Kesetiaan!

"TERATAK Pusaka dan sebidang tanah disekelilingnya itu pada asalnya merupakan satu-satunya harta pusaka ibumu yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain, namun akhirnya terpaksa kami jual juga bagi menampung kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Syarikat Kayu Mekar Beringin Holdings semasa zaman kemelesetan ekonomi Malaysia pada penghujung tahun 1997 yang lalu."

     "Harta pusaka berkenaan dijualkan kepada seorang pembeli tidak bernama yang ayah sendiri tidak tahu siapa, hanya arwah ibumu sahaja yang mengetahui siapakah gerangan pembelinya." Datuk Luke Hycarl menerangkan secara terperinci kronologi yang berlaku semasa proses kehilangan Teratak Pusaka berkenaan.

***

Flashback

     "Kekanda sudah pulang?" Dhia Kesumadewi yang ketika itu baru selesai memasak untuk makan malam menerpa kearah Luke Hycarl yang baru pulang daripada kerja, digengam tangannya lalu dicium tanda seorang isteri solehah.

     Kemudian, Dhia Kesumadewi mengambil baju kot kerja suaminya lalu disidai ke almari dan memimpin suaminya ke arah dapur lalu terlihatlah hidangan pelbagai ulam-ulaman, masak ikan pindang beserta nasi putih yang baru lepas ditanak, wapnya menjulang-julang sehingga ke cucur atap selain kopi tradisi 434.

     Luke Hycarl hanyalah tersenyum meskipun di wajahnya menampakkan tanda-tanda kepenatan dan juga dirundum masalah di tempat kerjanya. Begitulah rutin Dhia Kesumadewi setiap hari, dia terlalu menghormati sang suaminya dan amat teruja untuk menunjukkan hidangan lauk pauk yang berlainan, yang merupakan air tangannya sebagai seorang wanita yang dibesarkan di Kampung Seri Tembaga berkenaan.

     Kadangkala hidangannya terdiri daripada masakan asli etnik jawa, hidangan tradisi pantai timur, dan kadangkala pula dia akan mencuba masakan tradisi suku lain seperti etnik bugis, bajau dan hidangan dari negara seberang juga. Semua hidangan itu diambil dari keratan majalah Saji yang ditampal ke dalam sebuah buku dengan tanda nama 'Koleksi Buku Resipi Dhia'.

     Dhia Kesumadewi menceduk beberapa senduk nasi ke dalam pinggan lalu dihulurkan kepada Luke Hycarl, dan hidangan lauk ikan pindang dan ulam-ulaman dihulurkan oleh Dhia. Air kopi 434 yang panas dituangkan ke dalam cawan, makan muncullah buih-buih nipis diatas permukaan kopi terbabit.

     "Dhia, kekanda hendak bicara sedikit dengan Dhia." Luke Hycarl membuka bicara, lalu memecah kesunyian malam terbabit.

     "Luahkan sahaja, wahai kekandaku. Luahkan apa sahaja yang terbuku dihatimu."Dhia Kesumadewi yang daripada tadi sibuk menyediakan hidangan kepada suaminya hanya tersenyum. Dia seakan-akan dapat mengagak apa yag sedang suaminya fikirkan. Namun, secara rutinnya, dia akan menyuapkan makanan ke arah mulut suaminya bagi merapatkan hubungan suami isteri yang lebih intim.

     "Dhia... syarikat kita sedang mengalami kerugian disebabkan supplier dari Gerik sudah tidak dapat menghantar bekalan kayu lagi. Untuk pastikan syarikat kita terus beroperasi, abang perlu ke Jerantut untuk melihat kualiti kayu bagi bekalan kayu kita yang baru, supaya kualitinya hampir sama dengan bekalan kita sebelum ini."Luke Hycarl serba salah untuk meneruskan bicaranya, sambil Dhia menyuakan perlahan-lahan makanan ke dalam mulutnya. Kicap kipas udang bewarna merah kegemaran Luke Hycarl di gaul-gaulkan bersama ikan pindangnya tadi.

     "Tetapi Dhia, dengan keadaan Dhia yang sedang sarat ni, abang tak pasti..." Luke Hycarl menjadi sebak, dia tidak sanggup meninggalkan isterinya yang sedang sarat mengandung itu semata-mata untuk satu kerja yang memakan masa yang agak lama.

     "Abang.... pergilah. Usah risaukan Dhia. Insya-Allah, Dhia boleh jaga diri Dhia kat sini. Kalau abang tak pergi, kasihan pada pekerja-pekerja abang nanti, mereka ada keluarga untuk dijaga, mereka ada bil untuk dibayar, mereka ada anak-anak untuk diberi makan. Pergilah..." Dhia Kesumadewi memegang erat tangan Luke Hycarl, kasar permukaannya akibat selalu membuat kerja-kerja berat.

     Mata Luke Hycarl kelihatan berkaca apabila memandang wajah Dhia Kesumadewi. Dia seakan-akan tidak sanggup untuk meninggalkan isterinya yang sedang sarat mengandungkan anak sulungnya, zuriatnya. Namun, keputusan perlu diambil secepat mungkin bagi menyelesaikan urusan yang tertangguh itu.

     "Lagi satu, Dhia. Abang ada satu hajat...." kali ini, tangan Dhia Kesumadewi pula yang digenggam erat oleh Luke Hycarl. Airmatanya semakin laju menuruni alis matanya.

