Kau ku Seru!

PAGI itu, matahari memancarkan cahayanya disisi tingkap-tingkap kayu gaharu, salah satu bahan binaan Teratak Pusaka yang telah berusia lebih seratus tahun itu. Laman rumah terbabit tetap kelihatan bersih, terjaga daripada bertebarannya daun-daun pepohon cemara walaupun semasa musim panas. Bunga-bunga bougenvilla, ros merah serta hibiscus menghidup mekar, mewarnai segenap ruang disisi laman teratak lama terbabit. Laman rumah pusaka terbabit telah dijaga oleh seorang pembantu iaitu Pak Jebat yang telah dipertanggungjawabkan untuk urusan kebersihan rumah terbabit.

"Alhamdulillah. Kita dan sampai ke destinasi kita." ujar Dr. Lucas Dhaifan kepada isterinya, Ifaat Nadzeera lalu turun daripada keretanya sambil disambut Pak Jebat.

Menjejak sahaja kaki Dr. Lucas Dhaifan ke laman Teratak Pusaka terbabit, tiba-tiba, keadaan yang cerah gemilang dan terang benderang terus bertukar suasana menjadi gelap, seram dan gundah gulana secara perlahan-lahan, angin yang pada awalnya bertiup sepoi-sepoi bahasa mula menggoncang pepohon cemara, bertiup kencang sehinggakan dedaun pohon cemara layu berterbangan ke laman yang baru sahaja dibersihkan oleh Pak Jebat sebentar tadi. Awan mendung mula berarak pilu, seperti mahu memunculkan ekspresi kemarahan seseorang atau semangat sesuatu cerita disebalik misteri Teratak Pusaka berkenaan.

Dapat diagak bahawasanya kencangnya angin yang bertiup ketika itu menandakan bergelojaknya semangat kemarahan roh Dhia Kesumadewi yang tidak tenang, tertanam disekitar pankin Teratak Pusaka, suatu kemarahan yang teramat sangat kepada Dr. Lucas Dhaifan. Cuaca yang pada awalnya tadi panas dan cerah, tiba-tiba menjadi mendung dan hampir hujan dalam sekelip mata.

"Masukkan sahaja barang-barang dalam kereta tu ke dalam, Pak Jebat. Nak hujan ni." Dr. Lucas Dhaifan mengarahkan Pak Jebat segera memasukkan barang-barang kepunyaan nya ke dalam rumah pusaka tersebut.

"Wahh, besarnya rumah ni. Abang tak pernah bagitahu pun yang abang ada beli rumah ni." Ifaat Nadzeera mencuit suaminya sambil tersengih-sengih bangga dengan seni bina klasik Teratak Pusaka ini.

"Buat apa nak bagitahu semua kat ayang. Ayang pun bukan reti hargai pun. Rumah Banglo kat KL pun sampai terpaksa ayang sewakan kat orang." Dr. Lucas Dhaifan mengajuk pujian isterinya. Mana mungkin dia mahu memberi segalanya pada Ifaat Nadzeera itu.

Selesai sahaja mereka berkemas, maka, mereka pun duduk-duduk dikawasan panking sambil berehat menunggu hujan reda untuk mengangkat barang yang masih tersadai di dalam kereta.

Tiba-tiba kedengaran sayup-sayup bunyi suara wanita yang berdesing di bahagian telinga, seakan-akan mengungkapkan kata-kata "Pulangkan.... pulangkan hidup aku..... Wahai pembunuh!!" bunyi bisikan garau yang datang entah dari mana tiba-tiba menyusup laju ke dalam kuping telinga Dr. Lucas Dhaifan.

Apalagi, berdiri tegaklah bulu roma Dr. Lucas Dhaifan yang mendengarkan bait-bait ucapan sambil diselangi hilai tawa yang menakutkan. Tengkuknya tiba-tiba terasa disentuh lembut. Suhu badannya pula terasa seram sejuk. Kisah 25 tahun lepas yang  telah terlupakan, yang sudah hilang dari peti memori otaknya tiba-tiba menerpa masuk kedalam kotak ingatannya kembali dan mula terungkai pada masa tersebut.

Babak-babak dirinya mengorek kuburan, menghentak leher Dewi Kesumadewi dengan kapak dan episod menyambut kelahiran zuriat Dewi Kesumadewi mula muncul daripada ingatan Dr. Lucas Dhaifan.

Namun, apa yang penting kini, Teratak Pusaka ini telah menjadi miliknya. Segala harta kekayaan Rumah Limas Johor ini telah berada pada genggaman nya.

Yang pastinya, hidup Dr. Lucas Dhaifan kini tidak akan tenang seperti dahulu. Ada hutang yang perlu dilangsaikan. Darah perlu dibayar dengan darah. Pastinya hidupnya kini mulai dihantui oleh semangat kemarahan Dhia Kesumadewi.

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top