Sembunyi!
DALAM kesamaran cahaya malam, muncul bayang-bayang sosok tubuh seseorang yang sedang terdampar. Bayangan yang tercipta itu diakibatkan oleh fenomena biasan cahaya gerhana bulan berdarah. Daripada kawasan semak-samun itu, dapat diperlihatkan seakan-akan susuk tubuh seseorang yang kelihatan ketakutan, kesakitan dan kekeliruan. Susuk tubuh itu bersembunyi di sebalik dangau pondok kebun durian bersebelahan kebun-kebun sawit dan getah, terbaring di antara guni-guni baja yang terpakai, baju biru berjenama Levi's nya agak terkoyak sedikit terutamanya dibahagian bahu, sambil beberapa kesan berlumuran darah di bahagian depan dan belakang baju berkenaan. Kesan compang-camping akibat goresan tanah bercampur sedikit lumpur juga kelihatan di seluar jeans insan berkenaan.
Kedengaran dari kejauhan, bunyi patahan reranting dan juga pijakan pada bahagian permukaan dedaun pokok durian yang telah gugur memecahkan kesunyian malam kemuncak fenomena gerhana bulan berdarah. Tiada tiupan angin mahupun bayu malam dapat dirasai, hanya kesejukan malam dibawah rimbunan pepohon durian Musang King dan Raja Udang menyelubungi disegenap kebun berkenaan.
Sekelip mata sahaja, satu pancaran cahaya lampu suluh menerangi wajah seseorang yang kelihatan sedang menahan kesakitan. Anak matanya yang pada asalnya berwarna kecoklatan asia tenggara seakan-akan telah bertukar warna menjadi biru-kebiruan Amerika utara. Bulu tangan, bulu kakinya, misai dan janggutnya kelihatan panjang luar biasa selain bahagian telinganya yang kelihatan sedikit tirus, menampakkan seolah-olah seseorang yang baru tersesat dari alam bunian.
"Red? Redra Thabary?" lembut lantunan suara insan yang menyuluh lampu suluh berkenaan. Suara yang maha lembut tersebut seakan-akan amat dikenalinya. Masih terngiang-ngiang peristiwa di outlet Starbucks Coffee tempoh hari sambil terdetik "Caramel Macchiatto".
"Aaaa.... Ainun?" Redra yang dalam sedar dan tak sedar, sedari tadi terbaring di antara dangau pondok kebun durian dengan guni-guni baja pokok itu nyata silau matanya dengan cahaya lampu suluh terbabit namun masih boleh mengenali suara insan yang dia paling crush di kampungnya itu.
"Kau buat apa kat kebun durian ni gelap-gelap, Red? Kenapa sampai berdarah-darah ni?" Ainun Nisa nyata terkejut dengan keadaan fizikal Redra Thabary itu.
"Aaa.. Aku....aku.... Rasanya aku excident. Lepas excident, aku tak sedar. Tahu-tahu je aku kat sini. " Redra Thabary seakan-akan sedang menahan kesakitan di bahagian bahunya yang berdarah.
"Ouh ya, patutlah ada kereta yang parkir tengah jalan, dekat jalan kampung sana. Aku ingatkan ada orang kena ragut ke, sebab ada kesan darah kat sepanjang jalan sampai ke sini. Tu yang aku check-check kat area sini, rupanya kau Red. " Ainun Nisa cuba memapah Redra Thabary yang sedang kesakitan itu ke arah pangkin pondok kebun durian terbabit. Jarak antara pondok di kebun durian terbabit dengan jalan Kampung Seri Tembaga lebih kurang 250 meter sahaja.
"Terima kasih, Ainun." Redra Thabary membekaskan senyuman jejakanya kepada Ainun Nisa walaupun berada dalam kesakitan.
"Nak aku bawak pergi hospital tak? Teruk keadaan kau ni, Red." Ainun Nisa menawarkan bantuan untuk menghantarnya ke hospital.
"Auch... Eh Tak perlu tak perlu. Aku okay je. Kau dah tolong angkat ni pun dah kira okay lah. Makan ubat panadol, sapu-sapu iodin, balut dengan kapas, tampal dengan handiplus dah okay la ni." Redra Thabary menolak untuk pergi ke hospital walaupun keadaannya seakan-akan baru kembali daripada medan peperangan.
"Kau betul ni Okay? Boleh driving tak ni?Kalau tak boleh driving, aku boleh hantarkan balik." Ainun Nisa sekali lagi menawarkan bantuan kepada Redra Thabary.
"Takpe laa, Ainun. Aku still boleh driving. Sakit sikit je. Don't worry. Kau tu yang kena balik, nanti risau pulak mak ayah kau nanti." Redra Thabary menolak sekali lagi bantuan yang ingin dihulurkan kepadanya.
"Okay2. Kalau kau boleh driving, Takpe. " Ainun Nisa menguntungkan senyuman beserta dua lesung pipitnya.
"Ainun, thanks tau. Kalau tak kerana kau, aku tak tahu apa akan jadi dengan aku, mungkin dah arwah dah." Redra Thabary mengucapkan terima kasih kepada Ainun Nisa atas pertolongan yang diberikan.
Ainun Nisa hanya tersenyum lalu masuk kembali ke dalam kereta proton berjenama Savvy nya itu yang berwarna magenta. Kereta itu berlalu pergi perlahan-lahan, hilang dalam bayangan rimbunan dedahan sawit dan pokok getah tua.
Redra Thabary amat bernasib baik kerana keretanya tidak hilang dicuri orang. Jika dia semakin lama terdampar di kebun durian sebentar tadi tanpa kehadiran Ainun Nisa dengan lampu suluhnya, mesti keretanya itu sudah lama dicuri orang. Itulah satu-satunya sumber kewangan dan pendapatannya pada waktu itu.
Redha Thabary berlalu pergi, kembali ke rumahnya di sebelah surau. Pak Abu kelihatan risau menunggu kepulangan Redra Thabary di beranda rumahnya, takut apa-apa terjadi kepadanya.
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top