Rahsia!

GARIS-GARIS kedutan yang menandai usia yang semakin lanjut jelas terpancar daripada riak wajah Pak Abu, yang kian lama kian jelas mengiringi kesedihan hatinya tika menceritakan kepada Redra Thabary akan almarhumah ibunya, Dhia Kesumadewi. Air matanya perlahan-lahan menuruni disetiap lapis kedutan kulit terbabit, lalu turun secara tidak semena-mena membasahi di segenap kelopak mata, melalui pipi dan juga alis bibir Pak Abu yang sudah dibungkam perasaan sedih dan bersalah.

     "Ceritakanlah Pak Abu. Red merayu. Ceritakanlah. Sudah tiba masanya Red mengetahui segala perihal mengenai asal usul ku. Sudah tiba masanya, rahsia ini diletakkan kepada yang hak." wajah sugul Redra Thabary mengiringi bait-bait pengharapan tetapi penuh kesantunan kepada Pak Abu. Air matanya suci anak yatim yang kehilangan ibunya itu masih tergenang-genang di sekitar alis matanya.

     Pak Abu tergumam dan terdiam. Otaknya ligat berfikir. Apakah sudah tiba masanya rahsia ini diceritakan kepada yang hak? Apakah yang akan dilakukan oleh Redra Thabary andai dia mengetahui siapakah bapa kandung nya yang sebenarnya? Ahh, persoalan ini sudah acap kali bermain-main difikiran Pak Abu.

     "Meletakkan perkara yang hak ditempat yang sepatutnya "

     Pak Abu gusar, jika rahsia ini diceritakan kepada Redra Thabary, anak muda ini akan terus membenci bapa kandung nya itu. Pak Abu risau, akan tindakan susulan yang diambil oleh Redra Thabary dikemudian hari, akan memusnahkan segala perhubungan baik yang terjalin antara keluarga ini setelah sekian lama.

     "Anakku, Pak Abu tidak pernah menganggapmu sebagai orang luar. Malahan, Pak Abu membela, mendidikmu bagai menatang minyak yang penuh, seperti darah daging ku sendiri. " Pak Abu memulakan bicara.

     "Pak Abu tidak punyai anak, isteri pula sudah lama meninggalkan dunia ini. Engkau lah satu-satunya harta berharga yang Pak Abu ada. Pak Abu besarkan kau dengan penuh adab kesantunan seorang anak Melayu, berbudi bahasa, menghormati orang tua, berbudi kepada tanah dan segala perbuatan atas niat kerana Allah."

     "Pak Abu tidak pernah mengajari mu hidup berdendam, malah, berdikari jua lah yang kamu dididik olehku."

     "Janganlah engkau berdendam atau merasakan amarah di dalam hatimu, oleh kerana peristiwa lampau itu. " Pak Abu menitipkan sedikit nasihat kepada Redra Thabary.

     Redra Thabary hanya tunduk mengangguk faham. Air matanya masih tergenang. Perasaan amarah nya sedikit demi sedikit hilang ditelan arus kesedihan terhadap arwah ibunya.

     "Red, Mungkin sudah tiba masanya untuk rahsia ini diceritakan kepada yang hak, kepada yang berkenaan. Dan engkau lah satu-satunya yang berhak ke atas rahsia itu."

     Redra Thabary memandang ke arah Pak Abu. Matanya membundar besar, air matanya dikesat. Tangan Pak Abu digenggam erat oleh Redra Thabary sebagai tanda pengharapan tentang rahsia itu.

     "Red, seharusnya lah engkau mengerti, bahawa ayah kandungmu, tidak lain dan tidaklah bukan, Datuk Luke Hycarl itu, pemilik kilang papan di hujung kampung itu, tempat engkau bekerja ketika ini."

     Riak wajah Redra Thabary tiba-tiba berubah. Wajah yang sayu sedari tadi tiba-tiba bertukar menjadi bengis. Jelas terlihat api-api kemarahan mula memancar daripada hati Redra Thabary itu.

     "Apa? Datuk Luke Hycarl itu bapaku? Tetapi kenapa, Pak Abu?"

     "Kenapa bapaku tidak membantu ibuku yang sedang dalam kesusahan waktu itu?"

     "Mengapa Pak Abu?"

     Soalan-soalan maut yang diajukan oleh Redra Thabary kepada Pak Abu.

     Pak Abu hanya memandang tajam ke arah wajah anak muda yang sedang melayani nafsu api kemarahan yang sedang di kipas-kipas oleh syaitan durjana itu.

     "Sabar, anak muda. Sabar. Bawa mengucap."

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top