Seribu Tahun Sanggupku Tunggu Jua!

"ABANG termenung apa tu." tegur Ifaat Nadzeera sambil menuangkan kopi hitam 434 kegemaran Dr. Lucas Dhaifan.

     "Eh, takde apa-apa lah. Cuma terfikirkan Ainun Nisa, anak gadis kita seorang tu. Apa cerita laa dia sekarang." Tersentak dengan pertanyaan Ifaat Nadzeera, Dr. Lucas Dhaifan cuba mengalihkan topik perbualan.

     Matanya masih memerhati keluar jendela sambil mindanya masih menerawang memikirkan peristiwa semalam. Kesan-kesan lebam dilehernya ternampak jelas, seperti bekas cengkaman seseorang.

    "Nanti Nisa baliklah tu. Jangan lerr abang risau. Abang, saya nak tanya laa. Semalam sebelum subuh kenapa abang meronta-ronta sambil pegang leher abang tu. Tengok dah berbekas dah leher tu." soal Ifaat Nadzeera dengan penuh ingin tahu sambil menyapu kaya diatas roti yang telah dibakarnya.

     "Ciss. Perasan pula la bini aku ni." bisik Dr. Lucas Dhaifan dalam hati.

     "Biasalaa. Mimpi buruk semalam." Dr. Lucas Dhaifan hanya menjawab secara umum, sambilnya matanya masih memerhati pepohon cendana diluar jendela itu.

    "Abang ni. Macam ada simpan sesuatu rahsia laa. Kita ni pasangan umur dah 65 tahun dah bang. Dah tua masuk usia emas dah ni, tak payah laa nak berahsia-rahsia lagi." Ifaat Nadzeera cuba mengorek sedikit rahsia berkenaan sejarah suaminya dengan kampung tersebut.

     Tersentak dengan pernyataan itu, Dr. Lucas Dhaifan memandang tajam kearah Ifaat Nadzeera.

     "Eh awak ni. Mana ada saya berahsia dengan awak laa. Dah laa, makan sini. Tak payah cerita pasal kisah lama." Dr. Lucas Dhaifan cuba mengelakkan diri daripada disoal bertalu-talu oleh isterinya, Ifaat Nadzeera.

     "Hmmm. Nanti saya sapu minyak gamat kat leher awak tu." luah Ifaat Nadzeera ringkas.

     Ifaat Nadzeera akur akan permintaan suaminya. Roti-roti bakar yang telah disapu kaya itu disuakan kedalam mulutnya. Mata Dr. Lucas Dhaifan kembali dihalakan ke luar sambil menghirup kopi 434 tersebut. Suasana pagi itu cukup redup dan menenangkan. Angin bayu pagi bertiup sepoi-sepoi bahasa, membawa sekali bau-bauan ros merah yang ditanam dihalaman Teratak Pusakan tersebut kedapur. Burung-burung Kelicap Sepah Raja dilihat sedang duduk bertenggek di para-para dapur sambil mematuk-matuk sisa-sisa beras yang tertumpah diatas meja. Burung-Burung Sewah Rajawali Bermisai pula dilihat sedang berterbangan riang sambil mengikuti arah tiupan bayu pagi, sesekali dilihat menghinggapi dedahan pepohon cemara. Alangkah aman nya suasana kampung tersebut.

     Jauh disudut hatinya, masih wujud perasaan kasih dan sayang nya yang tidak berbelah bahagi itu. Jauh disudut kalbunya, perasaan cintanya yang tidak akan pernah luput terhadap cinta hati pertamanya, Dhia Kesumadewi itu walaupun maut telah memisahkan mereka berdua. Perasaan menyesalnya kerana membunuh Dhia Kesumadewi mula bertandang, perasaan bersalahnya yang terlalu dalam sehingga tak terselam didalam lubuk hatinya.

     "Alangkah baikknya jika aku tidak mengikutkan hati dan perasaan ku yang penuh amarah dan dendam ketika itu." bisik hati Dr. Lucas Dhaifan dengan nada sedikit kesal.

     "Jika kau masih hidup Dhia, rela ku menunggu mu, seribu tahun lama lagi...." bisiknya lagi sambil menghela nafas yang panjang.

     Mereka berdua menghabiskan sisa-sisa sarapan yang terhidang dimeja. Dr. Lucas Dhaifan bercadang untuk ke kebun duriannya bagi menabur baja bersama-sama Pak Jebat, manakala Ifaat Nadzeera akan mula menyediakan makanan santapan merarau buat mereka berdua.

     Di balik dedahan pohon cemara ditepi jendela itu juga, tanpa dikesan oleh Dr. Lucas Dhaifan serta isterinya, Ifaat Nadzeera, ada sepasang mata yang sedang memerhati. Mata yang berpinar merah tanda amarah yang terlampau, mata yang penuh dengan dendam kesumat, mata yang penuh dengan kisah-kisah tangis duka seorang wanita yang telah dibunuh kejam. Darah perlu dibayar dengan darah.

     *Pranggg*

     Bunyi sebuah pinggan yang diletak diatas rak tiba-tiba terjatuh dari tempatnya. Terkejut Dr. Lucas Dhaifan dan Ifaat Nadzeera sambil beristighfar. Terdiam seketika mereka dengan kejadian itu. Namun masing-masing memujuk diri sendiri.

     "Mungkin kebetulan saja tu." bisik Ifaat Nadzeera didalam hati.

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top