Pulangkan!

"Seharum bunga yang menggoda

Sekadar dipandang usah dipuja

Kau pasti tak percaya

Kasih ku bukan,

Untuk mu, sayang

Tiada ku sangka kau sungguh kejam

Kau rampas segalanya yang kau dendam

Namun takkan bahgia kehidupan mu

Bila bunyi bersatu

Kau milik ku

Korus:

Pulangkan cinta hati ku

Oh hentikan lah menghantui ku

Pulangkan oh pulangkan lah pada ku

Ku pulangkan kesan hidup mu

Yang dikau musnah tanpa relaku

Bebaskanlah maafkan daku, oh kasih

Tiada kemaafan di sini

Kau ragut degupan hati ku ini

Akan ku jejakimu, kemana jua

Hingga akhir masa, sayang....."





("Pulangkan" Penulis lirik : Ajai, Shuhaimi Baba & Habsah Hassan, penyanyi : Misha Omar)

SINARAN purnama malam menyinari segenap disekitar laman Teratak Pusaka. Bintang-bintang capricorn terlihat menari-nari disisi sinaran rembulan berkenaan, sebelum dilitupi gelapnya awan mendung kelabu. Kelihatan juga mambang tanah merayau-rayau menelusuri permukaan dedaun pakis sambil menyanyikan lagu-lagu klasik berhantu. Suasana malam tidaklah terlalu gelap kerna keberadaan lampu-lampu jalan juga sedikit sebanyak membantu pencahayaan disekitar laman Teratak Pusaka terbabit.

     Disebalik keindahan sinaran rembulan yang mengambang penuh tersebut, dapat terlihat sosok jelas seekor makhluk jembalang berkain putih, duduk bertempo diatas pepohon cemara ditepi Teratak Pusaka tersebut. Dengan wajah yang hampir tidak kelihatan itu, ada sesetengah mengatakan wajahnya cukup mengerikan, namun juraian rambutnya yang tidak sekata, compang-camping dan berserabut itu amat kelihatan sekali. Disisinya, kadang kala terlihat seakan menggendong seakan sebuah bungkusan, sepertinya berisi bayi. Namun, tidak dapat dipastikan apakah isinya.

     Teratak Pusaka itu sudah bertahun tidak didiami, ditinggalkan tanpa berpenghuni, dan perkara ini kekal misteri kepada seluruh penduduk Kampung Seri Tembaga yang sudah melupakan kisah lama terbabit. Kisah kehilangan penghuni merangkap pemilik tunggal harta pusaka berkenaan, Dhia Kesumadewi. Hanya cerita-cerita mistik dan seram yang selalu kedengaran terutamanya daripada anak-anak yang pulang mengaji ataupun mat-mat motor yang duduk melepak dikawasan pondok bujang, berdekatan Teratak Pusaka terbabit.

     Teratak Pusaka terbabit telah dibina seawal tahun 1906, ketika pendudukan British di Tanah Melayu. Terakak Pusaka berkenaan telah dibina dengan menggunakan kayu gaharu asli, dibina tanpa menggunakan paku. Dindingnya diperbuat daripada sulaman daun nipah asli dan dicat dengan menggunakan getah damar asli, bagi mengekalkan penggudaraan didalam rumah dan juga meresap kesejukkan dari kawasan luar. Semasa proses pembinaan Teratak Pusaka pada tahun 1903, reka bentuk Teratak Pusaka berkenaan telah mengambil kira reka bentuk Limas Johor.

     Teratak Pusaka tersebut kini telah dibeli oleh seorang bekas penduduk kampung tersebut, iaitu Dr. Lucas Dhaifan. 

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top