Pernah!

Darah muda Redra Thabary yang sedang menggelegak panas itu perlu ditenangkan. Kemarahan Redra Thabary kepada ayahnya, Datuk Luke Hycarl perlu stabilkan.

     "Red, ayahmu tidak bersalah dalam hal ini. Dengar dahulu penjelasan Pak Abu ini. Jangan menuduh melulu terhadap bapamu itu. Kamu pun belum lahir ke dunia ini pada ketika itu. " Pak Abu cuba menjernihkan keadaan yang kian kusut itu.

     "Penjelasan apa lagi yang perlu didengar, wahai Pak Abu? Perbincangan yang macam mana yang harus boleh diterima oleh Red terhadap ayah yang sanggup untuk menghalalkan segala perbuatan Lucas Dhaifan itu." Redra Thabary meluahkan rasa isi hatinya.

     "Red, ayahmu tidak bersalah dan tidak berkomplot pun dengan apa yang terjadi ketika itu. Dengar dahulu cerita Pak Abu ini." Pak Abu menenangkan Redra Thabary yang sedang menggelegak panas itu.

     Redra Thabary tunduk akur dengan nasihat Pak Abu. Jiwanya ditenangkan oleh kata-kata Pak Abu. Baginya, dia perlu hormat pandangan orang yang lebih berusia dan terus menghormati insan berkenaan, apalagi Pak Abu yang telah membelanya sejak sedari kecil lagi.

     "Pada ketika itu, ayahmu sedang dalam lawatan ke Guangzhou, China bagi mencari pelabur untuk kedai kayunya itu. Pada waktu itu, belum ada lagi kilang kayu sebesar yang kamu lihat ketika ini."

     "Bukankah dia sudah mengerti yang ibuku sedang sarat mengandungkan ku, tetapi dia tetap meninggalkan arwah ibuku secara berseorangan dirumah?" Redra Thabary cuba menyatakan pandangannya.

     "Red, kehidupan dahulu amatlah tidak sama dengan kehidupan yang ada pada hari ini. Kehidupan keluargamu pada masa dahulu cukuplah susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang."

     "Lagipun, kedai kayu ayahmu tidaklah dapat menjana keuntungan pada waktu itu, jadi, ibumu bercadang untuk ayahmu mencari pasaran baharu dimana-mana. Pada ketika itu, pasaran kayu di China sedang mencari vendor pembuat kayu di Malaysia. Jadi, peluanglah untuk ayahmu menjana keuntungan dengan mencari pelabur disana." terang Pak Abu dengan panjang lebar.

     "Owh. Begitukah Pak Abu?" Redra Thabary mengangkat kepala ke arah Pak Abu. Matanya kelihatan berair seperti mahu mengalirkan air mata jantannya.

     "Betul, nak. Kebetulan, ketika ayah mu ke Guangzhou, China, Pak cik Lucas Dhaifan pun baru pulang dari Seattle, USA. Dia ingin membalas dendam terhadap ibumu. Pada malam itu lah, ibumu hilang dari Teratak Pusaka itu."

     Pak Abu mengesat air matanya apabila mengenangkan momen-momen sedih pada malam itu. Dia sedikit menyesal kerana tidak mengetahui niat buruk Lucas Dhaifan terhadap Dhia Kesumadewi itu. Dia tidak tahu sesuatu yang buruk bakal berlaku terhadap Dhia Kesumadewi.

     "Pada keesokan subuh, masjid di sebelah rumah Pak Abu gempar apabila seorang bayi lelaki telah ditinggalkan di anjung masjid itu. Atas nasihat ibumu beberapa hari yang lepas, Pak Abu mengambil anak itu untuk dijaga. Anak itulah kau, Red."

     Kedua-duanya menangis mengenangkan peristiwa dahulu. Sayu rasanya keadaan itu.

     "Pak Abu, adakah ayah tahu bahawa Red ini anak kandungnya?" Redra Thabary ingin mengetahui bahawa Datuk Luke Hycarl tahu status dirinya atau tidak.

     Pak Abu tidak bersuara. Dia hanya memandang ke wajah tulus Redra Thabary.

     "Pak Abu?" Redra Thabary inginkan kepastian.

     Pak Abu hanya memandang Redra Thabary, kemudian dia menunduk.

      "Pak Abu?" Redra Thabary sekali lagi inginkan kepastian daripada ayah angkatnya itu.

     Pak Abu hanya terdiam sepi. Pandangan nya dilemparkan ke luar tingkap. Suasana diluar hanya mendung, tetapi cuaca tiada tanda-tanda mahu hujan.

     Akhirnya, sambil memandang kembali ke wajah Redra Thabary, Pak Abu hanya mengangguk lemah tanda Datuk Luke Hycarl mengetahui bahawa Redra Thabary merupakan anaknya.

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top