"Abang... Dhia sudah tahu." Dhia Kesumadewi kelihatan sebak namun tersenyum kepada Luke Hycarl.

Luke Hycarl nyata terkejut. Dia belum utarakan apa-apa hasrat lagi, tetapi dia sudah mengerti apa yang bakal diberitahu, apa yang bakal dilantunkan kepadanya.

"Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah, Dhia sudah baca segala isi laporan kewangan syarikat, laporan tahunan kerugian dan segala macam dokumen-dokumen yang berkaitan. Dengan mengambil kira semua itu, Dhia ambil keputusan untuk menjual rumah pusaka ini." Dhia Kesumadewi mengambil keputusan yang berat namun terpaksa dilakukan.

"Dhia.... Habis, nanti kita nak duduk kat mana?" Luke Hycarl semakin terkejut dengan langkah drastik yang diambil oleh Dhia Kesumadewi.

"Kekandaku sayang, kita tak boleh jual syarikat kayu tu, walau dengan apa cara sekalipun. Saya tahu, kekanda berhajat mahu menjual syarikat kayu tu, tapi, itulah satu-satunya punca pendapatan kita, punca rezeki kita selama ini. Nabi pun pernah berpesan bahawa perniagaan itu adalah salah satu lubuk rezeki, kekanda. Dhia faham sekarang ini adalah waktu yang amat sukar untuk kita semua, untuk kilang kayu kita, dengan ditambah zaman kemelesetan ekonomi lagi. Dhia sudah bergolok bergadai semua harta emas yang Dhai ada namun masih tak mencukupi. Kekanda... Insya-Allah, ada masanya, ada ketikanya, bila segala-galanya telah stabil kembali, kita ambil kembali Teratak Pusaka ini, kita wariskan kepada anak kita nanti. Kekanda jangan risau, okay?" dalam tangis, Dhia mengusap-usap perutnya yang telah membuyung itu, pengharapannya diletakkan kepada anak yang sedang dikandungnya itu.

"Habis Dhia, jika kita jual Teratak Pusaka ini, kemanakah lagi hendak kita pergi? Kemanakah lagi hendak kita menumpang teduh?" Luke Hycarl semakin kusut masai, dia risau hala tuju kehidupan mereka sekiranya Teratak Pusaka ini dijual.

"Kekandaku, usah risau. Saya sudah tanya dengan Pak Abu berkenaan rumah sewa yang ada disekitar kampung ini. Buat masa ini, kita sewa dahulu. Insya-Allah, bila segalanya sudah selesai, kita akan beli balik Teratak Pusaka ini. Kekanda usah risau ya?" Dhia Kesumadewi kelihatan tenang dalam menenangkan suaminya, Luke Hycarl manakala ada sedikit perasaan kegusaran dan bibit-bibit kekecewaan yang terlahir daripada riak muka Luke Hycarl. Sudahlah terpaksa meninggalkan seketika sang isteri yang sedang sarat mengandung, ditambah pula terpaksa menjual satu-satunya tempah berteduh yang mereka ada, satu-satunya harta pusaka yang diperturunkan dari generasi ke genarasi.

"Alangkah malangnya nasibku ini." getus hati Luke Hycarl sambil menunduk sedih.

"Kekandaku sayang.... Kekanda usah bersedih ya? Nanti sepanjang ketiadaan keberadaanmu disini, Pak Abu dan Mak Labu lah yang akan menjagaku, menguruskan makan pakai sekiranya aku bersalin. Kekanda usah risau. Adinda akan tetap mendoakan kesejahteraan kekanda walau dimana jua kekanda berada, dan kesetiaan adinda hanyalah pada kekanda." Dhia Kesumadewi tersenyum lalu mengesat air mata yang gugur daripada alis mata Luke Hycarl.

"Oh, ya. Lagi satu, untuk urusan penjualan Teratak Pusaka ini, Pak Abu akan cuba mencari pembelinya. Untuk urusan legal-nya pulak berkaitan pemilikan, pejabat tanah, urusan dengan hakim, pelan lantai rumah dan urusan dengan bank, biar adinda yang akan uruskan." Dhia Kesumadewi menerangkan dengan jelas tentang segala rancangannya itu.

"Beruntungnya kekanda tau, ada isteri yang bijak dalam segala hal, pandai pula memasak, cantik dan jelita. Kekanda seumpama insan yang paling beruntung tau kat dunia ni kerana ada dikurniakan insan bernama Dhia Kesumadewi. Serba serbi hebat." Luke Hycarl menyentuh bibir mongel Dhia Kesumadewi sambil tersenyum, dan adakalanya hidung pesek Dhia dicubit-cubit manja, manakala lesung pipitnya dicucuk-cucuk lembut tika Dhia sedang tersenyum manja. Hilang sedikit demi sedikit kegusaran yang telah lama bersarang dalam hatinya mengenai masalah di kilang kayunya, namun ada sedikit perasaan ketidak-sedapan hatinya untuk meninggalkan Dhia seorang diri dirumah.

"Dah...dah.... Lepas makan ni, kita solat maghrib berjemaah, baca surah Al-Mulk, surah Al-Waqiah, surah al-Sajadah sama-sama. Lepas tu, kita solat Isyak pulak yer. Kita mohon supaya Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita." Dhia Kesumadewi menyambung suapannya kepada suaminya. Luke Hycarl hanya tersenyum melihatkan gelagat sang isterinya.

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top