Wajah Rahsia Hati !

"IBU, Ain bosanlah kat kampung ni masa cuti semester ni. Asyik-asyik tengok ayah pergi kebun durian. Macam takde keje lain." Ainun Nisa mencebikkan mukanya. Hatinya sedih mengenangkan tiada perkhidmatan telco di kawasan Teratak Pusaka tersebut.

"Ishh. Tak elok Ain cakap macam tu. Biarlah ayah pergi kebun durian tu. Sekurang-kurangnya, dapatlah keluarkan peluh tu. Boleh elakkan penyakit jantung." Ifaat Nadzeera hanya menuangkan kopi 434 kegemaran keluarga mereka, sambil Ainun Nisa masih tercari-cari signal syarikat telco di sekitar rumahnya.

"Stress Ain tau duduk kat kampung ni. Dah laa takde line telefon. Bosan lah asyik tengok rancangan tv jer. Asyik-asyik ulang benda yang sama. Asyik-asyik, Gegar Vaganza. Tak syok laa mummy. " jiwa remaja Ainun Nisa masih memberontak. Ifaat Nadzeera tidak kuasa untuk melayani karenah anak perempuan tunggalnya itu.

Ainun Nisa merapati Ifaat Nadzeera. Pastinya ada sesuatu yang ingin dimintanya.

"Ada apa-apa laa ni." Ifaat Nadzeera sudah masak dengan perangai anak tunggalnya itu.

"Mummy, Ain nak keluar jap? Ain nak lepak Starbucks je. Nak cuci mata tengok abang barista. He he."  Ainun Nisa meminta dirinya untuk dibebaskan seketika ke pekan.

"Ishh gatal." satu cubitan manja hinggap di permukaan kulit Ainun Nisa.

"Adehh adehhh mummy. Sakittt. Ain tercedera parah, mummy. " Ainun Nisa, seorang remaja manja yang penuh dengan perasaan manja terhadap ibunya.

     "Ada nampak mummy happy? Ada nampak mummy happy?" Ifaat Nadzeera seperti memparodikan isu Baby Shima dan Mas Idayu dalam rancangan #DAA3, dan tidak melayani permintaan Ainun Nisa itu.

     "Alaa mummy. Boleh laa. Sekejap je. Nak cari WiFi percuma jer. Lagipun ada benda nak bagitau pada Alin dengan Syikin. Gossip-gossip gitu." Ainun Nisa memujuk hati ibunya supaya membenarkan permintaannya.

     "Hmmm.. Yelah yelahh. Balik jangan lewat sangat tau. Nanti kalau lewat, ibu gerakkan misi mencari dan menyelamat untuk mencari seorang gadis yang bernama Ainun Nisa." Ifaat Nadzeera berseloroh gurau dengan anaknya. Terdengar kasar gurauan tersebut.

     "Ishh mummy ni. Tak payah laa sampai macam tu sekali. Tahu laa dulu pegawai bomba. Hehe. Mummy... nak kunci kereta?" Ainun Nisa menedah tangan tanda meminta sesuatu.

     "Bukan ke ada Foodpanda ke, Grab ape ntah?" Ibunya mempersoalkan tindakan Ainun Nisa yang meminta kunci kereta.

     "Mana ada internet kat sini nk order uber grab tu semua." Ainun Nisa mencebikkan bibirnya.

     "Haaa yelah yelahh. Nahh. Jaga elok-elok." Ifaat Nadzeera menyerahkan kunci kereta Viva sambil menitipkan pesanan.

     "Yelaa. Orang jaga diri elok-elok nanti. Sayang mummy." Ainun Nisa mencium pipi ibunya tanda kasih dan sayangnya kepada orang tua yang membesarkannya.

     "Ishh. Orang suruh jaga kereta tu elok-elok, bukannya dia. Werkk perasan!" Ifaat Nadzeera bergurau senda dengan satu-satunya anak perempuan kesayangan mereka.

     "Okay. Fine!" Ainun Nisa berlalu pergi ke arah kereta Viva terbabit seraya meninggalkan Ifaat Nadzeera. Enjin kereta VIVA dihidupkan dan Ainun Nisa terus meluncur laju entah kemana.

     "Kemana anak kesayangan awak tu pergi?" Tiba-tiba Lucas Dhaifan muncul dari celahan pepohon Cemara ditepi Teratak Pusaka tersebut. Dia baru pulang dari menabur baja di kebun durian Musang King nya.

     "Ishh terkejut saya bang. Ni haa, Ain pergi pekan. Nak cari WiFi percuma katanya. Biarlah. Lagipun dia dah besar panjang kan."

     "Awak nie, asyik nak back-up anak kesayangan awak je. Apalah salahnya cuti-cuti ni duduk rumah, tolong apa yang patut. Ni tak, pergi entah kemana, macam lipas kudung lajunya." Lucas Dhaifan memberi syarahan perdana.

     "Dah laa bang. Biarlah dia. Dah.. Dahh.. Meh masuk meh. Minum kopi ni haa."

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top