Tak Pernah Hilang!

"PAK ABU, kenapa saya perhati si Red tu lain macam je hari ni? Asyik pandang slack je kat saya dari tadi. Muka pun pesen takde senyum-senyum macam selalu. Asyik perhatikan saya je. Ada apa-apa ke yang saya tak tahu?" tanya Datuk Luke Hycarl yang sedang memunggah barang-barang keperluan kedalam rumah Pak Abu dari lori kilang kayu 5 tan. Pak Abu memandang tepat kearah anak mata Luke Hycarl sambil mengenyit-kenyit dan mengeleng-geleng kepalanya, seolah-olah sedang memberi isyarat sesuatu kepada Luke Hycarl.

Redra Thabary yang sedari tadi duduk di sofa sekitar anjung rumah, namun kedua ekor matanya hanya memerhatikan ke arah Luke Hycarl dengan satu pandangan yang cukup tajam, menusuk dan tiada belas kasihan langsung. Ada aura kemarahan yang cukup jelas terpantul daripada pandangan tajam terbabit.

"Haaa? Apa ni Pak Abu. Saya tak faham laa. Cuba Pak Abu cakap, terangkan kat saya apa sebenarnya yang berlaku." Datuk Luke Hycarl seakan-akan blur, langsung tidak memahami isyarat-isyarat yang dihantar oleh Pak Abu.

Pak Abu menarik Datuk Luke Hycarl ke bahagian belakang lori, hampir tersadung kaki Datuk Luke Hycarl akibat terlanggar batu yang melata dikawasan halaman rumah Pak Abu, namun sempat dia berpaut pada badan lori 5 tan itu dan mengimbangi kembali badan gagahnya daripada terjatuh.

"Dia dah tahu! Red dah tahu! Dia dah baca surat Dhia semalam!" Pak Abu kelihatan panik namun perasaannya masih terkawal.

"Red dah tahu? Macam mana dia boleh tahu? Pak Abu bagitahu ke?" muka Datuk Luke Hycarl kelihatan merah padam menahan amarah.

"Bukanlah. Kan semalam birthday dia yang ke-25, alah kamu ni, birthday anak sendiri pun boleh lupa." Pak Abu menerangkan kepada Luke Hycarl berkenaan hari ulangtahun kelahiran Redra Thabary yang ke-25 tahun.

"Alamak! Saya betul-betul terlupalah nak wish. Pak Abu pun satu, tak bagitahu saya." Luke Hycarl menggaru-garu kepalanya. Dia betul-betul terlupa akan hari ulangtahun kelahiran anaknya.

"Mesti dia marah pasal saya tak wish birthday dia." Luke Hycarl menambah.

"Halah kamu nie, lambat lah. Dia marah sebab dia dah tahu kamu bapak kandung dia! Dia marah kenapa takde orang bagitahu dia selama ni." Pak Abu menjerkah ke arah Luke Hycarl. Marah betul orang tua ni.

Datuk Luke Hyrcarl terdiam kaku. Matanya memandang kearah langit, otaknya ligat memikirkan sesuatu. Sesekali kepalanya dijenggukkan kearah kedudukan Redra Thabary yang matanya tak lekang memandang kedua-dua sosok orang tua ini.

"Habis Pak Abu, apa reaksi dia lepas dapat tahu?" Datuk Luke Hycarl bertanya reaksi Redra Thabary apabila seraya mendapat tahu perkhabaran itu.

"Takkan lah gembira kamu ni. Dengan aku-aku sekali kena marah. Semalam lepas baca surat Dhia, entah pergi mana sampai malam, balik-balik je badannya habis berdarah-darah macam kena cakar, kena gigit. Tapi katanya eksiden." Pak Abu menceritakan peristiwa apa yang berlaku semalam kepada Luke Hycarl.

"Tak pe lah kalau macam tu. Nanti saya cuba slow talk dengan si Red. Saya tahu benda ni tak mudah, tapi saya cuba terangkan kat dia. Tapi bukan kat sini la. Pak Abu jangan risau yer. Saya cuba sedaya-upaya saya." Luke Hycarl memberi jaminan kepada Pak Abu bahawa dia akan cuba membuatkan Redra Thabary lebih tenang sedikit.

