Sampai Bila!
CARAMEL Machiatto dengan Dalgona Coffee terhidang di atas meja kopi di kafe kopi terkemuka itu. Jasad dua beranak yang kedua-duanya masih kelu membisu antara satu sama lain masih terkaku, menghadap antara satu sama lain. Di persempadanan antara perasaan canggung dengan janggal, sebelah pihak sedang ligat berfikir bagaimana untuk menyusun kosa kata supaya tidak memburukkan lagi keadaan ibarat menarik rambut didalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak. Manakala sebelah pihak lagi sedang cuba untuk menerima hakikat bahawa insan yang berada dihadapannya ini, yang selama 25 tahun ini, memegang status gelaran 'Pak Cik' bakal berubah kepada gelaran 'Ayah' atau 'Abah'.
"Sampai bila.....Sampai bila nak rahsiakan hal ni daripada Red?" Redra Thabary menyusun bicara, ada nada ketidakpuasan hati dalam intonasi kata-katanya.
"Red....Red kena faham. Benda ni bukan mudah. Perkara ini bukan semudah yang Red sangka, terlalu rencam, terlalu complicated . Sekarang Red dah tahu, tapi please, Red terimalah hakikat ni. Memang bukan mudah namun, perlahan-lahan Red akan sesuaikan diri. Semuanya bersebab, Red..." Datuk Luke Hycarl mula menyusun kata.
"Tapi...tapi... kenapa setelah 25 tahun baru Red tahu semua ni? Kenapa setelah 25 tahun baru Red sedar yang Red ni sebenarnya ada ayah kandung, yang memang ada kat depan mata Red lagi."
"Apa salah Red? Kenapa semua orang tak berlaku jujur terhadap Red? Kenapa selama ini Red seperti diperbodohkan, macam puppet yang tak tahu apa-apa kat sekeliling Red. Red kecewa, betul-betul kecewa." Dada Redra Thabary kembali berombak-ombak, perasaan marah, sedih, kecewa dan duka sedang bercampur baur. Air mata yang sedari tadi diempang, masih tidak juga mengalir, namun matanya kelihatan sudah berkaca.
"Ini sebab utama kenapa baru sekarang Red dapat tahu asal usul Red." Datuk Luke Hycarl menghulurkan surat dengan slogan dibawahnya 'Urusan Seri Paduka Baginda' atas namanya. Surat berkenaan mempunyai cop duti setem dibahagian belakangnya selain tertera perkataan 'Confidential' atau dalam bahasa melayunya 'Sulit'.
Dengar cermat, Redra Thabary membuka surat rasmi berkenaan yang terkandung beberapa helai muka surat beserta logo rasmi Syarikat. Tertera tajuk besar 'Perlantikan Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Kayu Mekar Beringin Holdings'. Surat itu berbunyi "Dengan ini, penama En. Redra Thabary Bin Datuk Luke Hycarl secara sah disisi undang-undang telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi Syarikat Kayu Mekar Beringin Holdings. Segala urusan syarikat akan mengambil kira pendapat, nasihat serta cadangan-cadangan yang akan dikemukakan oleh beliau, selagi tidak mengganggu-gugat kestabilan polisi, visi dan misi syarikat serta undang-undang negara dan perlembagaan. Syarikat Kayu Mekar Beringin Holdings mengucapkan syabas dan tahniah kepada En. Redra Thabary atas perlantikan tersebut! Semoga dapat melaksakan tugas dan amanah ini dengan baik, ikhlas, bertanggungjawab serta jujur."
Anak mata Redra Thabary seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru dibacanya sebentar tadi, lalu memandang kembali kearah Datuk Luke Hycarl dengan seribu persoalan. Datuk Luke Hycarl hanya tersenyum.
"Betul ke ni? Ke nak permain-mainkan lagi perasaan Red?" Redra Thabary membundarkan matanya seakan-akan tidak mempercayai isi kandungan surat berkenaan selain dibelek-beleknya depan dan belakang surat berkenaan berulang-ulang kali, manalah tahu sekiranya surat berkenaan palsu, sekadar prank, tak legit mahupun hanya janji palsu semata-mata.
"Jangan risau lah. Surat tu legit, ada cop rasmi, ada tandatangan rasmi, ada cop duti setem daripada kerajaan, apa pulak nak prank-nya. Baca surat yang kat belakang tu pulak." Datuk Luke Hycarl menunjukkan sekeping surat yang dilampirkan bersama surat perlantikan itu tadi. Surat dibelakangnya tertulis surat 'Wasiat' yang mempunyai tandatangan arwah ibunya.
