, Dhuha tak mampu berbuat apa-apa melainkan menunggu kepergian Dhuha ataupun cerai!.
××××××
Sudah hampir seminggu Zafri tak menegur Dhuha walaupun tidur sebilik. Zafri lebih banyak mendiamkan diri. Mungkin masih sakit hati dengan pembohongan Dhuha selama ini. Kononnya Dhuha sihat tapi sebenarnya ada dia penyakit dan penyakit itu Dhuha sembunyikan dari pengetahuan Zafri.
Siapa yang boleh terima keadaaan Dhuha yang sebegini, mungkin saat ini Dhuha adalah manusia yang kurang sempurna. Tak mempunyai kesihatan seperti yang lain.
"Abang, masih tak nak bercakap dengan Dhuha ke?" soal Dhuha yang berdiri dibelakang suaminya.
"Lepas ni ikut aku pergi satu tempat," ujar Zafri tanpa banyak kata.
"Kita nak pergi mana Abang?" tanya Dhuha ingin tahu.
"Ikut sajalah kata aku, aku tak minta banyak pun. Ikut aku aje lepas ni," balas Zafri.
"Jangan-jangan dia nak bawa aku pergi pejabat agama tak? nak selesaikan kes penceraian aku dengan dia. Ya Allah aku tak kuat nak lalui semua ini," duga Dhuha bukan-bukan.
*********
[417 words]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top