"Okay-okay. Baiklah kalau kamu dah kata macam tu. Pak Abu taknaklah si Red tu asyik dingin aje dengan Pak Abu. Pak Abu ni dah tua, tak larat dah asyik kena marah aje." Pak Abu menepuk-tepuk bahu Luke Hycarl .

     "Baik Pak Abu. Pak Abu jangan risau yer. Yang penting Pak Abu jaga diri, jaga kesihatan, jangan buat kerja-kerja berat." Luke Hycarl masuk ke lori dan beransur pergi selepas kesemua barang-barang telah selamat dipunggah.

***

     "Pak Abu....." satu suara tiba-tiba muncul disaat Pak Abu sedang menyusun barang-barang dibahagian rak dan almari.

     Redra Thabary muncul daripada anjung dengan muka yang masam mencuka. Dia mengambil beberapa barang untuk membantu Pak Abu menyusun barang-barang basah untuk disusun didalam peti sejuk.

     "Pak Abu bersembang apa dengan so-called ayah? papa?daddy? abah? bapak? Apa-apalah..." Redra Thabary bertanya kepada Pak Abu isi perbincangan antara Pak Abu dan juga Datuk Luke Hycarl.

     Pak Abu yang sedari tadi sedang sibuk menyusun barang-barang kering tiba-tiba tergamam. Matanya mula berkaca, menahan amarah bercampur sebak didada.

     "Red! Jangan cakap macam tu. Itu ayah kamu! Satu-satunya darah daging kamu didunia ini." airmata Pak Abu mula bercucuran, perlahan-lahan membasahi garis-garis kedut ketuaan dibawah matanya.

     "Perasaan sayangnya terhadap kamu tak pernah hilang, tak pernah pudar sekalipun. Kalau dia tak sayang kamu, dia dah cari isteri lain, dia dah kahwin lain dah dan beranak-pinak berpuluh tahun dulu! Tapi betapa kasih sayangnya dia terhadap kamu, sebab dia tahu kamulah satu-satunya waris yang dia ada. Dia rela menduda sehingga ke saat ini, walaupun pada hakikatnya dia mampu untuk berkahwin lagi. Pak Abu faham ayah kamu tak sesempurna mana dimata kamu, tapi dia cuba jadi seorang ayah yang baik."

     Mata Redra Thabary mula berkaca, jiwanya jadi lemah longlai, hatinya yang keras seakan-akan dihentak dengan satu hentakan pada tahap impak maksima. Dia terduduk dihadapan peti sejuk berkenaan sambil tertunduk.

     "Ada kamu pernah nampak setiap kali di pagi raya, siapa yang akan berada sekali dengan kita, makan sekali dengan kita? Ayah kamu! Masa hari terbuka sekolah, siapa yang wakilkan Pak Abu untuk berjumpa cikgu? Ayah kamu, bukan Pak Abu, Red. Kalau kamu sakit masa kecik dahulu, siapa yang bergegas bawak kamu ke hospital berjumpa doktor malam-malam buta? Ayah Kamu, Red. Cuma kamu yang tak nampak jasa dan pengorbanan ayah kamu selama ini." Pak Abu menambah lagi sambil tersedu-sedan.

     "Pak Abu dah banyak kali ingatkan kat ayahmu, Red. Usah lama-lama simpan rahsia besar sebegini daripada kamu, semakin lama semakin payah nak terangkan nanti. Kalau kamu tahu sendiri pula, akibatnya akan jadi beginilah. Tapi ayahmu kata kelak akan tiba waktunya nanti. Lagipun, Pak Abu tak sanggup nak simpan-simpan rahsia lagi, Red. Pak Abu dah tua, Pak Abu dah tak larat, umur Pak Abu dah tak panjang, Red. " Pak Abu duduk dikerusi sambil mengelap air matanya dengan tisu yang berada dimeja makan.

     "Jadi....Pak Abu, nama Red ni.....ayah Red laa yang bagi?" Redra Thabary bertanya kepada Pak Abu tentang cerita 25 tahun lepas.

     "Iya Red. Ayah kamu yang namakan kamu, dia yang daftarkan di pejabat pendaftaran negara ketika itu. Tapi, dia tak letak 'bin' kepadamu, surat beranak dan sijil lahir dia yang pegang. Memang kami dah buat ujian DNA lepas tu, memang kamu darah daging dia, Red. Beginilah, nanti dia akan terangkan semuanya kepada kamu. Kamu jangan risau."

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top