Surat yang mempunyai tandatangan hakim itu menjelaskan "segala pemilikan saham, harta dan nilai-nilai pelaburan hartanah milik Dhia Kesumadewi akan dipindah-milikkan secara automatik kepada warisnya yang sah apabila umur waris berkenaan mencapai angka 25 tahun. Waris berkenaan perlulah menyertakan sekali lampiran-lampiran bukti surat beranak, laporan rekod perubatan dan ujian DNA yang telah ditentu-sahkan oleh doktor atau badan perubatan yang diiktiraf oleh pihak kerajaan dan surat-surat sokongan lainnya, selain surat akuan bersumpah. Proses tuntutan harta boleh dibuat melalui badan berkanun kerajaan yang telah dilantik iaitu Amanah Raya."
Air mata Redra kembali berguguran dengan bukti-bukti dan dokumentasi surat-surat yang telah dikemukakan oleh Datuk Luke Hycarl ini. Dia tidak menyangka ayahnya menyimpan kemas segala surat-surat yang penting ini, yang secara jelas membuktikan asal usulnya, lantas memadam terus tanggapan bahawa dirinya merupakan anak terbuang, anak tong sampah, anak buangan, anak anjung surau dan lain-lain, seperti kecaman yang pernah diterimanya sejak zaman persekolahan lagi.
"Ini pula adalah hasil pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham 2020 (AS2020) dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang ayah tabungkan sejak sedari kamu kecil, tanpa pengetahuan kamu."
"Mulai sekarang, kamu peganglah buku-buku ini. Semua ini telah menjadi hak kamu, selamanya. Ini sahajalah cara ayah mengakui kekhilafan serta berbakti kepada satu-satunya anak ayah yang ayah cintai." Datuk Luke Hycarl menunjukkan buku-buku pelaburan yang telah hampir penuh kepada Redra Thabary.
Redra Thabary tertunduk malu bercampur sedih, hatinya tidak menyangka ayahnya membuat semua ini diluar pengetahuannya. Manakan tidak, duitnya yang diperolehi hasil menjadi pemandu grabcar selepas habis belajar sahaja cukup-cukup makan sahaja, sebahagian besarnya digunakan untuk membayar bulanan kereta Axia-nya, hutang pendidikan PTPTN serta bil-bil telefon dan internet, dan dia dikelaskan sebagai B40. Tidak pernah pun terfikir difikirannya untuk menyimpan waima melabur didalam Amanah Saham namun ini semua rezeki yang tak terduga, keberkatan hasil kurniaan yang maha kuasa.
"Kalaulah misal kata Red tahu ni semua, asal usul Red sedari masa usia Red kecil lagi, pastinya Red dah kena culik, dan dibunuh sebab orang dah tahu asal-usul Red. Ayah taknak benda-benda macam ni berlaku kat Red. Ramai yang sedang menunggu peluang untuk merampas apa yang kita miliki ni."
"Cukuplah kehilangan pemilikan Teratak Pusaka itu menjadi bibit-bibit kepahitan yang menjadi pengajaran buat kita. Sebab tu kami membuat keputusan apabila umur Red sudah menjangkau ke angka 25 tahun, sudah cukup besar dan matang untuk berfikir mana yang baik, mana yang buruk."
"Usah risau, tiada siapa yang berani mengapa-apakan kamu jika kamu sudah menjangkau ke usia dewasa ini. Ayah pun bukannya muda lagi, Red. Inilah masanya ayah perturunkan segala ilmu dan pengalaman yang ayah ada berkenaan syarikat kita kepada Red, sebelum ayah betul-betul ingin berehat. Ayah dah tak larat, Red. Kamulah satu-satunya harapan ayah, waris sah ayah dan ibunda-mu." Datuk Luke Hycarl menambah.
Redra Thabary terdiam kembali. Fikirannya ligat memikirkan kesan-kesan jangka pendek mahupun kesan jangka panjang, samada kesan buruk mahupun kesan yang baik sekiranya dia menerima perlawaan tersebut. Lantas, dia teringatkan pesan arwah ibunya didalam surat ulangtahun ke-25 kepadanya tempoh hari.
"Macam mana dengan Teratak Pusaka? Bila kita boleh rampas kembali pemilikannya?" semangat Redra Thabary tiba-tiba berkobar-kobar untuk merampas kembali pemilikan Teratak Pusaka yang setelah sekian lama menjadi hak milik orang lain.
Datuk Luke Hycarl terdiam. Satu persoalan yang sukar untuk dijawab. Buat masa sekarang, dia tiada jawapan untuk soalan tersebut.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top